Aku terkebil-kebil memandang ibu. Aku garu kepala yang tidak gatal setelah itu lalu aku memberikan seribu satu alasan supaya aku tidak sparring dengan ibu. Tak mahu lah aku! Mahunya lebam badan aku balik rumah nanti.
"Kalau tak mahu sparring dengan ibu, ibu nak tengok Em sparring dengan Ryan."
Okey. Ini lagi aku tak sangka. Apa ni?! Taknak, taknak. Ibu ni dah kenapa nak suruh aku sparring dengan suami sendiri pula tu.
"Lagilah tak boleh! Em ni dahlah isteri Ryan ibu."
"Alah. Selama ni kamu sparring dengan Zariq okey je?"
Aku rasakan Adryan memandang tajam ke arah aku. Aku melangkah ke arah tatami mat yang terletak sedikit jauh daripada tempat latihan memanah. Aku sarungkan body guard ke badan sebelum memberikan isyarat kepada Ezrian untuk berhenti. Muka dia? Jangan cerita betapa berminyaknya muka dia saat ini disebabkan berpeluh.
"Kau yakin kau boleh menang dengan abang Ryan kak?"
"Diam ah. Selama ni aku sparring dengan kau helok je."
Dia hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya sebelum menepuk perlahan bahu aku apabila dia berselisih dengan aku. Sejujurnya aku rasa sekarang ini Adryan nak balas dendam dengan aku. Sebabnya aura hitam miliknya tengah membuak-buak mengelilingi dia.
Adryan juga menapak ke ruang tatami mat. Anak buah aku yang lain juga turut duduk di sekeliling tatami ini. Begitu juga dengan ibu, papa, Ezrian dan Zariq. Aku telan air liur apabila aku teringat aku dah lama tak sparring dengan sesiapa sejak kahwin. Boleh ke aku menang hari ini? Sudahlah lawan aku merupakan suami aku sendiri.
"Préparez-vous à perdre quelques matchs, love. [Be prepared to lose a few games, love.]"
Aku hanya senyum sinis ke arahnya. Sejujurnya aku cakap, Emilia Ezrina Fayyan terasa dirinya dicabar. Aku pantang betul orang cabar aku. Aku akan buat sampailah aku dapat tanpa mengira berapa lama masa yang perlu diambil. Baru aku perasan yang perangai aku lebih kurang sahaja dengan perangai Adryan. Ada setengah daripadanya mirip, ada setengah daripadanya kami saling melengkapi.
Aku menarik nafas sebelum memberikan isyarat kepada Adryan untuk menyerang aku. Aku rasa aku patut fokus kepada pertahankan diri daripada serang Adryan. Aku tak pernah tengok suami aku beraksi di hadapan aku. Dia sahaja yang pernah tengok aku beraksi di hadapannya. Aku rasa inilah jalan yang terbaik.
Terkejut juga aku apabila dia menyelitkan kakinya untuk mengunci kaki aku menyebabkan aku tidak sempat untuk mengimbangkan badan aku. Apa jadi seterusnya? Keadaan kami boleh dikatakan amatlah intim memandangkan Adryan tengah memandang anak mata aku sedalamnya. Dia di atas menyebabkan keadaan lebih memihak kepadanya apabila dia lebih dominan daripada aku ketika ini.
"Fokus, sayang. Jangan disebabkan lawan kau ialah aku, kau hilang fokus."
Itu yang Adryan ungkapkan sebelum aku bertindak untuk menebalikkan keadaan kami. Tetapi kali ini kami berdua tidak menghadap sesama sendiri. Kaki aku mengunci kepala Adryan sambil sebelah tangannya aku pegang. Silap aku apabila melepaskan tangannya menyebabkan dia menghempaskan aku ke hadapan. Damn! Aku menekan rusuk kanan aku yang terasa senak.
"Aku dah cakap. Fokus. Kau hilang fokus kau, love."
Aku kembali bangun apabila melihat dia juga turut bangun. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membetulkan kekuda aku. Ingat balik apa yang kau dah praktikkan dengan Zariq, dengan Ez selama ini, Emilia. Kau Emilia Ezrina Fayyan, ketua Fayyan mafia sekarang ini. You're married to Adryan Erfan Raffael and that's means you should know how to fight like a queen too.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romansa[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...