Aku berura-ura untuk menanyakan tentang hal ini kepada Arran. Tetapi itulah.. karang salah, naya je. Ni semua salah Zariq! Kalau dia tak cakap separuh jalan yang Skyler sebenarnya ada kaitan dengan aku atau lebih tepat Arran, aku tak mengendeng tepi dia macam ni lah!
"Yang you ni kenapa daripada tadi mengendeng dekat I? Saja nak bagi Ryan jealous? "
"I ada benda nak tanya. Tapi jangan offended eh?"
"Tanya jelah. Since when did you give a damn about people feelings, Em?"
"You ada kaitan dengan Skyler?"
Aku nampak Arran terhenti seketika sesi mengacau air dia namun beberapa saat kemudian, dia kembali melakukan aktivitinya itu sambil menjawab soalan aku.
"After my mum deceased, my dad married a divorced women. Little that both of us knew, she's actually married to Skyler family before and have kids. So basically, Skyler is my other family and they're my step siblings, Em. Is that clear your curiousity?"
"Yep. Crystal."
Menyesal pula aku tanya. Topik berkaitan Skyler seperti topik yang sensitif untuk dibincangkan dengan Arran. Nada dia cakap hanya mendatar. Walaupun mendatar seperti biasa, jelas dia punya tension semasa dia berbicara tentang keluarga tirinya. Aku sejujurnya tak pernah tahu mak kandung Arran dah meninggal. Adryan mana nak cerita tentang semua ini. Ha suami aku tu pun sama spesies sahaja dengan aku. Jenis tak akan bercerita selagi dia rasa taknak bercerita.
Permohonan maaf meluncur laju daripada mulut aku. Arran hanya menyatakan yang dia tidak kisah. Setelah itu, ibu pula masuk ke dalam dapur. Oh, aku lupa nak beritahu. Arran yang datang rumah aku dengan Adryan pagi tadi. Ibu pula saja nak datang tengok aku memandangkan sudah lama aku tidak pulang ke rumah keluarga aku. Maklumlah, dua-dua sibuk yang amat.
"Em, ibu saja nak tanya ni."
"Apa dia?"
"Suami kamu tu dah sentuh kamu ke belum?"
Hanpir terbalik kuali aku dibuatnya ibu. Muka aku tak payah cakap. Merah ya amat! Apa ibu ni? Mujur sahajalah Arran sudah ke ruang tamu dan hanya tinggal kami berdua sahaja di dapur ini. Kalau ada Arran tadi, mahunya dia sakat aku.
"Eh apa ibu cakap pasal benda ni? "
Nada suara aku nampak aku gelabah. Kalau kau tanya, aku memang tak berapa nak selesa berbual tentang perkara ini. Sebab apa? Ia melibatkan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri juga. Tanggungjawab yang sampai saat ini, sudah masuk tiga bulan aku tidak laksanakan lagi.
"Nak guna tips ibu goda suami?"
Aku pandang pula ibu. Eh ibu ni kenapa? Dengan kening terangkat-angkat sambil mencucuk-cucuk pinggang aku. Papa! Apa dah jadi dengan ibu ni sampai jadi macam ni sekali ibu ni?! Seram aku tengok ibu sekarang ni.
"Eh tak payah lah! Em boleh goda sendiri Ryan tu."
"Yakin? Kalau yakin tak apalah. Tapi, ibu dah letak kotak tu dekat dalam bilik closet Em. Nanti pakai ye."
Dengan itu, aku pun tercengang. Mulut aku sedikit ternganga apabila ibu berkata begitu sebelum dia mengenyitkan sebelah matanya kepada aku lalu berlalu pergi. Aku hanya mengikut ibu ke depan apabila ibu menyatakan bahawa dia mahu pulang. Arran pun entah ke mana. Rasanya macam dia ada jerit tadi yang dia nak balik.
"Selamat berbulan madu atas katil, anak dara ibu~"
"Ibu!!"
Ini semua salah ibu! Ini tindakan bunuh diri namanya! Aku consider idea ibu sebab apa? Aku nak attack Adryan harini. Aku memandang pantulan diri aku sekarang di cermin bilik air. Set baju tidur berwarna merah yang sangat nipis tersarung di tubuh tinggi aku dan dipadankan dengan cardigan yang berwarna sama. Dahlah baju ni memang pendek! Berkali ganda pendek jadinya apabila tubuh tinggi aku memakainya.
Aku biarkan sebelah kanan bahu aku terdedah, hanya menampakkan sedikit sahaja lengan aku. Tali baju tidur ini teramatlah kecil ya diameternya. Sebesar spageti sahaja diameternya. Aku teguk perlahan air liur aku. Sudahlah material kain baju ini kain satin. Kalau aku pun boleh rasa bendera pelangi dengan diri sendiri saat ini, bagaimana pula dengan reaksi Adryan?
Sudahlah suami aku itu ada dekat bawah saat ini. Rambut panjang aku dibiarkan jatuh sehingga ke paras dada; sebelah kiri berada di hadapan manakala sebelah kanan aku selakkan ke belakang. Aku capai juga minyak wangi yang selalu aku gunakan lalu aku sembur banyak-banyak ke tubuh badan aku.
"Signora!"
Suara Adryan yang sayup-sayup memanggil aku menyebabkan aku menarik sedalam-dalamnya nafas sebelum menghembuskannya. Time for your revenge, Em!
WARNING! 16+ scene ahead!! Read at your own risk!!
Recommended song while reading this part : Middle of The Night by Elly Duhe
Aku sengaja menyibukkan diri di hadapan Adryan dengan keadaan seperti tadi. Daripada ruang tamu sehinggalah sekarang, kami berdua di dalam bilik tidur. Pada saat ini, sejuk yang menyapa kulit aku yang terdedah menyebabkan tekanan osmosis dalam badan aku tinggi. Aku bangun daripada katil lalu bergegas ke tandas. Aku nak terkucil dah tahan sejuk ni.
Buka sahaja pintu tandas, muka Adryan terpampang. Jelas pada riak wajahnya yang dia sedang menahan marah. Okey, dia terkesan dengan aku. Aku kena siap sedia defense diri lepas ni. Bahaya! Red alert!! Mula dah timbul rasa menyesal ikut idea ibu.
"Kau buat apa, signora?"
"Aku buat apa? Aku pergi kencing lah."
Adryan menutup pintu bilik air apabila dia berjaya mengenggam tangan aku lalu ditariknya aku ke luar. Dia menolak aku ke pintu bilik air sambil sebelah tangannya memegang kedua-dua tangan aku ke atas kepala manakala sebelah tangannya lagi diletakkan di tepi kepala aku. Jarak kami berdua yang rapat sangatlah tidak membantu keadaan sekarang.
"Are you seducing me right now, Emilia Ezrina Fayyan binti Fayyan Mikael?"
"If my answer is yes, what would you do, Adryan Erfan Raffael bin Arfan Raffael?"
Aku kembalikan pandangan mata yang sama seperti Adryan berikan kepada aku. Dia ingat dia boleh menang ke sekarang? Apa dia fikir dia seorang ke yang boleh jadi seksi dan bold? Aku pun boleh lah!
Dia beralih daripada memandang anak mata aku kepada bibir aku. Oh, aku tak pakai lipstick kalau itu yang korang fikirkan. Aku hanya cuma oleskan sedikit lipbalm setelah aku scrub bibir tadi. Bibir aku kering sikit ye harini jadinya aku malas nak bermakeup bagai. Mujur sahajalah hari ini aku tidak bekerja, hanya Adryan sahaja yang bekerja.
Kini, suara garaunya betul-betul di sebelah telinga aku. Aku pula yang meremang bulu roma sekarang ini. Abort mission!! New mission : run away from beast aka Adryan!
"If that so, I would say congrats to you, darling. I couldn't hold myself anymore after seeing you who looks hot in this nightwear."
Dengan itu, dia menindih lembut bibir aku dan bermula lah kisah bercinta atas katil kami berdua. Aku tak mahu cerita detail tantang ini memandangkan author korang tak mahu letakkan censored. Lagi pula aku yakin, yang baca cerita cinta aku dengan Adryan ni masih lagi bawah umur kan? Jadinya cukuplah sampai situ sahaja. Sekian episode kali ini.
Aku nak jujur. Aku rasa macam dramatic pun ada tapi takpelah aku tetap nak cerita juga. Aku pasang yassin dekat sebelah masa aku tulis scene 16+ tu.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...