"That time, pakcik aku dan mummy kau adalah orang yang paling aku benci atau aku patut sebut kak Arin sebab masa tu kak Arin yang ambil alih diri aku. Zariq dengan Zaq datang dengan papa that time aku dengan Ezrian masing-masing dah nyawa ikan. Mummy dengan pakcik aku dah bla disebabkan papa bawa SWAT team. Ezrian dah pengsan bila ibu mati depan mata dia. Aku tak tahu apa-apa disebabkan aku tengah lawan pakcik aku. Tapi kau expect apa daripada budak perempuan yang baru berusia dua belas tahun yang baru belajar basic tentang seni pertahanan diri berlawan dengan lelaki yang dua kali ganda usia dia dan sangat mahir dalam pertahanan diri?"
"That bastard hampir bunuh Ezrian yang masih pengsan depan mata aku hanya disebabkan dia dah tumbangkan aku. Yes. I'm the one who took that bullet for Ez. Aku dah cukup trauma hilang dia dan dia dah cukup trauma hilang ibu walaupun ibu sebenarnya tak mati dan benda itu hanya sekadar untuk kaburkan mata mummy kau! Oh pasal Zariq. Aku dah anggap dia macam adik aku disebabkan aku membesar sekali dengan dia dengan Zaq. Zariq ada sebelum kejadian hitam tu berlaku walaupun after a few months lepas tu, benda tu jadi. Jangan cuba nak burukkan keluarga aku. Ingat sikit apa Fayyan dah pernah tolong Raffael selama ni."
"Tentang Ezriel. Aku rasa tak perlu pun aku jelaskan sebab aku dah sah jadi isteri kau dan tak lama lagi dah nak jadi mak orang dah pun. Kenapa perlu ungkit balik kisah silam aku dengan Ezriel? Jealous? Tak perlu jealous Adryan. Aku dengan dia selama ni pun tak pernah buat apa-apa kecuali dia datang rumah aku sebab papa ajak atau kami berdua pergi makan sebagai date. Dia tak pernah teman aku pergi shopping atau apa pun. Are you satisfied now, Raffael? Aku dah explain everything yang selama ni aku hanya diam."
Aku nampak Adryan dengan yang lain tercengang. Apabila aku maksudkan yang lain itu termasuklah Ezriel sebab Ezriel memang tak tahu tentang cerita dulu. Kak Arin memang tak pernah keluar masa aku dah start masuk usia belia. Ezriel cuma pernah jumpa Sofia sahaja selama aku pernah couple dengan dia. Isha lagilah jarang keluar. Aku sendiri pun tak ingat macam mana Isha boleh wujud dalam badan aku. Yang aku ingat Isha pernah cerita yang dia keluar masa tu ada orang flirt dengan Ezrian sampaikan Ezrian tu dah nak menangis. Jadinya Isha pergi belasah budak perempuan tu sampai koma budak tu dikerjakan oleh dia.
Aku hembuskan nafas apabila masing-masing hanya diam. Aku ambil langkah untuk pulang ke rumah papa selepas aku membisikkan sesuatu kepada Adryan. Ezrian dan juga Zariq hanya diam apabila mereka berdua cuba untuk bercakap dengan aku tapi aku pun jadi tugu negara dekat situ. Oh apa aku bisikkan dekat Adryan. I'm sorry sebab dah tengking kau dan juga malukan kau depan orang ramai. Aku ada dekat rumah papa.
Silakan maki Adryan hahaha.
Setibanya di rumah papa, aku terus ke dapur apabila bau ayam masak lemak cili api kegemaran aku melegar sejak aku buka pintu utama rumah. Sampai sahaja di dapur, aku hanya terkebil-kebil apabila melihat adegan yang bagi aku agak meloyakan tekak aku sekarang walaupun Adryan selalu buat dekat aku. Papa tengah perangkap ibu yang tengah bersandar dekat dengan table top dapur sambil bercium tengah-tengah alam. Ezrian dengan Zariq yang menegur aku kenapa aku jadi tugu negara dekat situ hanya berpeluk tubuh.
"Kot ye pun nak bersweet dengan ibu, janganlah sampai tak lepas ibu tu papa. Geli lah Zariq tengok."
Zariq yang menegur papa dengan ibu menyebabkan ibu menolak papa jauh daripadanya lalu kembali mengacau lauk yang sedang mendidih di atas dapur. Muka ibu dah merah. Papa? Hampir terjatuh apabila ibu secara drastik tolak papa tadi. Papa hanya menjeling tajam ke arah Zariq sambil membebel mengatakan yang kami semua ini pengacau.
"Mata Em tu kenapa bengkak? Macam baru lepas nangis je?"
"Adryan mana sayang?""He just needs some times. So let him be. Is that answer both of you punya questions?"
"Tak."
"Tak.""Em malas lah nak explain. Itu je jawapan yang Em boleh bagi dekat ibu dengan papa."
"Adryan kena rasuk."
"Ha?!"
Bukannya setakat papa dengan ibu terkejut, aku yang dengar Zariq cakap macam tu pun terkejut. Sesuki dia je cakap macam tu. Tapi sejujurnya aku hampir nak tergelak apabila dah hilang terkejut tadi. Tergelak sebab berani betul dia kutuk suami aku macam itu eh?
"Kena rasuk? Biar betul? Eh dah panggil ustaz ke belum? Apa kena awak ni Em? Suami tengah kena rasuk boleh pula dia tinggalkan suami dia."
"Eh abang ni. Lupa ke anak awak tu tengah mengandung? Memanglah kena datang sini. Ish! Dia ni pun."
"Apa ibu dengan papa buat kerepek ni? Masa bila pula lah abang Ryan tu kena rasuk? Abang Zariq tu cakap gitu sebabnya perangai dia tadi macam kena rasuk. Bukannya kena rasuk sungguh. Senang betul kena gula-gula. Hapoolah."
Papa dengan ibu pandang pula ke arah Zariq setelah Ezrian berkata begitu. Aku pula memang awal-awal lagi dah nak cari gaduh dengan Ezrian apabila dia curi yogurt blueberry yang aku tengah makan. Oh, masa dia terangkan dekat ibu dan juga papa, dia berjalan ke arah aku yang sedang melantak yogurt di meja makan. Yogurt aku makan jugalah dia nak sebat. Padahal dalam peti tu sikit punya banyak kot!
"Mind explain to us, Zariq? Ibu dah rasa macam tak ada otak ni."
"Ish! Apa Asya cakap macam tu? Tak baiklah."
"Lah betul lah apa Asya cakap. Otak Asya dah terjatuh bila Ezrian terangkan maksud ayat Zariq tadi."
"Betul juga kan. Ha Zariq, cuba terangkan balik dekat papa dengan ibu maksud Ezrian tadi?"
Kini, kami sekeluarga sudah berkumpul dekat meja makan setelah ibu siap masak. Aku pula dah habiskan makan yogurt tadi terus bantai makan aiskrim. Buat-buat busy makan sebab taknak explain balik cerita tadi dekat ibu dengan papa. Escape lah senang cerita. Sebabnya papa pantang kalau kami bercakap tanpa keperluan time makan. Kecuali masa itu memang tengah berborak then it's a yes to talk while eating.
"Err. Taknaklah explain. Nanti mak buyung tu smackdown Zariq sebab burukkan suami dia."
"Pandai pun."
"Tak apa cerita je. Papa bayar triple bulan ni."
"Oh begini cerita dia. Adryan tiba jadi emo tadi."
Aku dah tepuk dahi aku apabila Zariq buka cerita tentang tadi. Dia kalau dengan papa yes. Dia memang akan buka cerita even macam mana loyal sekali pun dia. Hauk punya PA. Aku baling sudu aku yang digunakan untuk makan aiskrim kepadanya menyebabkan ceritanya tidak sampai ke tengah penceritaan. Aku hanya renung mukanya dengan amaran supaya tidak buka cerita. Aku malas dah nak gaduh. Bertambah dosa aku nanti.
I'm very sorry sebab dah lama tak update. Busy sayangku semua. Jadinya, saya tak pasti saya pernah cakap atau tidak sebelum ini. Saya akan update seminggu sekali sahaja. Tapi double chapterlah. I'm sorry again. Silakan maki Adryan sebab buat Emilia macam itu hahaha.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...