Aku hanya mendengar sahaja bebelan Zariq daripada tadi. Adik aku mencuit pinggang aku menyebabkan aku menayangkan muka bosan aku kepadanya sambil menaikkan sebelah kening aku kepadanya. Zariq masih tak puas hati tentang kenyataan pada episod lepas.
Pandangan mata Ezrian yang menanyakan kepada aku boleh tak dia nak bunuh Zariq sekarang ini kerana daripada tadi lagi dia kerja membebel dekat aku dengan Ez. Aku dah naik menyampah! Adryan pun tak membebel macam ni!
Aku hanya jegilkan mata aku ke arah Ezrian apabila aku faham akan pandangan matanya. Tahan je lah! Sesuki dia je nak bunuh PA aku. Aku nak cekup mana PA baru nanti? Setan betul dapat adik macam dia ni.
"Kau dengar tak ni, Ezrina?!"
"Tak. Cuba ulang balik."
Aku paling muka aku ke arah Zariq yang sedang menahan amarahnya. Aku silangkan kaki aku dan begitu juga dengan tangan aku. Muka aku jelas menunjukkan yang aku tengah main-main sekarang ini. Muka Zariq sekarang tiada satu pun garis senyuman pada mukanya. Apabila aku mengangkat sebelah kening aku kepadanya sambil senyuman sinis dihadiahkan kepadanya, Zariq hanya mengeluh perlahan. Aku tengah cabar dia. Dan Zariq ambil keputusan yang tepat untuk tidak melawan aku.
"Kau tahu tak benda ni benda besar?"
"Tahu."
Zariq menghentak tangannya ke atas meja mesyuarat apabila aku dengan selambanya menjawab seperti itu. Apa masalah lagi dia ni? Dah tahu tu, diam sudah lah. Sekarang aku nak jatuhkan bom dekat suami aku. Apa da.
"Then?! Why did you done that?!"
"Itu permintaan dia, abang Zariq oi! Kan akak dah cakap."
Bagus! Aku tak perlu terangkan dah kepada dia. Buat pertama kalinya aku rasa Ezrian berguna juga. Atau mungkin sebenarnya dia sudah tidak tahan mendengar bebelan Zariq daripada tadi? Adik aku juga duduk seperti aku ; kaki yang bersilang begitu juga dengan tangan.
Aku nampak muka Zariq seperti keliru. Alahai anak buah aku yang ni seorang lah! Dia tak dapat tangkap lagi ke? Dah sah-sahlah muka si Haiyan tu lebih kurang je dengan muka si Zaq tu ha. Alah bongok betul lah dia ni. Aku nak tergelak dah ni. Padahal aku dah terangkan dekat dia semalam. Dia ni memang taknak percaya ke apa?
"Permintaan? "
"Masa akak jumpa dia, akak dah cakap tentang Fayyan. Akak dah bagitahu detail yang abang ialah PA akak bermakna abang pun pihak atasan Fayyan. Apa-apa urusan akan melalui abang terlebih dahulu sebelum sampai kepada akak. Dia setuju. Akak pun ikut jelah."
Aku tolong tepuk tangan kepada Ezrian apabila dia selesai menerangkan kepada Zariq tentang Haiyan. Haiyan atau nama penuh dia, Muhammad Zarif Haiyan bin Muhamad Zahlan. Anak buah aku yang memegang jawatan sebagai ketua Alpha team Fayyan. Dan ianya bermaksu dia juga salah seorang pihak atasan Fayyan. Dia adik kandung Zariq yang bongsu yang dikatakan telah mati dijilat api ketika aku selamatkan Zariq dengan Zaquan dahulu. Dia terselamat juga dalam kejadian hitam keluarga Zariq. Tapi bukannya aku yang selamatkan. Aku kutip Haiyan dekat pusat jagaan kanak-kanak.
"All this time?"
"Unfortunately, the answer is yes, my dear."
"God!"
Aku memandang pula ke arah pintu bilik mesyuarat yang diketuk oleh Haiyan sebelum aku memberi arahan kepadanya untuk masuk. Aku nampak Haiyan sedikit tersentak apabila melihat abang sulungnya juga berada dalam bilik mesyuarat tersebut. Memanglah member tu tersentak, dah si Zariq tu pandang adik dia macam nak telan dah.
"Err... kenapa miss panggil saya? "
"I will leave both of you to strengthen the bonds. Jangan jahanamkan bilik mesyuarat sudah."
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...