𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 70

719 30 1
                                    

"Seperti yang korang tahu, musuh kita merupakan Miss punya mother-in-law. Planning yang aku pernah bagitahu dulu akan berubah sedikit untuk Alpha team dan juga Delta team. Team yang lain masih kekal di posisi dan tugas yang sama. Yang lain selain daripada ahli Alpha dan juga Delta boleh kembali meneruskan tugas. Kalau ada apa-apa, Miss akan bagitahu sendiri dekat korang."

Melihat anak buah aku yang lain menunduk hormat kepada aku dan juga Zariq, aku juga turut sama menunduk sedikit kepala aku kepada mereka. Ada masa memang aku dengan Zariq akan rapat dengan anak buah aku tetapi untuk masa yang serius seperti sekarang, masing-masing tetap hormat antara sesama sendiri. Itu yang papa titipkan kepada aku sewaktu awal-awal pengenalan Fayyan kepada aku, Ezrian, Zariq dan juga Zaquan.

Ya, Zaquan. Zariq kan dah pernah cerita yang Zaquan sepatutnya belongs to Fayyan tetapi end up dengan Raffael sebab kes Zariq tercuai dengan adik dia yang buas tu. Aku dengan mereka berempat membesar bersama-sama. Cuma tak berapa nak sempat dengan Zaquan sebab Zaq hilang masa dia umur lapan belas tahun. Zaquan pun selama ini training dengan Fayyan atau spesifiknya dengan aku, Ez dan juga along dia.

Papa dengan ibu tetap sayangkan Zaquan walaupun Zaq dah pindah keluarga. Walau macam mana sekali pun, Zaq tetap anak angkat keluarga Fayyan yang sah. Aku macam tak percaya yang aku membesar dengan Zariq dan juga Zaquan sebenarnya. Lamunan aku terhenti apabila Zariq membaling cawan kertas kepada aku. Aku menjeling tajam ke arahnya setelah itu.

"Kau ni kan kuat berangan eh sejak mengandung ni."

"Berangan itu free. Kalau berangan tu kena bayar, aku rasa akulah manusia paling pokai sekali."

Anak buah aku yang masih berada dalam bilik mesyuarat hanya tergelak kecil apabila mendengar aku berkata begitu. Aku sebenarnya malas nak pergi meeting ni tapi disebabkan si Zariq dah start bebel, anak buah aku yang lain pun pujuklah juga aku untuk pergi. Ha nampak tak yang anak buah aku pun tahu Zariq lagi kuat bebel daripada Adryan? Anak buah aku pun ada cakap tadi, "macamlah miss tak tahu perangai Tuan Zariq tu kalau dah start bebel. Jadinya, tolonglah selamatkan kami juga daripada kena bebel dengan dia." Ha begitulah ceritanya. Aku punyalah ngam dengan anak buah aku yang lain sampaikan aku gosip pasal Zariq depan dia tadi hahaha. Itu yang agaknya Zariq bebel tak sudah.

"Penatlah aku bercakap dengan mak buyung ni. Cepatlah. Kesian diaorang tunggu kau."

"Alah. Kau kan ada. Cerita jelah. Kau patut beruntung dapat anak buah macam diaorang tahu? Kalau bukan sebab diaorang pujuk aku suruh join meeting, aku tak akan terpacak dekat sini lah, Haikal oi!"

"Hauk dapat ketua macam kau ni Em."

"Ingat sikit eh aku yang bagi gaji kau."

"Kalau tak ingat kau tu sugar mummy aku, dah lama aku tanam kau hidup-hidup dengan Ez. Menyampah aku."

"Sejujurnya saya nak cakap, plan ini sepatutnya Zariq yang sebut tapi dia nak juga saya yang sebut. Macam yang Zariq sebut, Alpha team dan juga Delta team akan berubah sedikit planning daripada yang asal. Alpha team akan tunggu arahan daripada saya. Selagi saya tak bagi arahan, jangan buat apa-apa walaupun dah gian macam mana sekali pun. Untuk Delta team, korang akan menyusul selepas sahaja saya berikan arahan kepada Alpha team. Korang mungkin akan diperlukan untuk bantu suami saya dan Tuan Muda korang nanti. Itu planning sekarang. Korang boleh bersurai dan sambung kerja tadi."

Serentak dengan itu, mereka semua mengucapkan terima kasih sambil menunduk hormat kepada aku dan juga Zariq. Aku mengeluh setelah melihat Diana dan juga Haiyan keluar daripada bilik mesyuarat. Aku tak pasti aku boleh kuat atau tidak selepas ini. Ya Allah, kau pinjamkan kepada aku sedikit kekuatanMu kerana Kau ialah Allah Al-Muqit, Yang Maha memberikan kekuatan dan kecukupan. Tolong kuatkan aku, keluarga aku dan tidak lupa kepada mereka yang aku sayangi.

"Aku rasa aku tugaskan kau untuk masuk meeting tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku rasa aku tugaskan kau untuk masuk meeting tadi. Kenapa yang masuknya si Rafiq?"

"Err. Aku... Aku pergi tandas tadi. Itu yang aku minta dia gantikan aku. Aku sakit perut tadi."

"Tandas? Kau sure ke kau pergi tandas?"

Aku hanya naikkan sebelah kening aku sambil memeluk tubuh setelah berhenti menaip di komputer aku. Aku geram dengan makhluk bernama Ezrian Eskandar Fayyan bin Fayyan Mikael ni. Aku suruh itu je kerja dia. Boleh dia bagi alasan mengarut dekat aku? Ingat kakak dia ni bodoh ke?

"Dahtu? Kau nak suruh aku pergi mana lagi? Nak suruh aku berak tepi longkang?"

"Haah. Tapikan aku suruh kau pergi melepak mall dengan Ayran kalau diikutkan."

"Manalah aku tahu lepak mall--"

Aku nampak adik aku terkedu setelah itu. Gotcha! Dia ingat aku tak tahu itu kerja dia? Meeting tu tak sampai pun sejam. Meeting dengan anak buah sendiri je kot bukannya melibatkan pihak lain pun. Diaorang cuma bentangkan post morterm projek yang sedang berlangsung dan juga financial analysis bulanan syarikat yang sedikit jatuh setelah aku cuti beberapa kali. Mati aku nak menjawab dengan papa nanti huhuhu. Oh ini bukannya meeting yang pagi tadi aku kena paksa hadir oleh Zariq. Yang ini meeting syarikat pada waktu tengahari tadi.

"Mana kau tahu aku lepak mall dengan Ayran, kak?"

"Kau ingat kau seorang je ke ponteng mesyuarat?"

Aku hanye menyambung kembali kerja aku. Tak larat dah nak bebelkan si Ezrian ni. Papa pun dah penat nak marahkan dia. Ibu pun dah penat nak pujuk dia suruh jadi rajin sikit memandangkan aku tengah sarat mengandung. Biasalah kalau dia ada geng sekepala memang macam ini yang jadi. Aku syak suami aku pun tengah bebelkan si Ayran tu dekat office. Aku pun tak tahu kalau ikutkan. Anak buah aku yang bernama Rafiq tu ada beritahu aku yang dia akan gantikan Ezrian sebab Ez pergi tandas. Sakit perut katanya. Aku pun percayalah.

Kau tahu kenapa aku boleh tahu dia gula-gulakan si Rafiq tu? Suami aku call, tanya dekat aku yang Ezrian ada dekat pejabat atau tidak. Aku pada mulanya cakaplah Ez ada dekat pejabat, dalam toiletlah tapi. Adryan suruh aku check parking lot sama ada kereta Ez masih wujud atau tidak. Aku hampir nak bergaduh dengan Adryan tadi. Aku suruh Zariq check and bingo! Kereta dia lesap. Masatu barulah suami aku bebel dekat aku yang Ayran pun lesap daripada meeting. Sekian ceritanya.

"Weh kak."

"Benda?"

"Sampai bila kak Di turun sini? Syarikat dekat belah sana siapa jaga?"

"Aku dah suruh Di balik sana. Kalau dah tiba masanya, Zariq atau aku akan suruh dia balik sini balik. Dekat sana pun bukannya ada sesiapa sangat. Effeline (F-Felin) je ada untuk tengokkan syarikat kalau Di dekat sini."

"Bukannya si Ziro (pronounce same as zero) tu dekat Spain ke?"

"Dah tukar. Aku suruh dia yang pegang dekat Russia. Kalau ikutkan Diana yang akan pegang dekat Russia bila aku suruh Zariq tukar sini. Dah Di sayang nak tinggalkan Spain, aku tanyalah si Ziro tu."

"Sayang tinggalkan Spain ke sayang tinggalkan kenangan dengan bekas marka?"

Aku hanya gelak setelah itu apabila teringatkan kisah cinta Diana. Perkara biasa bila kau dah terlalu rapat dengan anak buah kau sampaikan kisah cinta diaorang pun kau boleh tahu. Ha itu juga menunjukkan aku dengan pihak atasan Fayyan yang lain rapat sangat dengan anak buah kami. Papa dengan ibu juga begitu. Boleh dikatakan kami semua ibarat keluarga besar. Kadang tu ibu kalau terlebih rajin, dia ajak anak-anak buah aku makan dekat rumah. Yang menjadi mangsa basuh pinggan semua sekali tentulah papa dan juga Ez.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now