𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 93

380 18 1
                                    

Dengan itu, aku menaikkan kaki aku dan berpusing 180 darjah untuk menyepak kepala Lucas. Ya, Lucas Darien. Ketua bodyguard Raffael yang juga merupakan salah seorang pihak atasan Raffael yang belot Adryan sendiri. Terkejut? Ha sama lah. Aku pun terkejut ni. Adryan dengan yang lain pun sama juga tu ha. Aku yakin Adryan tengah fikir cara nak mampuskan si Lucas ni sekarang ini.

Melihat dia yang tumbang menyebabkan aku terus mencampakkan pistol itu ke arah Zariq. Senang. Mana tahu tiba-tiba si Zariq tu nak berlawan juga kan walaupun aku tahu dia takkan ada tenaga untuk bertahan walaupun lima minit. Kalau dia dapat bertahan selama lima minit tu, uwauu. Impressive.

Aku mencapai pistol yang diselitkan di belakang suit tempur aku lalu aku halakan ke arah Lucas yang agak terkial-kial untuk bangun. Belum sempat aku hendak menarik picu, kepala aku pula yang ditendang daripada belakang menyebabkan pistol yang berada dalam pegangan aku sebentar tadi terlepas. Berpinar juga lah ketika ini pandangan mata aku.

"We met again, darling."

Aku hanya senyum sinis ke arah Damien. Tepat tekaan aku walaupun pada mulanya aku bergaduh dengan Arran pada pagi esoknya semasa kami menghadiri majlis makan malam di Marseille beberapa bulan yang lepas. Arran kata tak baik syak keluarga Santiago ada hubungan haram dengan Mummy. Mehh, ini hapo? Emilia 1, Arran 0.

"It was just a facade then."

"Of course! What game it will be if I don't pretend, darling?"

"Stop calling me that!"

"What, darling?"

Dia ni memang sengaja nak mampus awal gamaknya? Dia ingat aku ni datang seorang diri? Memang tak lah! Adryan tu tengah mencarut lagi apabila mendengar orang lain panggil isteri dia darling. Possesive Adryan is on.

"Once again dia panggil kau darling, memang aku suruh Arran headshot dia terus. Suka hati je panggil bini orang darling!? Eh tu bini aku, kalau nak panggil darling, pergilah cari bini orang lain. Hak aku juga yang kau nak kebas!"

Aku nak gelak tapi nanti kantoilah kan? Jadinya aku hanya tayang senyum sinis untuk cover nak tergelak aku tu. Melihat seorang lagi keluar daripada gelap menyebabkan aku mengangkat sebelah lagi kening aku. Oh, hidup lagi mamat ni eh?

"Eh! Sayang! How's your hand? Nak tengok hasil kerja I dulu boleh? Mesti lawa kan?"

Aku tayang muka teruja apabila melihat Louis Zander yang dahulunya aku toreh tangan dia dengan pisau. Nak tengok juga apa jadi dengan hasil seni aku dulu. Lawa ke tidak? Kalau dia kata tak lawa, aku nak kerat je tangan dia sebab taknak orang lain nampak dah hasil seni aku yang terlalu buruk itu. Nanti aku buatlah hasil seni baru dekat badan pula. Besar sikit kanvas dia.

"Pergi mampuslah dengan hasil seni kau! Dahlah buruk! Habis rosak tangan aku!"

Auch! Dia kutuk hasil seni aku lah. Hurm. Kejap lagi lah aku fikir cara nak kerat tangan dia pakai apa. Apa susah? Celup dalam asid je lah senang. Aku pun tak payah bersihkan pisau aku nanti. Clean pun clean ha gitu.

"Auch! It's hurt me babeh. Tak baik tau cakap hasil seni I buruk. Memanglah buruk, I bekas medic student bukannya bekas arts student. Ishh! Kita bagitahu suami kita awak kutuk hasil seni kita!"

Pada saat ini, aku rasa mesti empat ekor ni fikir aku dah hilang akal. Kenapa empat? Lupa ke yang Zariq dah sedar? Aku tak pastilah tu. Takut dia mampus balik ke ha itu belakang ceritalah kan? Tak apa lah. Asalkan suami aku tak fikir aku ter--

"Kau ni dah terencat akal ke?"

Aku baru nak cakap! Dia dah sebut dahulu! Ish! Geram je aku dengan si Adryan ni! Tetiba rasa nak tukar sasaran.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now