Aku hanya memandang Adryan yang berpeluk tubuh di sebelah aku melalui cermin. Walaupun tengok ikut cermin yang hanya menampakkan belakang kepalanya sahaja, lewat ekor mata aku jelas nampak muka dia seakan-akan tidak puas hati pun ada. Kami berdua sudah pulang ke rumah sendiri setelah berjam-jam lamanya bertapa dekat rumah papa Arfan. Lagi pula aku malas nak layan perangai tiga suku si Arran tu. Entah apa pasal dia jadi bengong harini.
"You don't like the idea, love?"
"Idea apa pula?"
Aku capai pula bekas moisturizer. Terhenti seketika sapuan aku apabila ayat yang seterusnya keluar daripada mulut Adryan. Tak habis lagi ke dengan topik anak ni? Aku rasa jelas dah ayat aku yang aku bukannya taknak anak. Aku tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Sudahlah sekarang bila-bila masa sahaja keadaan akan boleh huru-hara. Aku taknak lah anak aku yang menjadi mangsa nanti.
"Kau nampak sangat macam taknak anak bila papa dengan ibu bangkitkan hal ni tadi."
Aku letakkan kembali bekas moisturizer jenama Hada Labo itu ke tempat asalnya. Aku kembali ratakan moisturizer itu sambil membalas kepada Adryan. Penat dah aku dengan topik anak bagai ni. Ada karang aku taknak ada anak sungguh.
"Aku tak sedia lagi nak galas tanggungjawab besar, sayang. Aku rasa jelas dah ayat aku dekat situ."
"Kalau Allah bagi anak sekarang? Kau nak gugurkan?"
Aku jeling Adryan yang sedang merenung muka aku sambil sebelah keningnya naik. Jelas dia sedang menguji aku dan apa dia fikir? Aku ni bodoh lagi lah nak bunuh anak sendiri. Aku yang mengandungkan anak tu. Sesuka hati je nak gugurkan.
"Aku ni tak bodoh lagi nak bunuh keturunan sendiri, Ryan. Boleh tak jangan sebut tentang anak dah? When I'm ready, masatu aku akan serah diri dekat kau, sayang. Cuma bukan sekarang."
"So, I guess our deal during our nikkah doesn't expired yet?"
"Absolutely. Masa bila pula perjanjian tu terbatal?"
"Good then. Just know that this time, I won't hold myself anymore, signora. I will strike until you were mine rightfully."
"Nah. Your wife is good in defending herself, love. But.. I would love to see you done that."
Aku senyum sinis kepadanya lalu aku meninggalkan dia yang sedang memberus giginya. Perjanjian kami sewaktu hari pertama kami berdua telah sah bergelar suami isteri. Malam itu, aku dengan dia buat perjanjian sebabnya aku tak bersedia lagi untuk apa-apa tanggungjawab lain selain tanggungjawab isteri yang biasa. Dia setuju dengan mengatakan bahawa itu hak aku juga memandangkan yang nak kandungkan anak selama 9 bulan 10 hari itu aku. Yang nak kena hadap 24/7 sickness itu aku.
Jadinya tugas aku hanya perlu defense diri apabila Adryan strike. Seperti pagi yang Adryan bagi ayat manis dia buat pertama kalinya aku dengar, ha itulah strike dia. Kedengaran seperti akan membawa kemenangan kepada sebelah pihak tetapi sesungguhnya tidak ya. Kalau dua-dua kalah, memang jawabnya ha kau faham-faham jelah. Aku bincang dengan dia setelah kami berdua sampai ke rumah papa apabila majlis sudah tamat. Sebabnya, aku tak sedia lagi nak hadap tanggungjawab isteri yang satu itu.
Apa? Aku pun reti malu lah! Ia bukan soal malu tapi eh tahlah aku memang tak sedia lagi nak hadap scene 21+ tu. Kalau dah aku maksudkan seperti itu, sepatutnya korang dah dapat catch up yang Adryan tak pernah sentuh aku lagi. Maksud aku sentuh itu, yang 21+ tu eh. Kalau dia pegang tangan aku tu, lain. Yang aku tengah maksudkan lain.
Lamunan aku terhenti apabila iPhone aku berdering. Melihat nama Zariq menyebabkan aku segera melihat ke arah jam yang berada di dalam bilik aku. Berkerut juga dahi aku apabila dia menelefon aku pada waktu sebegini. Zariq tak akan telefon aku waktu malam buta kecuali hal yang sangat penting. Hati aku dah tak tenang sekarang ini. Aku terus seretkan ke tepi untuk menjawab panggilannya.
"Ha portato il suo uomo alla nostra base. [She took her man to our base.]"
Aku pejamkan seketika mata aku apabila mendengar ayat daripada Zariq itu. Patut ke aku bagitahu sekarang? Bodoh punya manusia. Dah tua bangka pun cari masalah lagi dengan orang! Sepatutnya pergi buat pahala banyak sebab tak lama dah kau nak mampus lah dalam cerita aku ni. Menyusahkan betul lah! Sudahlah aku baru sahaja selesai mandi!
"Kau tahu nak buat apa, Zariq. Aku ke sana dalam masa 15 minit."
Aku terus memutuskan perbualan kami lantas bersiap untuk ke base Fayyan. Adryan yang melihat aku menukar kepada baju yang serba hitam terus berkerut mukanya.
"Nak pergi mana?"
"Something happened dekat base Fayyan. Aku kena gerak sekarang."
"Okey."
Melihat dia yang berjalan ke katil kami menyebabkan aku menggigit bawah bibir dengan diselubungi perasan serba salah. Kenapa? Sebabnya aku dah janji nak teman dia tengok kartun dia huhuhu. Walaupun aku rasa macam nak je sepak dia tadi apabila dia cakap macam itu. Janji tetap janji. Setiap janji yang termeterai perlulah dilaksanakan. Kenapa kena mungkiri janji kalau kita buat janji tu dengan kerelaan sendiri?
Aku melangkah ke arahnya yang sedang mencapai Macbooknya. Mungkin nak sambung buat kerja memandangkan esok kami perlu kembali ke pejabat. Aku duduk di sebelahnya lalu Macbook miliknya aku letakkan ke tepi. Jujur aku serba salah sangat. Walaupun sekadar janji aku cakap nak teman dia tengok movie dia, tetapi macam aku cakap, janji tetap janji. Memang Adryan faham tetapi aku yang rasa serba salah sebabnya dah janji tapi tak dapat nak tunaikan walaupun keadaan tidak mengizinkan.
Aku capai tangannya lalu aku cium sebelum aku memeluk tubuhnya. Dia tidak membalas pelukan aku menyebabkan makin tebal perasaan serba salah aku. Aku lepaskan pelukan kami lalu kedua-dua tangan aku naik ke pipinya. Ibu jari tangan kanan mengusap lembut pipinya sebelum aku memohon maaf kepadanya.
"I'm sorry. I really am. "
Melihat wajah bekunya menyebabkan aku terasa nak nangis. Suami aku ni tak redha ke aku pergi perang ni? Bahaya lah tengok muka beku dia. Aku lebih rela tengok dia annoying kan aku daripada macam ni. Hmmm... Aku rasa aku patut tukar panggilan lah. Aku patut panggil dia winter. Sungguh aku tak dapat beza antara Adryan dan juga kutub Utara sekarang. Dedua beku!
"Say something, love. Kau bagi tak aku pergi perang ni? Anak buah aku semua perlukan aku sekarang."
"Pergi."
Anggap sahajalah yang Adryan benarkan, Emilia! Sempat aku cium bibir merahnya sebelum aku pergi. Tak lupa juga aku bawa bekal pelukan dia. Oh kau! Gatal betul! Aku cium baru nak balas peluk aku eh! Dasar pervert punya suami! Ayat itu hanyalah keluar dalam hati aku.
"Take care, wife. Kalau ada apa-apa masalah, I'm only one call away, darling."
"I will."
Aku turun ke bawah untuk bergegas ke base Fayyan. Masa untuk pergi perang, Emilia.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...