𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 18

931 47 2
                                    

"I will be there soon with both of them, pa"

Adryan meletakkan panggilan yang diterima dari ayahnya sebentar tadi sambil menghelakan kelihan yang berat. Aku dah kata, papa dah sampai US sebab terlalu lama balik sana. Pandangan matanya dikalihkan ke arah kembarnya yang sedang lena tidur di atas katil yang berada di dalam jet peribadi milik keluarga Raffael itu.

Fikirannya melayang kepada perbualannya bersama-sama dengan Zariq yang membawanya ke ruang makan semasa berada di base Fayyan sebentar tadi.

"Aku nak tanya kau sikit ni"

Anak buah Emilia hanya menayangkan riak wajah yang kosong sahaja. Adryan melipatkan tangannya ke dada sambil menyoal kepada anak buah Emilia itu.

"Kau mesti tahu yang ketua kau ada hubungan dengan kembar aku kan?"

Hanya anggukkan yang menjadi jawapan kepada soalan Adryan.

"Apa jadi dengan hubungan diaorang?"

"Maaf Tuan Adryan. Kami tak dibenarkan untuk menceritakan hal peribadi keluarga Fayyan kepada orang luar"

"Jangan sampai aku buat cara Raffael buat untuk dapatkan jawapan aku"

Anak buah Emilia hanya mampu meneguk kasar air liurnya. Apa aku nak buat? Kalau bagitahu, dikira pembelot. Kalau tak bagitahu, kena jawab soalan Malaikat Mungkar Nakir pula nanti. Ala lantaklah, aku dibawah Fayyan bukannya Raffael.

"Err, saya--"

"Kau apahal tak pergi training lagi ni? Kau nak aku suruh kau jalan itik keliling rumah?"

Mendengar suara Zariq di belakangnya menyebabkan anak buah Emilia itu terus mengalihkan badannya menghadap Zariq lalu dia memberikan tunduk hormat kepada lelaki itu.

"Pergi turun training sana! Adryan ni biar aku yang uruskan. Ni mujur aku yang nampak, kalau Em yang nampak? Kau nak jawab apa dekat dia?"

"Saya bukannya nak menjawab ke apa ke, Tuan Zariq. Miss yang arahkan saya untuk tunggu sehingga Tuan Adryan turun"

Terdiam seketika Zariq disitu. Zariq hanya menganggukkan kepalanya mendengar jawapan anak buah ketuanya itu lalu memberikan isyarat kepadanya untuk pergi. Sekali lagi tunduk hormat diberikan kepada Zariq dan juga Adryan.

"Aku tahu Em pun sama kejam je dengan kau, tapi dia masih lagi hormat dengan tetamu dia so jom ikut aku pergi ruang makan. Em suruh kau makan dulu sebelum balik US semula. Arran dah arrangekan flight korang malam ni"

Adryan hanya menayangkan muka bekunya seperti selalu. Zariq mengendahkan sahaja pandangan mata Adryan yang sedang menikamnya itu. Dah biasa. Kalau Emilia tiada mood pun, wajah beku seperti Adryan juga yang ditayangkan kepadanya.

"Em dengan kembar aku masih lagi atau dah break?"

"Dah lama break. Ar putuskan. Itu je aku boleh jawabkan. Selebihnya kau tanyalah Ar sendiri. Kalau takpun, tanyalah sepupu lurus bendul kau tu"

Sejujurnya, dia sedikit kecewa bahawa kembarnya itu merahsiakan perkara yang agak besar kepadanya. Kau dahlah couple dengan keluarga mafia lain yang dikenali. Then, bila suruh spill the tea tentang hubungan kau, kau tak mahu pula. Sabar, Adryan. Nanti kau tahu juga kisah diaorang macam mana.

 Nanti kau tahu juga kisah diaorang macam mana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now