Aku menapak ke ruang tamu setelah selesai mencuci muka. Adryan hanya menepuk tempat disebelahnya sebelum meneruskan sesi menyuap jajan ke dalam mulut. Jajan yang dia berebut dengan Ezrian sebentar tadi sebelum papa mencubit telinga kedua-duanya. Oh maksud aku kedua-duanya itu ialah Ezrian dan juga Adryan. Last-last aku ajak Adryan keluar beli sendiri dekat convinience store.
Aku hanya meneman disebabkan suami aku yang nak melantak bukannya aku. Aku duduk di sebelahnya sebelum mencapai bantal yang berada di sofa. Aku perasan yang dia tengah tengok cerita yang paling aku tak sangka. Aku pandang muka Adryan. Terhenti juga suapannya apabila aku pandang macam itu kepadanya.
"Kau kenapa?"
"Tak ada cerita lain nak tengok? "
"Suka hati aku lah! Kau kalau nak tengok cerita lain, silakan balik rumah."
Aku letakkan bantal yang aku pegang ke sebelah sebelum aku berdiri. Sempat Adryan menahan tangan aku apabila aku mahu menapak keluar daripada ruang tamu. Aku tak tahu nak gelak ke nak rasa dia comel. Melihat wajah cemberutnya itu membuatkan aku mahu mengujinya. Apa kau fikir Iris Arina tak berani buat?
"Nak pergi mana?"
"Nak balik rumah. Ada suami serupa macam tak ada suami. Baik takyah kahwin si Emilia ni."
Aku nampak Adryan meneliti betul-betul anak mata aku. Aku lepaskan tangannya yang daripada tadi mengenggam tangan aku lalu aku silangkan ke dada. Dia ni tengah scan aku untuk apa?
"Kau ni Iris Arina atau Emilia Ezrina?"
"Nampaknya bebal suami aku dah datang berkhidmat kembali."
"Snowflake. Aku ni suami kau tahu? Jangan nak jadi isteri derhaka macam Emilia eh! Tengok jelah. Kalau taknak tengok, pergi naik atas. Tidur."
Snowflake. Daripada aku bangun sampailah sekarang dia gelarkan aku snowflake. Beku sangat ke aku ni? Aku rasa biasa sahaja. Nak buat macam mana. Aku memang wujud dalam badan Emilia macam ini. Aku melabuhkan kembali punggung aku di sebelahnya.
Aku tayangkan wajah bosan apabila melihat movie yang menjadi tontonan Adryan. Suami siapa ni? Kutip sila. Aku rasa macam taknak mengaku yang dia sebenarnya suami aku walaupun dalam sijil nikah Adryan, nama isteri ialah Emilia Ezrina Fayyan binti Fayyan Mikael. Seperti aku pernah katakan, aku tetap Emilia Ezrina Fayyan di mata orang yang tidak mengetahui tentang keadaan Emilia. Kalau orang sudah mengetahui tentang Emilia, mungkin akan dapat mengecam bahawa ini ialah aku; Iris Arina.
Aku nampak suami aku menangis tidak lama setelah itu. Aku agak tercengang ya. Mafia menangis sebab tengok kartun?! Tambah pula suami aku ini ketua Raffael; salah satu keluarga terhormat dalam dunia mafia di seluruh dunia. Aku tak tahu nak sorok muka dekat mana kalau orang lain nampak keadaan Adryan sekarang ini.
"Kau tengok cerita Boss Baby pun boleh menangis?! Dah apa kehey kau ni?! Sewel ke?!"
"Kau kalau hayati sungguh-sungguh cerita tu, kau pun akan nangis lah! "
Aku nampak Adryan capai tisu yang ada di atas meja sebelum menghembus hingus sekuat-kuatnya. Mungkin geram dengan aku apabila aku memandangnya dengan wajah yang memikirkan dia sekarang ini kurang siuman. Memang pun! Sewel dia ni dah terlebih ni!
"Do you need ice cream, papillon?"
"Asal pulak?"
"Daripada aku tengok adik aku selama ni, dia makan aiskrim kalau tengah sedih. Aku rasa kau patut makan aiskrim juga untuk hilangkan rasa sedih kau."
Adryan menjeling tajam ke arah aku setelah itu. Dia tahu yang aku sengaja menyoalnya sebegitu. Aku nampak dia tukar movie lain pula. Dia ni tak kerja ke esok? Aku ni nak kena kerja esok. Sekarang sudahlah pukul 12:11. Oh, aku lupa nak cakap sekarang sudah tengah malam.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...