𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 78

631 39 1
                                    

"Sayang~"

Adryan hanya endahkan sahaja panggilan aku. Alah. Aku nak pujuk macam mana ni? Aku dahlah tak pernah pujuk pun baby besar ni. Aku hanya muncungkan bibir aku apabila Adryan hanya menono jalan tanpa pandang langsung sekilas dekat aku. Aku? Terasa hati lah juga. Ish! Nak kena pujuk ke baby besar tu? Tapi kalau tak pujuk karang, aku yang tak ada teddy bear nak tidur malam-malam. Semalam pun mujurlah sebab aku tertidur dalam pelukan dia. Aku tak pujuk nanti aku yang melepas kau tahu tak?

"Alaaaaa~ Ryannn~ Janganlah macam ni. Nanti mummy nak kawan dengan siapa?"

Aku dah ketepikan segala malu aku apabila anak buah Adryan pandang pelik ke arah aku yang tengah jadi gedik sekarang ini. Sungguh weh! Aku dah kelip-kelip mata sambil tu bibir muncungnya dengan duk goyang-goyang badannya lagi. Sumpah aku buang tabiat! Oh tolonglah! Dia patut bersyukur aku sanggup jadi macam ni hanya kerana nak pujuk dia.

"Nanti siapa nak temankan mummy? Daddy janganlah merajuk dengan mummy okeyhhh?"

Sesungguhnya aku rasa nak putus asa dah sekarang ini. Dia buat aku macam tunggul! Aku tak faham dengan lelaki. Aku dah pujuk, makin merajuk. Nanti aku merajuk mula lah cakap kaum Hawa complicated! Dia tak tahu ke yang kaum dia lagi complicated daripada kaum aku?

"Alah daddyyyy~ Janganlah merajuk lama-lamaaaa~ Nanti mummy rinduuuu. Siapa nak jadi tukang sorak mummy dekat labour room nantiii? Mummy taknaklah bersalin sorang-sorang. Daddy kenalah jadi tukang sorak mummy nantiii~"

Aku hanya mengeluh perlahan apabila Adryan sekali lagi hanya aku anggap aku seperti tunggul. Dia masuk sahaja ke dalam pejabatnya. Haih. Penatlah aku gini. Aku pandang ke arah Arran yang sedang menayangkan muka tanda tanya kepada aku. Aku hanya tayang muka monyok kepadanya. Mak buyung ni dahlah penat. Daddy sengaja nak buat mummy macam ni!

"Korang ni dah kenapa? Ryan merajuk dengan you ke? I ingat dah baik?"

"Tak. Hati dia keras macam batu!"

"Tulah. Siapa suruh salah niat nak kahwin? Face the consequences lah. Padan muka you."

"Ishhh! You ni! Bukannya nak tolong I bagi idea nak pujuk baby besar tu! Menyakitkan hati I adalah!"

"Biarlah Adryan tu. Makin you layan merajuk dia, makinlah dia mengada-ngada. Nanti dia elok lah tu. "

"Tak boleh! I kena pujuk juga! Nanti siapa nak temankan I masuk labour room kalau bukan Ryan?"

Suara aku semakin lama semakin mengendur. Aku pernah terbayang kalau sesuatu buruk terjadi, Adryan tak dapat temankan aku dalam labour room dan aku hanya seorang diri bertarung nyawa untuk melahirkan putera dan juga puteri kami. Tak lama kemudian, air mata aku jatuh tanpa aku sedar apabila terlalu memikirkan perkara tersebut. Siapa sahaja tak sedih? Sudahlah anak pertama. Kalau anak dah berduyun tu, aku tak kisah lah juga. Sudahlah ini anak sulung kami. Seboleh-bolehnya, aku nak suami aku ada di sisi pada saat aku sedang berperang hendak bersalin.

"Ehhh. Ya Allah. You kenapa pula ni, Em? Janganlah banjir dekat sini. Nanti semua orang ingatkan I yang buat you."

"You ni teruklah! Bukannya nak pujuk I ke apa ke. I bakal kesiankan Dania nanti bila dia kahwin dengan you!"

"Budak tu tak ada dekat sini. Jangan bangkitkan rindu I dekat budak kecil tu walaupun kisah I dengan dia tak start lagi."

"Eh. Em? Kenapa you nangis pula ni? Kau buat dia Ran? Kau dah lama hidup ke? Nak jadi sayur pula ke kena tibai dengan Ryan?"

Suara Zaquan yang menegur kami berdua menyebabkan aku memalingkan muka aku untuk memandangnya yang berada di belakang aku. Aku hanya anggukkan kepala. Sengaja nak tengok Arran kena belasah dengan Zaq dulu sebelum kena belasah dengan sepupu dia. Zaquan menyuruh aku untuk duduk di kerusi sebelum dia pergi buka gelanggang dekat depan aku sebab nak tibai Arran.

"Weh Zaq! Aku tak buat dia menangis pun setan! Dia gula-gulakan kau je lah! Aduhh! Woii. Muka aku tak kacak nanti balik Malaysia jumpa Nia!"

"Kau dengan budak bawah umur tu boleh pergi blah. Budak tu nanti aku settle tepi. Sesuki dia je rembat pakwe aku! Hauk punya budak!"

"Wahh kauu! Sedap mulut kau je cakap macam tu dekat bini aku!"

"Kau dengan bini kau sama je! Dedua hauk!"

Aku hanya menggelengkan kepala. Elok daripada topik aku menangis jadi berbalah disebabkan oleh Nia. Tersedak budak tu dekat Malaysia. Oh ye. Tu dah dikira spoiler walaupun tak berapa spoiler.Faham sahajalah kalau dah ada spoiler untuk next cerita. Ya, cerita aku dengan Adryan pun tak lama lagi akan tamat.

"Yang korang berdua bertumbuk ni apahal? Tak ada kerja ke?"

"Kau tengoklah sepupu hauk kau ni! "

"Eh kau! Kalau kau tak mulakan dulu, aku pun tak ajak kau bergusti dekat sini lah! Habis tak kacak dah muka nak menghadap Nia nanti."

"Yang you kenapa pula mata merah ni, sunshine?"

Ya, Ezriel. Dia seorang sahaja panggil aku sunshine. Aku dah berapa kali tegur sebenarnya jangan panggil aku macam tu dah sejak aku kahwin. Tapi dia kata, dia dah terbiasa panggil aku macam tu. Aku pun biar jelah. Aku mengeluh sekali lagi. Mungkin Ezriel tahu macam mana nak pujuk baby besar tu. Diaorang kan duduk dalam perut mummy sama-sama walaupun lain plasenta.

"You tahu tak nak pujuk Adryan macam mana?"

"Pujuk? Who? Ryan? I salah dengar ke apa?"

"You ni! I cakap you pekak karang you marah. Tak korek telinga ke?"

"Perangai you pun dah nak sebiji macam Adryan, sunshine. You should know how to pujuk him lah kalau perangai korang pun hampir sama ni ha."

Aku hanya terdiam setelah itu. Ramai sebenarnya yang tegur perangai aku dengan perangai Adryan hampir sama. Cuma terlebih dengan terkurang je. Kalau aku terlebih degil, dia mungkin kurang sikit degil daripada aku. Kalau dia terkurang beku, kak Arin yang akan jadi terlebih beku untuk pihak aku. Ha begitulah lebih kurang. Ada setengah tu tak sama tetapi saling melengkapi. Bukankah itu tujuan Allah ciptakan pasangan hidup untuk kita? Saling melengkapi antara satu sama lain dengan kelebihan dan juga kekurangan masing-masing.

"I tanya lain. You bagi jawapan lain. Cepatlah~"

"Tu suami you bukannya suami I. Pujuk lah sendiri."

"You ni! Tak membantu langsunglah!"

"Masa bila pula I cakap I nak tolong you, sunshine?"

"At least I told Adryan the truth."

"What?! You told him?!"

Aku rasa aku bermonolog sendirian sahaja tadi. Telinga lintah betul si Arfiqiel ni. Aku tak pandang muka dia apabila aku rasa dia tengah tenung aku tajam. Rahsia yang aku dah janji untuk simpan daripada Adryan untuk dia. Malaslah nak cari gaduh dengan Ezriel pula. Masalah aku dengan Adryan pun tak selesai lagi takkanlah nak tambah lagi? Arran dengan Zaquan pun dah berhenti bergaduh apabila Ezriel ternaikkan suaranya kepada aku. Sebabnya, Ezriel tak pernah marah sesiapa lagi-lagi aku. Untungkan aku walaupun dah jadi ex dia dua kali? Ezriel Arfiqiel Raffael yang kami semua kenal ialah seorang yang penyabar dan seorang yang soft-spoken. Haruslah budak dua orang itu berhenti bergaduh apabila Ezriel ternaikkan suaranya kepada aku.

"Remember what happened last two days? After that kan I balik rumah papa. I dah tak tahu nak cakap apa dekat dia jadinya I terus terang jelah apa jadi. I pun dah penat simpan rahsia tu. "

Muka Arran dan juga Zaquan masih lagu keliru. Diaorang mungkin tak faham sebab apa Ezriel naikkan suara tadi. Yalah. Aku dah janji dengan Ezriel kan part yang dia cerita dengan aku rahsia tu. Mungkin Zaq dengan Arran fikir tentang niat aku kahwin dengan Adryan tu.

"Gosh Em! You janji lain dengan I haritu, sunshine."

"Sorry. Dulu mungkin I boleh hilang you, but not my husband. Not Adryan. Not anymore. I don't think I can live without him by my side. Dia marahkan I bila I jatuhkan bom haritu pun, I dah cukup merana, Ez. Almost seminggu juga dia tak balik rumah. I call, text semua tak berjawab. I malaslah nak hack location dia sebab I tahu dia perlukan masa untuk tenangkan diri. It's just this time is another biggest bomb. I tak rasa I perlu diamkan diri untuk kali ini. I dah pernah rasa kena tinggal dengan orang yang I sayang so I tak nak nanti anak-anak I rasa benda yang sama bila ada salah faham antara I dengan Ryan. That's why I explained everything. I'm sorry."

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now