"Ha kan Zariq dah cakap. Mak buyung tu bukannya kira. Ibuu~ Tengok dahi Zariq ni. Mesti benjol kan?"
Aku hanya menggulingkan mata aku apabila Zariq bertindak sedemikian setelah itu. Ibu pun melayan je lah perangai tak betul Zariq. Terasa comel? Oh please jangan. Kau tak tahu betapa penatnya nak layan perangai tiga suku Zariq kalau perangai tu keluar. Nampak je dia selalu serious tapi terlebih masuk air sebenarnya. Otak dia dah penuh dengan lumut.
"Ceritalah Em."
"Taknaklah. Adryan masih--"
"Oh dah pandai nak mengadu? Ha baguslah."
Aku membatu buat seketika di hadapan pintu ais yang telah dibuka sebelum aku menghelakan keluhan. Ya Allah. Depan papa dengan ibu pun dia nak ajak gaduh juga ke? Aku tutup pintu peti ais sebelum memandang ke arahnya dengan muka mengharapkan agar dia tidak lagi menyebut tentang isu ini. At least bukan di hadapan ibu dan juga papa.
"Ryan. Please. Not in front of ibu and papa."
"Sejak bila kau jadi macam ni eh?"
Tak sempat aku hendak menjawab kembali soalannya, papa terlebih dahulu memintas percakapan aku. Aduh! Makin buruklah keadaan nanti. Ya Allah. Dugaan apa lah yang sedang melanda sekarang ini. Aku pening kepala sebenarnya untuk memahami setiap perkara yang sedang berlaku sekarang ini.
"Adryan! Apa cakap macam tu dengan isteri?"
"Suka lah kau kan? Papa pun dah masuk campur."
Okey. Dia dah melampau sangat kali ini. Aku rasa nak cekik sahaja dia saat ini.
"Adryan."
"Itu yang kau kata kau jaga maruah aku sebagai suami?"
"Enough Adryan."
"Maruah celah mana kalau sampaikan papa pun dah back up kau?"
"Adryan Erfan Raffael! When I said enough, it's enough!!"
Sekali lagi aku dah naikkan suara aku dekat Adryan. Dia dah terlalu melampau! Tak boleh ke dia bertimbang rasa sedikit? Depan papa dengan ibu pula tu. Lepastu nak salahkan aku bila bergaduh then papa backup aku. Apa lagi yang dia tak boleh terima ni? Aku dah cukup jelaskan kesemuanya tanpa ada satu pun tertinggal.
"Enough? Kau fikir aku tak tahu sebab apa kau kahwin dengan aku?!"
Aku membatu sekali lagi. Ya Allah. Dia dah tahu? But how? Yang tahu tentang ini hanyalah keluarga aku. Apabila aku maksudkan keluarga, ianya tidak termasuk dengan anak buah aku. Cuma Zariq, Ez dengan papa dan mungkin juga ibu sebab tak mungkinlah papa tak pernah ceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan kami semua sepanjang ibu tiada dalam keluarga. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah ibu, papa, Zariq dan juga adik aku yang turut sama seperti terkejut dengan pernyataan yang keluar daripada mulut Adryan sebentar tadi. Serius aku terkedu saat ini.
"Kenapa diam? Sebab betul kan?"
Aku menapak perlahan ke arah Adryan. Aku terasa nak nangis. Sungguh! Tapi apa pun sebab aku terima dia, pada akhirnya, aku cintakan dia kerana Allah dah memang tetapkan dia sebagai suami aku di Luh Mahfuz. Tak perlu pun sampai ungkit semua kisah kalau betul sekali pun dia kecewa dengan aku. Aku tatap redup anak matanya yang juga terpancar emosinya saat ini. Kecewa. Itu yang aku paling takutkan sekali seumur hidup aku. Aku tak suka kecewakan sesiapa terutamanya Adryan apabila aku sudah sah memegang jawatan sebagai isterinya.
"Ryan."
"Dahlah Ezrina. Aku penat dengan semua orang."
Adryan berlalu pergi. Aku sempat mengejarnya dan menarik tangannya. Tindakan aku itu menyebabkan dia menolak kasar tangan aku. Aku pula dah terasa hati dengannya apabila dia berbuat demikian. Tapi mungkin terasa hati aku tak boleh dibandingkan dengan perasaan dia sekarang. Aku nampak dia menapak semula ke atas anak tangga sebelum aku mula bersuara. Tak payah cakap. Aku memang dah nangis. Sekurang-kurangnya dia masih berikan aku peluang untuk explain walaupun dia tak menghadap aku. Aku hanya tersenyum pahit sebelum menerangkan kesemuanya kepada dia.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...