𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 99

430 20 2
                                    

Aku pandang pantulan pada cermin ketika ini dan keluhan berat dilepaskan. Hati aku berat nak pergi pada malam ini. Tiba-tiba menyesal pula cakap aku nak datang dekat Zariq pagi tadi. Mia daripada awal lagi dah merajuk dengan aku yang kemungkinan aku tak akan balik rumah hari ini dan dia perlu tidur di rumah ibu. Aku tersenyum seketika apabila memori petang tadi terlintas sebelum aku bergerak ke kondominium Ez.

"Mummy tak sayang Mia!"

"Jangan macam ni, sayang. Mummy sayang Mia okey? "

"Kalau sayang Mia, kenapa tinggalkan Mia?!"

"Mummy need to attend business dinner sayang. Mummy promise mummy lari lepas majlis tu dah tengah-tengah. Okey?"

Aku mengesat air matanya yang bercucuran jatuh. Mukanya yang mempunyai iras Adryan aku usap lembut sambil aku cium dahinya. Ini kali pertama aku pergi majlis seperti ini tanpa bawa dia. Selama ini, kalau aku pergi ke negara luar atas sebab meeting dengan shareholder luar pun aku angkut Mia sekali dengan aku. Masakan tidak Mia menangis apabila aku balik selepas mencari dress untuk dinner tadi untuk mengabarkan berita itu kepadanya.

"Mummy sleep with Mia tonight?"

"When you wake up, I will be by your side already, sweetheart."

"Siapa nak bacakan Mia night story malam ni?"

"Tok ibu ada. Papa is there too Mia."

"Alaa~ Tak sama lah Mummy!"

Aku dah buntu nak pujuk Mia saat ini. Sudahlah aku dah lambat nak bersiap saat ini. Tudung aku tak gosok lagi, mandi pun belum lagi ni. Aku keluar tadi pun pergi cari sekali hadiah ulang tahun kami walaupun aku rasa aku tak akan bertembung dengan Adryan malam nanti.

"Mia Elina Raffael binti Adryan Raffael. Listen here closely to Mummy. Mummy minta maaf sebab majlis kali ini mummy tak bawa Mia. I wish I can bring you sayang tapi Mummy bukannya pergi sebagai boss, Mummy pergi sebagai partner Uncle Ez. I'm not Emilia Ezrina Fayyan tonight sayang. Mummy akan jadi Arisha Medina malam nanti, Mia sayang."

"Mummy jumpa Daddy?"

Setiap kali Mia sebut Daddy membuatkan rindu aku kepada Adryan semakin menebal, begitu juga dengan perasaan serba-salah aku. Allahu. Melihat matanya yang bersinar-sinar saat dia menyebut Daddy menyebabkan makin bertambah perasaan serba salah aku. Untuk Mia, Adryan mahu pun Aidan. Mia asyik sebut tentang Adryan dan aku pun sampai dah tak ada idea nak kelentong dia, last-last Zariq dengan Ezrian yang bawa Mia jumpa Adryan daripada jauh.

Apa? Aku ni bukannya kejam sangat sampaikan si Mia tu nak jumpa daddy dia pun aku tak bagi walaupun tengah undercover. Aku cukup bersyukur yang Mia kenal Adryan, risau juga aku kalau aku tunjuk gambar nikah aku dengan Adryan tu, dia tak kenal.

"Ya, mummy jumpa daddy, sayang."

Aku segera ke ruang tamu rumah apabila aku dah habis berangan dalam bilik. Aku hanya menggulingkan mata aku apabila aku tengok Zariq sedang membetulkan rambutnya yang dah elok di hadapan cermin di ruang tamu ini.

"Kau apa tahu? Rambut itu ibarat mahkota bagi seorang lelaki."

"Aku tengok tak ada beza pun. Kau touch-up lah berapa kali pun, gitu juga, Zariq oi!"

"Diamlah!"

Aku hanya menggelengkan kepala aku sambil aku juga berdiri di sebelahnya untuk membetulkan awning tudung shawl aku yang sedikit teralih. Apabila awning sudah dibetulkan, aku mengeluh perlahan apabila teringatkan yang malam ini bakal jadi huru-hara kalau aku bertembung dengan mana-mana ahli keluarga Raffael. Aku tarik nafas sambil memejamkan mata aku, lalu nafas dihembus dan aku buka mata aku.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now