𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 9

1.2K 66 3
                                    

Adryan memandang skrin komputer di hadapannya. Matanya sudah berpinar-pinar melihat pelbagai nombor serta huruf yang terlalu asing baginya. Aku dekat alam mana ni? Dah mati ke? Kenapa teruk sangat penyeksaan selepas dah mati ni? Sah! Penyakit drama king Ayran dah berjangkit dekat Adryan!

Hampir tertidur dia melihat kawannya yang masih lagi tekun menaipkan program coding di hadapan komputernya. Mesti korang pelik kan, bukannya guna komputer Adryan ke? Sabar, aku lupa nak cerita yang diaorang connect kan semua laptop diaorang dengan laptop utama yang digunakan untuk coding.

Masing-masing sudah mengantuk. Lama lagi ke nak hadap bahasa alien ni? Ayran tak usah diceritakan. Dia awal-awal lagi dah tertidur tengok kawannya masukkan segala coding yang diperlukan untuk betulkan balik sistem base mereka. Arran dan Ezriel pun dah naik muak tengok bahasa alien yang ada depan mata dia.

"Lama lagi ke? "

"Sabar lah. Ni semua salah kau Raffael! "

Ketiga-tiga adik-beradik Raffael serta Arran memandang ke arah Zaquan Haris yang tiba-tiba sahaja menjerit. Daripada Ayran yang dah tertidur tu boleh terbangun, sehinggalah ke Adryan yang dah kehairanan. Apahal aku pula yang dipersalahkan ni?

"Kau panggil siapa? "

Soalan yang diajukan oleh Ezriel menyebabkan Zaquan tersedar. Lupa yang bosnya semua memegang nama keluarga Raffael. Soalan Ezriel tidak dijawab secara verbal tetapi cukup hanya dengan pandangan ke arah Adryan.

"Aku buat apa? "

"Kaulah! Yang kau pergi tetapkan base kita bergantung almost 80% terhadap teknologi kenapa? Ha tengoklah sekarang apa jadi? Kerja aku menimbun sebab base kita dekat sini kena hack! "

"Eh! Kalau tak buat macam ni, orang luar boleh senang hati je nak menyamar jadi anak buah aku then seludup masuk dalam base kita. Aku buat semua benda always fikir pro and cons dia lah! Kalau kau rasa kerja kau banyak, meh lah tengok kerja aku"

Zaquan terus menggelengkan kepala. Dia tahu kerja Adryan terlalu banyak sehinggakan lelaki itu tidak mengenali rumahnya. Tidur pun kadang-kdanag depan laptop. Itu pun bukannya tidur sungguh, terlelap buat seketika. Tambah pula, kerja Ayran ditolakkan kepada Adryan. Lagilah menimbun kerja ketuanya itu.

Adryan yang melihat Zaquan sudah menggelengkan kepala terus terbit senyuman sinisnya. Ha baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Ada hati nak cakap kerja kau banyak. Eh! Kerja aku lagi banyak lah!

Sedang dia masih menunggu Zaquan menyelesaikan semula masalah sistem base mereka, telefon pintar miliknya berbunyi.

Private number

Dahinya berkerut. Siapa pula call aku ni? Dahlah guna private number, call tengah malam buta pulak tu. Siapa sahaja tak hairan. Punat hijau digesekkan lalu panggilan disambungkan.

"Rivoglio la mia macchina (I want my car back) "

Tahulah dia siapa pemanggil itu. Emilia. Sungguh Adryan lupa yang dia sudah hampir 2 hari memeram kereta Emilia di base Raffael. Mana tak si Emilia tu call dia. Arran yang berada di sebelahnya dipandang. Mana Emilia dapat nombor dia pun, dia sudah malas hendak bertanya. Sah gadis itu selongkar data peribadi dia dengan cara hacking lah apa lagi. Tapi ada satu perkara yang dia pelik tentang Emilia.

"Non sapevo che parli Italiano? (I didn't know you speak Italian?) "

Percayalah kalau aku cakap perbualan Emilia dengan Adryan itu menarik perhatian kesemua ahli tertinggi dalam keluarga Raffael yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Siapa pula tu? Adryan jarang cakap Italian dengan orang yang dia tak kenal. Yalah, hape kau fikir semua orang faham bahasa Itali ke?

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now