Telefon yang berdering menyebabkan aku tersedar daripada mimpiku. Mata hanya dapat dibuka separuh sahaja lalu aku mencari-cari keberadaan telefon pintarku itu. Apabila sudah dapat, aku seret ke kanan untuk menjawab panggilan yang aku tidak pasti daripada siapa.
"Hei, signora? Kau tidur lagi ke? Bukannya sekarang waktu subuh ke dekat sana?"
Siapa pula signora kan aku ni? Aku jauhkan telefon aku untuk melihat siapa yang telefon aku. Oh suami aku. Lupa pula hanya dia seorang sahaja yang panggil aku signora. Aku lekatkan kembali telefon aku pada telinga. Aku rasa nak cekik sahaja suami aku kerana telah menganggu tidur aku. Aku bukannya boleh solat masalahnya. Kalau tidak, sudah lamalah aku bangkit. Sudahlah dia telefon aku pukul 4 pagi! Mentang-mentanglah dekat sana tengahari.
"Aku tak boleh solat, signor! Kau mengacau aku ni apahal? Rindu ke? "
"Kalau aku cakap ya? Kau nak buat apa? "
Ketika ini secara automatik jantung aku berdegup laju dan mata aku tidak lagi kuyu. Aku menggigit perlahan bibir bawahku apabila mendengar ayat daripada Adryan itu. Butterfly dalam perut aku jangan ceritalah. Bersepah dah! Adryan ni sengaja ke? Aku rasa perjanjian kami semasa nikah dua bulan lepas sudah lama terbengkalai. Dah kerja masing-masing duk menyawit sahaja.
"Kau sambung tidur balik ke ni, signora? Senyap je? "
"Hurm. Tak ada apa kan? Aku nak tidur balik. Semoga selamat sampai ke Vegas semula, husband. Kalau nak aku jemput, bagitahu awal-awal sebab kau tahu bini kau ni boleh tahan sibuk kan? Je t'aime, mon mari! [I love you, my husband!]"
Dengan itu aku tamatkan panggilan aku. Bahaya! Kejap lagi tak bernyawa aku. Aku setkan alarm pada telefon bimbit aku lalu aku menyambung tidurku. Tak apa, hari ini cuti. Cuti pun, aku kena balik rumah aku dengan Adryan untuk kemas apa yang patut. Marilah kita sambung beradu sebelum memulakan rutin harian.
Aku mengimbas cap jari aku pada scanner pintu sebelum membuka pintu. Aku menuju ke dalam bilik aku dan juga Adryan untuk mandi sekali lagi. Panas! Sungguh terasa bahang hari ini. Selesai aku mandi, aku turun ke bawah semula untuk menghidupkan aircond utama di ruang tamu.
Aku menuju ke dapur pula. Peti sejuk dibuka lalu aku periksa bahan yang tiada dalam peti sejuk. Almaklumlah kami berdua sibuk yang teramat, sebab itu tak ingat apa yang ada dalam dapur walaupun kedua-duanya pandai masak. Baru semalam beli barang, takkan nak beli lagi hari ini walaupun semalam barang dapur untuk rumah papa. Ada terbang lagi duit aku hari ini kalau aku kutip adik aku suruh dia mengikut.
Telefon aku yang berdering menyebabkan aku kembali ke realiti lalu aku menjawab panggilan tersebut.
Zariq Haikal
"Apa pasal kau tak telefon aku semalam? "
"Alah. Bukannya Miss dengan Tuan Muda kau tak reti buat kerja, Zariq Haikal oi! "
"Mujurlah si Haiyan tu reti buat kerja. Cuma dia hampir lupa untuk padamkan rakaman CCTV dekat mall tu. Kalau bukan sebab aku check balik, aku rasa Miss dengan Tuan Muda aku ni dah kena sumbat dalam penjara harini"
"Banyak bebel lah kau ni! Daripada kau bebel baik kau datang rumah aku, teman aku pergi beli barang dapur. Esok Ryan dah balik sini. "
"Esok? Adik aku cakap dia dah sampai sini baru je tadi. Pergilah beli dengan Ryan."
Terbeliak mata aku mendengarnya. Biar kebenaran?! Aku tercengang apabila bunyi kereta Chevrolet Camaro suami aku kedengaran di luar rumah. Aku segera menamatkan panggilan aku dengan Zariq setelah itu. Laju sahaja kaki panjang aku melangkah ke pintu utama rumah.
Belum sempat aku ingin membuka pintu, Adryan terlebih dahulu membuka pintu daripada luar. Terkejut juga dia apabila aku muncul secara tiba-tiba di hadapan mukanya. Bukannya dia seorang yang terkejut, aku pun sama sahaja. Aku terkelip-kelip memandangnya. Adryan pula hanya memandang muka aku sebelum dia menutup pintu rumah.
"Aku yang rindu kau ke kau yang rindu aku ni, love? "
Mendengar ayatnya itu menyebabkan aku kembali ke dunia realiti. Tengok muka dia yang dah senyum nakal itu menyebabkan aku rasa nak tampar sahaja muka dia saat ini. Aku menggulingkan bebola mata aku sambil menidakkan apa yang dikatakan olehnya. Belum sempat aku ingin berlalu pergi, Adryan terlebih dahulu menarik tangan aku untuk duduk di atas sofa.
Aku buat keras kepala aku dekat situ. Dia dah selamat duduk manakala aku pula berdiri di hadapannya sambil tangan kiri aku dia masih pegang atau sebenarnya aku yang sengaja buat keras. Tindakan aku itu rupa-rupanya memakan diri apabila dia menggunakan sedikit tenaganya untuk memaksa aku duduk yang menyebabkan aku terlanding atas ribanya.
Apabila aku berura-ura untuk bangun, Adryan terus memeluk aku. Kejung kejap aku dekat situ. Aku yakin muka aku teramatlah blur saat ini. Sungguh aku tidak mengerti dan menduga perbuatan Adryan saat ini. Lama jugalah aku ambil masa untuk menyoalnya.
"Ni kenapa ni? "
"Je suis désolé, ma chère épouse. [I'm sorry, my dear wife]."
"For what? "
Sungguh aku pelik! Tiba-tiba sahaja dia ni meminta maaf kepada aku. Dia buat salah apa? Aku sendiri pun tak berapa nak faham sekarang ini. Otak aku dah jatuh dan aku tak sempat nak kutip, tengok-tengok dah hilang! Aku meleraikan pelukan Adryan sambil mengerutkan wajah aku. Adryan menyelitkan rambut aku ke belakang telinga sambil menjawab soalan aku.
"Sebelum aku fly Marseille kelmarin."
Oh. Aku hanya menganggukkan sahaja kepala aku tanda memahami mengapa dia meminta maaf kepadaku. Seperti mana yang aku baca novel King Haidar, Haidar ada menyatakan a sincere apology must not be followed by justification. When you're sorry, then you're sorry. Permintaan maafnya yang tidak dijelaskan setelah itu cukup untuk aku mengerti bahawa dia memang ikhlas ingin memohon maaf kepada aku. Apa? Aku pun baca novel lah! Suami aku pun sama naik juga tetapi kami berdua hanya membaca apabila mempunyai masa lapang sahaja.
"Kenapa tak pernah nak ceritakan dekat aku yang kau--"
"Yang aku ada DID?"
Aku tenung anak mata Adryan. Nampak anak matanya sedikit bergetar. Aduhai suami aku ni! Aku hanya senyum sambil meletakkan sebelah tangan aku ke pipinya. Aku usap-usap pipinya sambil menceritakan kepadanya sebab mengapa aku tidak menceritakan kepadanya tentang keadaan aku.
"Kau akan tahu sendiri bila yang lain ambil alih. Sebab itulah aku tak ceritakan kepada kau"
"Berapa ramai? "
Aku tepuk-tepuk pipinya sebelum aku mencuit hidungnya pula. Aku bangun daripada ribanya. Dia ni tak lenguh ke ribakan aku? Soalannya aku hanya biarkan sepi. Biarlah dia sendiri jumpa Isha dengan kak Arin. Aku malas hendak menerangkan kepadanya lebih lanjut. Apabila Isha dan juga kak Arin keluar, mereka tetap perlu perkenalkan diri kepada suami aku ini.
Aku menyuruh Adryan untuk mengemas bajunya sebelum aku menyatakan kepadanya untuk membeli barang dapur bersama dengan aku. Boleh pula dia soal aku kenapa nak beli barang dapur. Aku baling bantal yang berada di sofa kepadanya. Soalan yang agak bangang untuk ditanya! Sudahnya aku malas layan dia main-main dengan aku, aku bersiap untuk keluar dating dengannya. Get ready for some sweetness from your main lead couple!
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...