𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 59

808 30 2
                                    

Aku tutup mata aku menggunakan kedua-dua tangan aku sendiri. Tak sanggup! Aku dah siap set timer dekat phone aku. Adryan tak ada dekat rumah sekarang disebabkan dia perlu ke France atas arahan papa Arfan. Aku ada suruh Zariq belikan pregnancy test tadi disebabkan sudah masuk dua bulan aku tak datang haid. Kalau datang pun, jumlah yang sangat sedikit dan tak lama. Tiga hari pun dah kering. Nak suruh adik aku belikan? Adik aku dah entah ke mana pun aku tak tahu. Lagipun, aku nak pastikan aku mengandung atau tidak disebabkan peristiwa aku muntah semalam.

Zariq sampai dekat rumah aku tadi pun, terus aku halau dia balik pejabat semula. Ya, aku tak kerja harini disebabkan Adryan dah tegah awal-awal lagi. Dia suruh Ez temankan aku walaupun dia tahu Ez takkan duduk diam dekat rumah. Aku pun tak harapkan Ez sangat disebabkan dia pantang kalau dapat cuti. Ada sahaja dia nak merayap. Papa dengan ibu dah penat membebel dekat dia suruh duduk rumah.

Berbunyi sahaja timer phone menyebabkan aku terperanjat. Aku tutup timer lalu aku capai pregnancy test jenama clear blue itu sambil mata tertutup. Perlahan-lahan aku buka mata aku dan hasilnya aku terlepaskan pregnancy test itu. Otak aku blank. Tak lama kemudian aku terus menjerit. Apa nak jadi sekarang ni?

Pregnant
2+ months.

Itu yang tertera pada paparan pregnancy test clear blue tu. Aku capai pula yang lain, dan hasil yang sama. Aku terduduk kejap dekat dalam bilik air ini. Ya Allah. Aku bukannya taknak anak ini tetapi sekarang keadaan genting. Aku rasa nak nangis sekarang ini.

Aku bergegas ke pintu utama rumah apabila bunyi loceng rumah bergema. Siapa pula yang datang ni? Aku simpan pregnancy test itu ke dalam laci bilik air sebelum bergegas ke pintu rumah. Terkejut juga apabila mummy yang masuk ke dalam rumah aku.

"Mummy dengar daripada Ryan yang Em muntah teruk semalam. Pregnant ke?"

Aku tengah tahan sabar. Nada mummy sangatlah sinis ketika ini. Aku hanya jawab dalam nada yang mendatar bahawa aku tak mengandung walaupun itulah kenyataannya. Walau apa pun, mummy tetap ibu kepada Adryan : ibu mentua aku yang dalam Islam, aku perlu hormatkan. Mummy lah segala mastermind disebalik kejadian hitam yang berlaku dalam keluarga ini. Mummy jugalah yang aku selalu katakan musuh aku yang teramatlah bengap itu.

Ya, Puan Effa Lee binti Zaid Lee. Ibu kandung kepada suami aku dan juga Ezriel serta Ayran merupakan musuh utama kami dalam cerita cinta kami sendiri. Mummy juga penyebab aku ada DID dan PTSD. Mummy juga penyebab Ezrian hampir kena bunuh selepas dirogol 13 tahun yang lalu. Mummy juga penyebab kenapa Ezriel batalkan majlis penikahan aku dengan dia dahulu. Mummy juga penyebab kenapa papa sorokkan ibu dengan menukar identiti ibu.

Sebab apa? Hanya sebabkan dendam lama, kami generasi yang seterusnya yang menerima akibat. Aku tahu mummy tahu yang aku mengandung walaupun aku tipu dia tadi. Dan itu yang aku takutkan daripada tadi. Kasih sayang aku sebagai seorang ibu kepada anaknya dah terbit sejak aku tengok result pregnancy test tadi. Aku taknak anak aku yang jadi mangsa. Adryan masih tak tahu kerja kotor mummy dia. Ezriel dan juga Arran dah tahu oleh kerana aku pernah buat kerja gila ketika aku dengan Ezriel dahulu.

"Mummy datang sini nak apa?"

"Saja. Ni pun nak balik dahlah ni dah Em cakap tak pregnant."

Dengan itu, mummy keluar daripada rumah Adryan. Mujur sahajalah aku tak pernah bawa keluarga aku ke rumah yang aku beli sebelum kahwin dahulu. Tapi aku rasa anak buah mummy mesti dah pernah cari mana rumah aku. Aku hanya pandang kosong kepada pintu rumah yang dah bertutup lalu aku meraup rambut aku ke belakang sebelum aku menelefon Zariq.

"Kau datang rumah aku lepas habis kerja. Aku ada benda nak bincang."

"Siapa lagi keluarga Raffael yang tahu tentang dia selain Ezriel dengan Arran?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa lagi keluarga Raffael yang tahu tentang dia selain Ezriel dengan Arran?"

Aku hanya gelengkan kepala. Aku dah bau minyak freshcare sekarang ini. Anak aku ini dah lancarkan mogok apabila aku dah tahu kewujudan dia. Balik sahaja mummy ke rumah keluarga Raffael, aku terus pening kepala. Sudahnya aku suruh Zariq belikan makanan dekat aku sebab aku malas masak. Itu alasan yang aku berikan kepadanya. Sudah tentulah dia tak percaya kerana apabila dia sampai tadi, bau minyak freshcare yang dia tegur dulu. Jadinya dia dah tahu aku mengandung.

"Dahtu? Kau nak buat apa sekarang?"

"Kalau dia diam, kita diam. Kalau dia buat hal dengan Fayyan, kita buat hal balik dengan Raffael."

"Kau gila ke, akak?!"

Ya, adik aku turut sama ada dengan kami berdua sekarang ini. Itupun nak kena tunggu Zariq membebel dekat dia baru dia nak balik rumah. Sekali lagi aku menangis tadi apabila Ezrian pun dah tahu aku mengandung. Bukan main bersorak lagi dia tadi apabila dia dapat tahu aku mengandung. Bukannya sebab apa, aku nangis sebab bukannya Adryan orang pertama yang tahu aku mengandung. Itu sebab utama kenapa aku halau Zariq balik pejabat semula tadi. Sebabnya aku nak Adryan jadi orang pertama yang tahu aku tengah bawa anak dia dalam uterus aku.

"Anak buah dia ialah orang yang belot keluarga Raffael. Kau fikir Adryan nak duduk diam ke kalau dia tahu ada yang belot Raffael? "

"Kau tak bagitahu suami kau lagi ke ni kerja kotor mummy dia sendiri, Em?"

"Tak."

"Sampai bila kau nak sorokkan?"

"Sampai tiba masanya."

"Ni. Adryan dah tahu belum kau mengandung?"

"Belum. Aku bagitahu dia bila dia balik sini lusa."

Zariq hanya raupkan sahaja rambutnya. Stres dengan aku. Aku tahu sepatutnya terus sahajalah telefon dia kan tetapi entahlah aku tak tahu kenapa firasat aku kuat menyatakan bahawa ketika itu juga akan ada sesuatu buruk yang berlaku. Daripada tadi lagi sebenarnya. Biarlah dulu. Lagipun Adryan ke France atas urusan korporat Raffael dengan papa Arfan.

"Sekarang kau nak buat apa? Duduk saja?"

"Aku takkan saja-saja suruh Di turun sini, Haikal oi. Dia datang sini untuk tolong adik kau selesaikan misi Alpha team."

Adik aku dan juga Zariq mengerutkan dahi sambil memalingkan muka mereka menghadap aku. Aku yang tengah menghirup bau inhaler freshcare ini hanya senyum sinis. Kalau nak buat misi tu, ahli keluarga terdekat tak boleh masuk campur termasuklah Zariq. Jadinya aku minta Alpha Team Fayyan yang uruskan. Sudah semestinya adik aku serta PA aku itu tidak mengetahui tentang ini.

"Kenapa?"

"Detail tentang anak buah Raffael yang belot Raffael atau lebih tepat lagi anak buah dia. Untuk dapatkan detail tu, bukannya boleh hack terus daripada profile Raffael. Ahli keluarga terdekat tak boleh masuk campur. Dia tak tahu yang Zarif masih hidup sebab dalam pengetahuan dia, Zarif dah hangus."

"Kejap.."

Oh... aku baru perasan yang dah timbulkan satu lagi konflik yang bergerak sejajar dengan konflik utama sekarang. Maaf kerana telah menjatuhkan otak korang yang membaca cerita cinta aku dengan Adryan ni.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now