Aku hanya menepuk perlahan paha Mia yang sedang berbaring di dalam baby cradle yang ditempatkan di dalam bilik khas untuk mereka berdua. Aidan sudah lama tidur apabila aku susukan dia sebentar tadi. Mia sahaja yang secara tiba-tiba terjaga dan merengek apabila aku mahu bangun daripada duduk setelah menidurkan Aidan. Kakak Mia is jealous with her adik Aidan. Aku susukan juga dan sekarang tunggu untuk dia tidur. Aku melirikkan mata ke arah jam di dinding. Pukul 3:45 pagi. Jangan tanya, mata aku memang dah ajak berdating dengan katil, bantal dan juga selimut.
Aku masih dalam pantang walaupun sebenarnya tinggal esok sahaja aku nak berpantang. Macam mana aku berpantang? Oh jangan diingatkan. Aku dah serik! Aku punyalah ingatkan ibu dengan papa yang akan jaga aku sewaktu aku pantang, rupa-rupanya Adryan yang jaga. Dia punyalah kuat membebel kalau aku jejakkan kaki ke luar rumah. Aku baru nak sarung selipar, dia dah menjerit, "Emilia Ezrina Fayyan binti Fayyan Mikael! Masuk!".
Aku macam aku nak ambil angin dekat kolam yang dekat dengan pintu sisi rumah pun dia tak benarkan! Kejam betul! Macam yang korang tahu, aku suka ambil angin malam dekat balkoni, aku buka balkoni senyap-senyap semasa dia mandi, dia boleh menjerit weh dalam bilik air tu suruh aku masuk. Aku macam eh, telinga lintah betul si Adryan ni. Sabar ajelah dapat suami kuat membebel macam Ryan ni.
Aku bangun secara perlahan-lahan setelah Mia sudah tidur. Pusing sahaja ke belakang, jantung aku hampir luruh apabila muka Adryan terpampang. Kuss semangat~ Aku menampar lengannya apabila dia telah menyebabkan jantung aku secara tiba-tiba terpaksa bekerja keras setelah adrenaline tinggi apabila dia terkejutkan aku seperti tadi.
Aku memandang ke arah Adryan yang masih mamai dengan penuh kehairanan apabila dia hanya dapat membuka sebelah sahaja matanya untuk melihat aku. Ini dah kenapa? Sesi tenung-merenung antara kami berdua berakhir apabila dia secara tiba-tiba dukung aku secara bridal style. Aku hampir menjerit dekat situ lalu serta-merta memeluk batang leher dia. Afuhh. Ini dah kenapa dia ni? Dia mengigau ke apa?
"Kau kenapa?"
"Diamlah. Aku punyalah duk meraba sebelah aku, tengok-tengok kosong. "
Serentak dengan itu, Adryan meletakkan aku di atas katil di tempat aku tidur. Dia? Terus tarik selimut dan juga aku. Ya, dia tarik aku sekali dan menyebabkan aku hanya tergelak apabila Adryan memeluk tubuh badan aku. Aku hanya menyelak rambutnya yang terjuntai ke bawah sambil bertanyakan kepadanya.
"Kenapa? Tak boleh tidur?"
"Memanglah. Aku perlukan teddy bear aku untuk tidur nyenyak. Sejak Mia dengan Aidan dah boleh balik rumah haritu, kau selalu hilang subuh buta lagi awal dari aku. Aku bangun tengok dalam bilik Mia dengan Aidan, kau dah tertidur dekat tepi baby cradle diaorang."
Dengan itu, aku gelakkan Adryan apabila mendengar luahan hatinya. Alahai. Jealous dengan anak sendiri rupanya. Dengan itu, aku menarik Adryan pula ke dalam dakapan aku. Kenalah pujuk baby besar sorang ni ha, kalau tidak, mahunya aku pun tak boleh tidur kejap lagi sebab dia taknak jadi teddy bear aku.
"Mia dengan Aidan kan darah daging kau juga, husband. Janganlah jealous dengan anak sendiri. Aku bukannya tak bagi kau attention pun kan?"
"Memanglah tapi diaorang dah curi bini aku! Kau lebih banyak dengan diaorang daripada aku, signora."
"Ya Allah. Sayang, Mia dengan Aidan tu baru 43 ehh ni dah masuk tarikh baru maksudnya dah 44 hari. Ha baru 44 hari tau. Aku pun baru nak habis pantang. Janganlah macam ni."
"Dahlah. Taknaklah kawan mummy. Pergilah kawan dengan Mia dengan Aidan tu. Taknak kawan dengan daddy sangat kan."
Dengan itu, dia memboloskan diri daripada pelukan aku dan menyebabkan sekali lagi aku mentertawakannya. Alahai. Aku memeluk tubuh badan Adryan daripada belakang sambil terus memujuknya walaupun aku sudah mengantuk sangat-sangat sekarang ini.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...