Aku hanya menunggu signal daripada Ayran dan juga Adryan untuk aku menyelinap masuk pula. Aku dekat mana sekarang? Sudah semestinya dekat sebelah Arran. Tapi aku ni sebenarnya dah tak senang duduk. Aku syak Arran bakal membebel kejap lagi dekat aku.
"You ni reti duduk diam kejap tak? Dah macam cacing kepanasan dah I tengok you ni, Em."
Kan aku dah kata! Aku dah kata yang dia membebel. Adryan 2.0 detected.
"Eh you diam ye. I ni tengah risaukan Adryan okey?"
"Tahu lah tapi duduk diam-diam sudah. I tak boleh fokus tahu?"
"Tak."
Sengaja sebenarnya cari pasal dengan Arran. Aku pun dah lama tak jumpa dia sebenarnya. Bukannya aku tak perasan yang dia dingin dengan Diana sewaktu mereka semua sampai. Diana pun hanya jeling ke arah aku tanda untuk aku suruh tengok perangai Arran terhadapnya.
Aku hanya gelakkan sahaja anak buah aku yang seorang itu apabila dia mengerutkan mukanya setelah aku menggelakkan dia dalam diam. Ini kalau ada adik aku dengan si Zariq dengan Zaq lagi seronok aku membahan si Diana ni tetapi takpelah, nanti tak kena dengan situasi pula kan? Jadinya aku hanya menahan gelak aku apabila dia tidak sudah mencuit aku sewaktu dalam meeting tadi. Aduhlah yang ini seorang.
"You jangan nak tenung I lama sangat. I nak merasa kahwin dengan Dania."
"Sé que algo pasó durante tu estancia en España, Arran. [I know something happened during your stay in Spain, Arran.]"
Serta-merta dia memandang ke arah aku. Mukanya seperti tertanya-tanya akan apa yang aku tahu.
"Como le fue? [How did it go?]
"Tú sabes cómo va. [You know how it goes]"
Aku hanya angguk. Faham dah. Aku malas nak cakap apa sebabnya aku tiada di tempat Arran. Aku hanya duduk bersila di sebelahnya apabila aku dah penat meniarap di sebelahnya. Aku penatlah dengar arahan Adryan dengan adik ipat aku! Aku dah macam apa sekarang ini.
"Ryan."
Senyap. Aku tak suka betul dapat silence sebagai jawapan yang memerlukan aku dengar suara dia!
"Adryan."
Masih lagi tiada.
"Erfan!"
"Diamlah sayang. Aku dengarlah. Kau duduk situ diam-diam dengan Arran. Selagi Ayran tak bagi arahan dekat kau, jangan nak memandai-mandai turun sini."
"Lain kali jangan diam je. Aku ni dah macam apa dah duduk sini."
"Stay with him until Ayran bagi arahan untuk kau masuk."
"Jangan ulang benda yang sama, Adryan Erfan."
"Kau tu kena ingatkan banyak kali kalau tidak otak kau tu buat benda tak betul sokmo."
"Shut up, husband."
"You shut it, wife."
Aku dah tercengang. Wah! Dia ni melampau betul lah! Dia lupa agaknya yang lain pun boleh dengar apa yang dia sedang katakan sekarang. Eii. Kalau ada depan mata ni, mahunya aku gusti je dengan dia sekarang. Sabar jelah dapat suami pervert macam dia ni!
Aku masih menunggu Ayran memberikan arahan kepada aku. Aku dah penatlah nak tunggu adik ipar aku itu berikan arahan dekat aku.
"You. Dah boleh masuk."
"Plan apa sekarang ni? Still plan A?"
"Haah."
Aku menarik nafas sebelum menghembuskannya. Setelah itu, aku menepuk perlahan bahu Arran menandakan bahawa aku sudah mahu turun ke arah Ayran. Arran hanya membuat isyarat okey menggunakan tangannya. Sudah semestinya dia kena fokus untuk membantu Adryan dan juga Ayran dalam misi kali ini.
Aku hanya memerhatikan sekeliling aku. Ada tiga orang yang diikat tinggi dan dibawahnya mempunyai kolam yang aku tak tahu apa isi kandungannya. Yang aku tahu, semuanya lelaki tetapi aku tidak pula mengecam siapa memandangkan keadaan yang agak malap. Kalau tiga orang je, mana lagi yang lain?
Aku hanya memandang ke arah Ayran yang berada di belakang aku. Melihat anggukkannya terus aku memandang ke arah Adryan di hadapan aku. Aku nak peluk dia! Tapi hurmm. Keadaan tidak mengizinkan ye. Melihat dia yang secara tiba-tiba seperti mengawasi sekeliling menyebabkan aku juga turut sama peka dengan keadaan sekeliling. Namun, apa yang jadi seterusnya menyebabkan aku blank.
"Tolong. I'm begging you, sayang. Tolong balik semula ke pangkuan aku dalam keadaan selamat after this. I know we're facing my mum right now but nyawa kau penting sekarang ni buat aku, signora."
Adryan bisikkan itu ke telinga aku sambil memeluk aku. Dia tidak henti mencium ubun-ubun aku menyebabkan aku turut membalas pelukkannya tanpa segan-silu. Apadehal. Diaorang dah selalu tengok aku bersawit dnegan Adryan depan mata walaupun aku syak adik ipar aku serta Arran sekarang sedang menyampah dengan kami berdua.
"I wish you all the best, Em. Apa hal, just contact us."
Aku hanya senyum ke arah Ayran sebelum aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan melangkah masuk ke dalam kawasan tersebut dan peperangan bermula.
"Mummy, come out already. Don't play hide and seek with me. Em dah datang seperti mana Mummy minta."
Aku memandang ke arah sekeliling. Tiada tanda-tanda mummy muncul. Aku segera menapak lebih dekat untuk melihat siapa yang tergantung di awangan itu. Mata aku membulat apabila menyedari apa yang ada di dalam kolam itu. Asid. Aku tak tahu asid apa tetapi kalau ikut kepala otak mummy yang dah tak betul itu, aku yakin itu asid yang mampu untuk menghakis setiap organ manusia sekiranya bersentuhan dengannya. Kalau ikutkan tiada bau. Ish, otak aku dah lama tak menghadap kimia.
Melihat pula gerangan yang berada di awangan tu menyebabkan sekali lagi mata aku membulat. Ezrian, Papa dan juga Zaq. Aku pandang pula ke arah manusia yang turut tergantung seperti mereka bertiga. Hanya yang dapat dibezakan ialah yang lagi tiga itu tiada kolam dan tergantung rendah daripada papa, Ez dan juga Zaq.
"Zariq."
Aku menepuk perlahan pipinya untuk menyedarkan dia. Beberapa kali jugalah aku perlu menepuk pipinya sebelum dia boleh membuka mata sepenuhnya walaupun dengan keadaan yang parah. Muka dah tak serupa muka. Penuh dengan darah, lebam dan juga kesan luka. Aku dah hampir nangis. Itu baru aku perhatikan keadaan Zariq, aku belum tengok Ezriel dan juga ibu yang berada sedikit jauh daripadanya. Aku segera melepaskan gari yang memegang tangannya. Baru sahaja aku mahu membuka kunci itu, aku rasa ada pistol yang sedang dihalakan di belakang kepala aku menyebabkan serta-merta aku melepaskan gari Zariq yang sudah terbuka itu.
"Get on your knees."
Mendengar suara itu menyebabkan Adryan mencarut melalui earpiece aku. Siapa sangka, orang yang kami tak pernah suspect sekali akan menjadi salah satu serigala dalam kawanan kambing.
"I said get on your knees! Tak faham bahasa ke?!"
"I won't follow what a betrayer said to me!"
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romansa[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...