𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 19

888 51 1
                                    

"Kenapa balik Malaysia pula ni?"

Adryan hanya menayangkan muka tidak berperasaannya kepada ayahnya yang sedang duduk di sofa bertentangan dengan mereka bertiga. Pandangan mata Adryan dikalihkan kepada Ezriel apabila ayahnya bertentangan mata dengannya.

Ezriel yang merasakan dirinya diperhatikan terus memandang ke arah kembarnya yang sedang menikam anak matanya. Ezriel pandang pula ke arah ayahnya yang sedang menantikan jawapan daripadanya. Keluhan berat dilepaskan lalu dia mula bersuara.

"È successo qualcosa, quindi sono andato lì con Arran e Ryan. Niente di cui devi preoccuparti, papà. [Something happened, so I went there with Arran and Ryan. Nothing you need to worry about, dad.]"

Arfan Raffael hanya menjungkitkan sebelah keningnya apabila mendapat jawapan yang dia tidak mahu dengari. Pandangan mata dikalihkan pula kepada Arran yang daripada tadi mengelak untuk bertentangan mata dengannya. Kalau dia tak dapat jawapan daripada anaknya, Arran akan dijadikan mangsa untuk mengorek rahsia. Anak aku yang seorang itu jujur orangnya. Apatah lagi kalau dia memang buat silap.

"Kenapa tak angkut Ayran sekali?"

"Entahnya! Dahlah tinggalkan aku sekor dekat sini. Tapi tak apa, sepanjang korang dekat sana, aku menagih kasih sayang mummy di sini. "

Adryan hanya menjeling tajam ke arah adik bongsunya yang secara tiba-tiba masuk ke dalam ruang tamu lalu duduk di sebelah ayah mereka. Sabar Ryan. Orang sabar banyak pahala, Allah sayang, tinggi darjat kau nanti. Papa ada dekat tepi, so behave yourself, Adryan. Ezriel dan juga Arran hanya menggulingkan bebola mata mereka sahaja. Jangan dilayan sangat, nanti makin menambahkan sakit hati.

"Anything else you wanna ask us? Kalau tak ada, Ryan nak naik atas dulu, nak pergi tambahkan kerja si anak pungut tak guna sebelah papa tu"

Bantal yang berada di atas ribanya dibaling ke arah adik bongsunya yang ralit main game pada telefon pintarnya. Ayahnya awal-awal lagi sudah mengelakkan diri agar tidak terkena balingan anak sulungnya itu walaupun dia tahu anaknya itu baling tepat ke arah Ayran. Ayran yang terkejut dengan balingan abangnya itu terus menjerit. Setan punya abang! Tak pernah nak tengok aku bahagia!

"Emilia Ezrina Fayyan! Ezrian Eskandar Fayyan! I asked both of you! Buat apa balik Malaysia lagi?! Sukalah tengok papa sasau macam orang gila?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Emilia Ezrina Fayyan! Ezrian Eskandar Fayyan! I asked both of you! Buat apa balik Malaysia lagi?! Sukalah tengok papa sasau macam orang gila?!"

Emilia hanya mengendahkan papanya yang daripada tadi mendesak dia dan juga adiknya untuk memberitahu perkara yang sangatlah mustahak apabila dua beradik itu menghilangkan diri ke Malaysia. Ezrian daripada tadi mencuit sisinya untuk membantunya.

Emilia hanya menepis kasar tangan adiknya. Duk kutil-kutil sisi aku pahal? Aku tengah buat kerja ni. Tangan Emilia masih lincah menaip di atas Macbooknya. Tuan Fayyan Mikael hanya merengus geram apabila melihat kedua-dua anaknya itu mengendahkan pertanyaannya.

Tangannya segera menutup Macbook milik Emilia. Emilia terus memandang ke arah ayahnya apabila keluhan berat dilepaskan. Emilia membuka kembali Macbooknya dan sekali lagi papanya menutup Macbooknya serta dirampas laptop anak daranya itu. Emilia hanya menundukkan sedikit kepalanya sebelum dia beredar daripada ruang tamu rumah. Penat. Balik rumah ingatkan boleh rehat, rupanya kena bebel dulu.

"Emilia Ezrina Fayyan!"

Langkah Emilia terhenti sebelum kakinya dapat memijak anak tangga pertama. Dipandang kembali wajah ayahnya yang sedang merenung tajam ke arahnya. Anak mata hitamnya berlaga dengan anak mata coklat tua milik ayahnya.

"You wanna know something pa? I thought these years papa ingat. Patutlah Em senang naik baran dia. Something happened during her childhood or maybe I should say her teenage year. But did you care? You only care when the first time you find out about me existing in Emilia. "

"Sof taknak cakap banyaklah pa. Em already tired so do I. Penat tak hilang lagi. You make your own children felt like that. I'm sorry if my words and Em's behaviour just now is quite harsh to you. Sof naik atas dulu. Kalau Zariq tanya, cakap je Sof ada dekat bilik. Kalau tak ada dekat bilik, maknanya Sof dekat pejabat."

Sofia melepaskan keluhan berat sekali lagi. Malas nak cakap banyak. Dia tahu Emilia mahu mengamuk tadi, itu sebabnya diri dia mengambil alih diri Emilia. Rasanya macam lama sahaja dia muncul memandangkan perkara ini menyentuh sensitiviti dalam diri Emilia.

Tuan Fayyan hanya memandang ke arah anak lelakinya apabila Sofia berkata sedemikian. Jarang Sofia bercakap dengannya kecuali kalau Emilia betul-betul marah atau mahu mengamuk dengannya. Ezrian yang melihat kejadian itu terus mengejar kakaknya namun dia juga ditahan oleh papanya. Kali ini, Ezrian tidak berdiam namun dia terus menjawab soalan papanya.

"You know what pa? Cuba papa ingat balik apa yang jadi pada tarikh seminggu lepas start daripada hari ini. Ez pun taknaklah cakap banyak-banyak sebab nanti menambahkan lagi je dosa Ez yang sedia ada banyak ni. Kalau papa dah ingat, ha itulah reason kenapa Ez dengan akak ada dekat Malaysia. But deep down from the bottom of my heart, Ez kecewa dengan papa sebab papa tak ingat langsung selama ni. "

Ezrian pula yang memboloskan diri ke tingkat atas rumah lalu dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Tuan Fayyan hanya dibiarkan di ruang tamu. Biarlah papa tu. Aku tengah sakit hati ni.

Adryan hanya membiarkan sahaja adiknya yang sedang main game di atas sofa bilik kerjanya di rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adryan hanya membiarkan sahaja adiknya yang sedang main game di atas sofa bilik kerjanya di rumah. Aku dah malas nak cakap banyak. Bukannya adik aku itu makan saman! Makin dibuat adalah!

"Kerja kau mana? "

"Yang kau tengah check tu "

Adryan memandang semula ke arah kertas kerja yang menunjukkan status kewangan syarikat yang dikendalikan oleh mereka adik beradik. Adryan mengangkat sebelah keningnya. Sejak bila adik aku jadi rajin ni?

"Aku tahu kau akan cakap aku adalah manusia paling rajin. Jadinya, aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat diri aku sebab jadi rajin OHOOO. "

Ayran mencampakkan bantal yang berada di atas ribanya ke arah abang kembar dia lagi seorang yang baru sahaja menonjolkan diri di dalam bilik pejabat Adryan. Adryan hanya membiarkan perkara yang bakal berlaku di hadapan matanya. Malas nak ambil tahu sebab nanti aku juga jadi mangsa.

Ezriel hanya mampu menahan sabar apabila si adik sudah menunjukkan tanda-tanda nak kena tempah batu nisan awal. Adryan yang sedang menaip melalui komputer ribanya didekati lalu fail berwarna hitam diletakkan kepada kembarnya. Adryan yang pada mulanya hanya mahu mengendahkan sahaja mula berhenti menaip lalu mata dikalihkan memandang isi kandungan yang sedang ditunjukkan kepadanya.

Tumpuan penuh diberikan setelah otaknya menganalisis perkara yang sepatutnya keluar daripada mulut kembarnya. Namun, segala tumpuannya terhadap fail tersebut musnah apabila Ezriel mengatakan perkara yang paling dia tak suka dengar.

"La mamma vuole che tu incontri qualcuno e la mamma vuole che quella persona sia tua moglie. [Mummy wants you to meet someone and mummy wants that person to be your wife]"

Adakah bermulanya paksaan untuk kahwin? Entah sesiapa yang mummy nak kenankan dengan dia. Padahal Ezriel pun sepatutnya dipaksa juga. Apa ni? Tak nak, tak nak. Anak aku seorang itu dahlah hati kering. Mahunya mummy dia paksa dia kahwin dengan budak cengeng, minta cerai terus budak tu kalau kahwin dengan dia. Adryan hanya menggarukan keningnay yang tidak gatal. Hidup aku penuh dengan masalah!

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now