WARNING! HAUK ACTION SCENE AHEAD!
Emilia Ezrina Fayyan's POV
Selepas sahaja Adryan ikut Ez dan juga papa ke ruang atas, aku segera mencapai M16 rifle di bawah meja yang aku duduk dengan Adryan. Jangan risau, hotel ni sebenarnya hotel dibawah Fayyan Company. Ya aku tahu dalam episode lepas dan juga masa aku nikah, aku ada sebut keluarga aku tempah khas sedangkan ini hotel sendiri.
Hotel sendiri pun, mana tahu masa aku nak buat majlis haritu, ada orang dah booking ke kan? Aku ni bukannya jenis suka potong line orang. Dah dia dapat dulu, biarkan sahajalah even kau owner besar sekali pun.
Banyak pula aku membebel kan? Aku bebel sebab bosan tunggu anak buah aku siap perang. Kaki aku membawa aku ke tempat tersembunyi di tingkat atas dewan ini sementara nak tunggu musuh penat.
Aku memang dah jangka akan ada yang serang hari ini, cumanya tak sangka pula memang jadi sungguh. Dewan ini ada 3 tingkat. Papa, Ez dengan suami aku yang tercinta itu aku suruh sumbat dekat tingkat 3. Tingkat yang sama dengan posisi Zariq sekarang. Cumanya Zariq, tempat dia memang strategik untuk headshot kepala orang.
Dia headhunter aku. Of course lah kalau aku dah predict benda seperti ini, dia memang akan standby awal. Ya, dia tidak ada semasa majlis penyerahan pangkat aku tadi sebabnya dia dah ready dekat tingkat 3. Anak buah aku pun aku dah suruh ready dekat luar. Hanya separuh sahaja yang ada semasa majlis tadi.
Aku pandang ke aras bawah dewan melalui tingkap yang aku duduk sekarang. Musuh makin ramai nampaknya. Kesian pula nak tunggu anak buah aku siap perang tapi leadernya buat bodoh je walaupun dah saksikan depan mata macam mana keadaan sekarang. Kau yang nak sangat kan? Meh, aku bagi!
Okey, this is the most perfect timing for Emilia Ezrina Fayyan to shine! Let me show you how powerful is your female lead, bebeh! Jangan terkejut kalau aku buat kerja gila lepas ini sebabnya memang aku gila!
Aku capai silencer yang ada dekat poket belakang seluar suit aku lalu dipasangkan pada muncung rifle aku. Aku tak mahu tarik perhatian musuh buat masa sekarang sebab aku hanyalah pengacau supaya Zariq boleh headshot headhunter dia.
Daripada maklumat yang aku kumpul dengan Zariq, dia pakai tiga orang headhunter. Heh! Lemah lah! Apa barang pakai tiga orang headhunter tapi nak pergi serang keluarga Fayyan? Kau bakal menyesal tak bawa lebih ramai headhunter sebabnya anak buah aku semuanya dilatih dengan latihan Fayyan tersendiri.
Aku? Sekarang aku tengah tembak kepala fruit child musuh bongok aku tu lah. Seronok juga tengok muka masing-masing terkejut apabila melihat rakan seperjuangan mereka tiba-tiba tumbang. Maaflah, aku tembak memang headshot macam si Zariq tu.
Macam Adryan sebut dekat episode lepas, aku memang penembak tepat. Itu perkara betul, bukannya suami aku tu reka. Semuanya daripada hasil gigih dia suruh adik si Zariq tu hack maklumat aku. Aku pun tak faham dengan suami aku tu, walhal boleh sahaja dia tanya sendiri kepada aku.
Aku tengok dah tinggal sedikit sahaja anak buah dia yang ada dekat bawah, kiranya tugas aku sebagai lalat hari ini selesai. Belum sempat aku hendak mengalas rifle yang aku guna ini ke bahu, tangan makhluk asing mencengkam kuat belakang kolar suit aku menyebabkan aku terdorong ke belakang dengan kuat. Kedua-dua belah tangan aku menjadi refleks menyebabkan aku juga mencengkam tangannya. Kakinya naik menendang perut aku menyebabkan aku terasa sangat senak sehingga terjatuh ke lantai sambil memegang perut.
Aku bukannya kebal mana pun! Kalau aku tak boleh mengandung, aku cari kau sampai dapat! Meh sini aku buat benda yang sama takpun meh sini aku potong kau punya testis tu! Dasar sus scrofa betul! Sus scrofa tu apa? Tolong search. Aku tak ada masa nak terang sebab tengah berperang sekarang ini.
Hujung mata aku dapat menangkap yang dia ingin menendang aku sekali lagi. Heh, bless your delusional mind, sus! Aku terlebih dahulu menangkap kakinya sebelum kaki kanan aku naik menendang reproductive system dia. Padan muka! Tendang aku sangat tadi kan. Melihat dia yang terjatuh kerana senak menyebabkan aku mengambil peluang untuk menendangnya dengan lebih jauh daripada aku. Mujurlah hanya dia seorang sahaja. Kalau ramai, macam manalah aku nak lawan.
Belakang badannya yang bersentuhan dengan kerusi yang ada menyebabkan susun atur meja dan kerusi di dalam dewan mini ini berselerak. Aku nampak dia mara ke arah aku sambil menghayun laju kerusi yang sempat dia capai namun tindakan refleks aku yang cepat menyebabkan aku dapat mengelak daripada hayunannya. Hayunan keduanya juga aku dapat elak sambil aku mengundur ke belakang. Dia tak tahu ke semakin dia hayun tu semakin dia penat dan ianya akan membawa satu peluang keemasan kepada aku untuk serang balas?
Dan, bingo! Dia dah penat. Aku mengambil peluang itu untuk memanjat meja sebelum terbang untuk menghayunkan tumbukan kepada mukanya. Kedua-dua badan kami yang bertindak balas dengan graviti bumi menyebabkan aku tidak sempat untuk melarikan diri. Dia membelit leher aku dengan kakinya menyebabkan trakea aku secara tiba-tiba tidak dapat mengalirkan oksigen dengan baik. Secara perlahan-lahan aku longlaikan badan aku supaya dia tertipu bahawa aku sudah mati ataupun pengsan kerana kekurangan oksigen.
Dan, bingo sekali lagi! Dah apa ke bodoh sangat dia ni? Emilia Ezrina Fayyan tak akan mati macam itu sahaja lah! It will takes more than a weak leg to bring the death of me!
Apabila aku merasakan dia melepaskan kakinya daripada leher aku sekali gus dia betulkan postur badannya kepada duduk menyebabkan aku menarik kolar bajunya lalu kepala aku dihempuk dengan hidungnya. Aku dengan hidungnya menghasilkan bunyi yang sangat enak didengar. Bagus! Dia punya hidung dah patah. Aku harap kesemua 206 tulang dia akan patah riuk hari ini!
Aku bangun daripada baringan sebelum menghayunkan kaki ke arah badannya. Badannya yang sudah lemah aku bangunkan kembali sebelum aku angkat untuk dihayunkan semula ke lantai. Yes, maksud aku adalah backflip. Kalau kau tanya macam mana aku larat angkat lelaki yang berkali ganda badannya besar daripada aku? Itu semua bantuan hormon adrenalina. Oh ya, aku lupa nak cakap, aku syak tulang dia patah lagi sebabnya aku backflipkan dia dekat dengan kerusi so sebelum badan dia jatuh ke lantai, memang akan terhempap dekat kerusi dulu. Seronok aku, ehe!
Aku capai Astra A-100 semi-automatic pistol yang aku selitkan di belakang suit aku. Aku pijak perut dia menggunakan kaki kiri aku sambil pistol itu aku halakan ke arah jantungnya. Senyuman sinis dihadiahkan sambil aku berikan tekanan kepada kaki kira aku itu menyebabkan dia mengerang kesakitan. Aku pakai stiletto hari ini. Padan muka kau!
"Aku tahu kau pakai bulletproof vest dekat dalam. So, aku nak tanya kau. Adakah orang atasan kau adalah orang yang aku syak?"
Melihat dia yang hanya diam, aku semakin menekankan stiletto pada perutnya itu, Tembus lagi bagus! Kau nak diam sangat kan? Meh aku diamkan kau terus!
Aku alihkan tangan aku yang sedang memegang pistol itu ke kakinya dan aku menarik picu pistol. Erangan kesakitan yang kuat menyebabkan makin seronok aku seksa dia. Bukannya selalu turun padang kan?
Suara Zariq yang menyapa sistem pendengaran aku melalui earpiece menyebabkan aku mengurangkan tekanan ke atas kaki aku. Tanpa aku sedari, tindakan aku itu sebenarnya bakal menjerat diri aku sendiri.
Hi and assalamualaikum my beloved readers! Aku tahu agak hauk tapi abaikan je lah eh? hahaha aku dah buat sehabis baik dah describe scene ni. Oh ye, memang action scene ni akan sambung ke episode depan.
Tapi tinggal sedikit sahaja lagi. Jangan risau, aku pun bukannya reti sangat buat action scene. Ni pun hasil daripada aku banyak baca daripada novel dan juga ada lah sedikit bantuan pinterest hahaha. I guess dah terbukti sekarang Emilia memang strong female lead. Sneak peak ; In next 4 books, our female leads is going to be just like our Emilia, a strong female lead.
So, I guess see you in next episode. Oh ye, selamat menyambut Nuzul Al-Quran bagi yang muslim. Manfaatkan hari ini dengan ibadat lebih (niat tu pun kena betul juga tau).
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...