"What have you done?! Did you know who he is?!"
"Oh! Finally someone who understand English well! Yes darling. Of course I know him."
"Then, why did you mess with him?!"
Dengan itu aku hanya tergelak apabila dia menengking aku. Dia patut bersyukur musik di dalam dewan yang sedang berlangsungnya majlis makan malam ini kuat dan tidak akan mengundang tetamu yang lain untuk tengok drama tak berbayar ini. Lagipun aku tidak mahu reputasi Adryan jatuh disebabkan aku. Keluarga Raffael dah dapat ramai investor dalam majlis makan malam pada hari ini.
Aku tidak mahu rosakkan yang itu sahaja sebenarnya. Tetapi disebabkan ada sekor lalat, aku tak boleh nak jamin yang aku boleh jaga nama baik Adryan, keluarga Raffael dan juga Fayyan ketika ini. Aku tak pergi majlis ini sebagai CEO Fayyan tetapi sebagai isteri kepada Adryan Erfan Raffael, CEO Raffael. Jadi aku bawa nama Raffael dalam masa yang sama.
"Seriously? You asked me that question? Okey then if you really wanna know the reason. Because he's a bastard!"
Dengan itu, Damien meluru ke arah aku untuk menyerang aku. Heh! Meh ah! Sis tak takut ah berader! Namun belum sempat aku ingin menumbuk muka si Damien tu, aku nampak si Damien tu kena tendang ke tepi menyebabkan aku menoleh ke arah tuan badan yang menendang dia. Aku tak terkejut pun kalau Adryan yang tendang.
"I only leave her for about ten minutes give or take and you already want to touch her? Back off! She's mine!"
Aww~ Degup jantungku berdebar~ Ye aku tahu aku ubah lirik tapi kau nak tahu tak? Sebenarnya tatabahasa dalam lirik tu salah? Macam mana nak naikkan martabat bahasa Melayu kalau penyanyi pun guna bahasa Melayu yang tatabahasa salah? Jantung berdegup bukannya berdenyut tau. Sekian aku jadi pencinta bahasa. Marilah bergerak semula kepada scene kita tadi.
Aku pandang semula ke arah Damien yang sedang cuba untuk bangun namun gagal. Aku tak sempat nak halang Adryan menyebabkan dia berjalan laju ke arah Damien sebelum mencengkam leher Damien dan mengangkatnya ke udara lalu dihempaskan badan lelaki itu ke dinding. Ayat yang keluar daripada mulut Adryan menyebabkan rama-rama berterbangan dalam perut aku. Aww~
"When I said she's mine, no one can touch her except me!"
Aku segera tersedar daripada dunia rama-rama aku sebelum aku menegur Adryan. Kali ini aku kena tegur dia. Dia tengah luar kawalan. Biasalah. Masing-masing ada anger issues, beginilah jadinya. Aku harap anak aku tak ada anger issues yang teruk huhuhu.
"Lepaskan dia, Ryan. Mati dia, kecoh dekat sini nanti. Ingat sikit yang keluarga Santiago dah bersetuju nak invest dalam Raffael. I talk to you about this as your wife. Ingat sikit yang kau ada anak bini yang perlu dijaga sekarang ini. Diaorang boleh tarik balik sebut harga tu dengan Raffael. Kau nak jawab apa dengan papa Arfan nanti?"
Dengan itu, Adryan melepaskan Damien yang sudah terbatuk-batuk di atas lantai mencari nafas. PA nya mendekati dia sambil menjeling tajam ke arah Adryan dan juga aku. Aku berjalan ke arah mereka sambil menundukkan badan seperti rukuk di hadapan Damien. Aku rasa cukup dah lakonan aku untuk malam ini. Lagipun majlis ini hampir tamat. Aku pun dah penat sangat.
"Avez-vous bien entendu? Je suis sa femme. Je suis légalement de Raffael. Vous m'avez bien entendu. Je parle français et je comprends très bien tous les mots que tu m'as dit il y a quelque temps. Je ne suis pas si stupide chérie. [Did you hear that right? I am his wife. I am legally from Raffael. You heard me right. I speak French and I understand very well all the words you said to me some time ago. I'm not that stupid honey.] "
Aku memegang sebelah tangan Adryan sebagai bantuan untuk aku bangun semula. Susah ye nak bangun apabila kau dah mengandung ni. Dah baring lagilah susah nak bangun selepas itu. Aku hanya berjalan sambil memeluk lengan Adryan dan melentokkkan kepala aku ke bahunya. Penat weh! Aku rasa sampai bilik kejap lagi, nampak katil memang aku tidur terus.
YOU ARE READING
Adryan's Signora
Romance[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk memb...