𝐄𝐫𝐟𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 | Episode 81

605 32 2
                                    

Adryan Erfan Raffael's POV

Aku yang sedang menaip laporan akhir untuk diserahkan kepada shareholder setelah tiba di Las Vegas terhenti apabila nama Ezrian naik di skrin telefon. Aku hanya biarkan sahaja sebab aku tahu yang Emilia mesti guna fon adik dia untuk telefon aku. Heh, dia ingat aku bodoh ke? Aku sengaja sebenarnya merajuk dengan dia. Nak tengok effort dia. I would say, she got A for effort. Walaupun aku anggap dia macam tunggul, kali ini dia tetap bercakap dengan aku. Baik betul bini aku ni. Jealous tak female lead korang yang disayangi tu milik aku?

Dah berapa puluh missed call daripada dia sebenarnya dan tidak lupa juga mesej dia yang aku tak sempat balas kerana terlalu sibuk. Tambah dengan missed call Ezrian sebentar tadi. Aku hanya meneruskan kerja aku. Telefon Arran pula yang berbunyi menyebabkan aku mengerutkan dahi aku. Patut ke aku bagi gred A+ untuk Emilia punya effort ni? Atau sebenarnya dia dah nak bersalin? Oh god!! Aku lupa yang isteri aku tu bila-bila masa sahaja akan meletup!

Arran menunjukkan skrin telefonnya yang menunjukkan kontak Ezrian yang sedang menghubunginya. Dia hanya memandang ke arah aku sambil membuat muka tertanya-tanya mengapakah Ezrian menelefonnya sambil mengangkat sebelah keningnya. Jangan tanya. Aku pun dah naik pelik sekarang ini. Aku hanya pandang ke arah sewaktu Arran mengangkat panggilan Ezrian.

"What did you want, Ez?"

"Buat loud speaker."

"Aku memang dah buat loud speaker."

"Good. Abang Ryan. Ez tahu yang Abang Ryan duduk dekat dengan Arran so listen here carefully sebab Ez tak ada masa nak bergurau."

"Why? Bini aku dah terberanak tengah jalan ke? Siapa lahir dulu? Mia ke--"

"Hotak kau!"

"Bahasa kau tu elok sikit Ezrian Eskandar Fayyan. "

"Cuba dengar dulu apa Ez nak cakap. Ez dah cakapkan yang Ez tak ada masa nak bergurau. Akak hilang dari radar. Abang Zariq tak dapat nak cari akak lagi buat masa sekarang dan masih mencari. Ez nak abang Ryan balik sekarang sebab Ez tahu abang Ryan sepatutnya dah kena balik Vegas."

Senyap. Itu yang aku bagi dekat Ezrian. Sungguh otak aku tengah proses maklumat yang Ezrian bagi. Seketika selepas itu barulah otak aku berfungsi dengan baik. Aku menyuruh Arran untuk tamatkan panggilan dengan Ezrian setelah aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberitahu kepada aku. Aku segera menyuruh Zaquan untuk mencari lokasi terakhir Emilia. Dalam hati aku pula hanya berdoa supaya Allah sentiasa melindungi isteri dan anak-anak aku.

Sampai sahaja di base Fayyan, aku segera masuk ke dalam bilik mesyuarat yang menempatkan kesemua jawatan tertinggi Fayyan dan tidak lupa juga ada papa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di base Fayyan, aku segera masuk ke dalam bilik mesyuarat yang menempatkan kesemua jawatan tertinggi Fayyan dan tidak lupa juga ada papa. Terkejut juga aku apabila papa ada di sini. Apabila aku sebut papa sahaja ianya bermaksud ayah kandung aku bukannya ayah mentua aku ya. Ayah mentua aku panggil papa Mikael okey. Tapi aku pelik kenapa papa ada sekali ni.

Adryan's SignoraWhere stories live. Discover now