Prolog

738 19 0
                                    

Indonesia, Bali. 12:15PM,

"Aku bisa membantu kau untuk keluar dari sini" ujar seorang lelaki dihadapan ku. Dari wajahnya mungkin dia berusia 40 tahun dan ke atas.

"Bagaimana caranya?" soal ku meninginkan jawapan.

"Aku ingin kau bunuh Rudy"

Terkejut aku mendengar perkataan yang baru sahaja dia ucapkan.

Apakah lelaki ini sudah gila? Atau aku yang gila?

Belum sempat aku memberikan jawapan ku. Lelaki itu tergelak.

"Kenapa? Kau takut?" sinis dia bertanya kepada ku.

Takut? Gila tak takut? Lepas aku bunuh Rudy, tidak mungkin anak buahnya tidak akan datang mencari aku. Silap nasib aku pula yang dibunuh.

"Kau sudah lupa dengan dendam yang telah kau simpan selama ini?" kali ini soalannya membuat aku marah.

Benar, aku berdendam dengan Rudy. Kali ini aku akan balas dendam. Aku bersumpah atas darah aku sendiri. Aku akan membuatnya merana dan terseksa.

"Jangan khawatir, aku akan membantumu untuk siapkan perancangan. Setelah kau membunuhnya, berikan aku Kad miliknya lalu aku akan menguruskan kesemua tiket penerbangan kau ke Malaysia. Tidak lupa juga dengan sejumlah wang yang telah kau usahakan selama ni" panjang lebar lelaki ini menawarkan ganjaran setelah aku membunuh Rudy.

Aku memandang wajahnya.

"Baiklah, aku terima tugas ini"

Tersenyum dia mendengar jawapan ku.

"Aku berikan kau masa 2 minggu untuk siapkan tempat dan masa. Sementara aku ada tugas diluar negara" ujarku sambil meninggalkannya sendirian.

"Lokasi seperti apa yang kau inginkan?" soalnya.

"Hotel miliknya. Tingkat 30" jawabku sambil membuka daun pintu kereta berjenama BUGATTI lalu masuk kedalam perut kereta.

"Hahaha, jadi kau ingin membunuhnya di tempat kali pertama kau datang ke sini ya? Baik, serahkan semua padaku" jawab lelaki itu kemudian dia melangkah pergi.

Enjin kereta dihidupkan, aku masukkan gear 1 lalu handbreak dilepaskan. Pedal minyak ku pijak habis membuat kan kereta meluncur laju.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now