"LAURAA!!!!!" suara keras dan kuat si tua itu menjerit memanggil nama ku.Aku dapat berdiri tetapi masih tidak stabil.
"Tumbukan lemah seperti itu tidak akan dapat membunuh aku!!"jerit si tua itu lagi.
Argh! Hampir pekak telinga aku dibuatnya.
"Aku akan menang, ini adalah kawasan aku. Kau masuk, kau tewas" aku tersenyum sinis.
Aku selangkah ke depan, sambil memegang bawah dada ku menahan sakit.
"Oh? Kau masih boleh berjalan? baiklah, biar aku buatkan kau tertidur!!" Si tua itu berlari laju ke arah aku sambil menghayunkan tumbukan.
Sewaktu tumbukannya sudah hampir diwajahku, sepantas kilat aku menunduk lalu aku menumbuk tepat bahagian perutnya sekuat tenaga aku hingga seluruh badannya terapung di udara.
Aku berlari ke arah dinding kemudian aku menendang kuat satu tombol bulat.
Seluruh ruangan itu menjadi terang.
Si tua melekat di siling seperti ada magnet kuat yang menariknya.
Wajahnya seakan terkejut dengan apa yang berlaku.
Aku tersengih.
"Apa yang sudah berlaku!?" Si tua itu mencuba melepaskan diri berkali-kali dari siling tetapi tidak berhasil.
"Aku sudah bilang, ini kawasan aku. Apa kau lupa? Ini adalah tempat permainan aku? Disini juga la aku telah hack kau punya sistem CCTV. Jadi kau hanya melihat aku membaca, makan dan berehat. Itu semua adalah rakaman yang aku sambungkan. Kerana bilik ini juga adalah bilik hujung, jadi kau tidak terlalu ambil peduli. Sebab kau tidak suka dengan sesuatu yang berada dibelakang. Tapi tanpa kau sedar, sebenarnya yang berada dibelakang lah yang patut kau takuti kerana kau tidak tahu apa yang dia lakukan sewaktu kau tidak bersama dengannya" panjang lebar aku menerangkan apa yang telah aku lakukan.
Aku menekan beberapa butang di mesin meja besi. Selama ini ianya tertutup dengan kayu yang aku alas diatasnya.
Meja kayu bertukar menjadi meja besi yang dipenuhi duri tajam sepanjang 10 CM hingga 30 CM.
Terbeliak biji mata si tua itu melihat kecanggihan yang telah aku cipta bersama Fiq, bekas rakan sekerja ku dulu.
"Ap.. Apa yang ingin kau lakukan Laura!!" Jerit si tua itu memandang wajahku bengis.
Aku duduk bersandar di kerusi yang tersedia.
Sedikit aku mendongak memandang wajah si tua Yang kini berada di siling.
Dapat aku lihat wajahnya yang ketakutan bercampur dengan kemarahan Yang membuak.
"Aku beri kau 2 pilihan"
Wajahnya memandang aku serius ingin tahu.
"Pertama, berikan aku Kad milik kau dan aku akan lepaskan kau"
"Kedua!?" teriak si tua itu.
"Aku akan tekan butang merah ni lalu kau akan mati dicucuk oleh besi tajam ni" jawab aku tenang sambil menunjukkan butang merah pada remote Yang berada ditanganku.
"Hahahaha, kau fikir aku akan mati jika tercucuk oleh besi itu? Kau memang bodoh Laura, sama seperti rakan kau Fiq dan Syila!" tawa si tua kuat memenuhi ruang.
"Hahaha, sejujurnya kau lebih bodoh dari aku" aku menekan butang biru pada remote di tanganku.
Keluar beberapa robot yang memiliki besi panjang Yang berbentuk seperti tangan kemudian mendekati si tua itu yang berada di siling.
YOU ARE READING
ASSASSIN GIRL✅
ActionSeorang gadis yang bekerja sebagai Assassin dipelbagai negara telah kembali ke tanah airnya Malaysia setelah bertahun dia terpaksa berkhidmat dengan ahli BB singkatan bagi BlackBlood. Silent Cat adalah gelaran untuk nya. Dunia ini terlalu kecil ba...