3

247 13 0
                                    

Aku meletakkan kereta ku diseberang jalan hotel.

Telefon bimbitku berdering, pantas aku menjawab.

"Hello, gimana Laura? Sudah selesai? Udah jam 12:01AM" soal Jack.

"Sudah, tunggu aku ditempat biasa" jawab ku ringkas lalu menamatkan panggilan.

Remote kecil berwarna hitam ditangan aku tenung.

Terdapat satu butang hitam ditengah remote.

Aku menarik nafas panjang lalu ku hembus.

"Selamat tinggal pekerjaan ku, selamat tinggal Fiq, Syila. Selamat tinggal Bos Rudy"

Butang hitam ditengah remote aku tekan.

Boom!! Boom!! Boom!!

Satu persatu tingkat hotel meletup.

Disetiap sudut hotel sudah aku letakkan bom buatan sendiri. Tidak pernah kucuba dimana-mana tempat. Ini kali pertama aku mencipta bom sendiri dan inilah kali pertama aku mencubanya.

Tidak ku sangka, boleh tahan kuat juga bom buatan ku ini. Tidak sampai 5 minit, hotel sudah roboh dan terbakar kesemuanya.

Mungkin juga Bos Rudy sudah rentung dijilat api.

Aku menghidupkan enjin kereta, kemudian kereta meluncur laju meninggalkan kawasan hotel Yang dulunya berdiri megah kini sudah musnah dijilat api.

Selama ini aku bekerja dengannya. Tidak pernah aku melihat dia dalam keadaan sebegitu rupa. Biasanya aku melihat dia dalam keadaan segak dan bergaya. Seharusnya aku perlu merasakan kasihan, tetapi ini sebaliknya. Perasaan benci aku bertambah apabila aku teringat akan Fiq dan Syila.

Si tua tak guna yang telah menggunakan aku dan rakanku hanya demi kepentingannya.

Memaksa aku untuk membunuh. Jika aku melarikan diri, aku yang akan dibunuh. Jadi aku memilih untuk membunuh.

Kalau bukan kerana alat pengesan berada didalam tubuh ku. Sudah lama aku melarikan diri.

Lamunan ku terhenti setelah kereta aku memasuki kawasan pantai.

Aku turunkan sedikit cermin kereta sebelah pemandu. Dari jauh kelihatan seorang lelaki berdiri di persisiran pantai.

Aku tahu itu Jack.

Lihat dari bentuk badannya, aku sudah hafal walaupun ini baru kali kedua kami bertemu.

Jujur aku akui, Jack mempunyai paras rupa yang tampan walaupun umurnya sudah mencecah 40 dekad. Tetapi wajahnya tetap kelihatan awet muda.

Mungkin kerana dia mempunyai darah kacukan.

Akan tetapi, sewaktu aku bekerja diluar negara, ada juga yang mempunyai paras rupa lebih tampan dari Jack.

Aku berharap suatu hari nanti aku akan berkahwin dengan lelaki Yang mempunyai darah kacukan.

Muka aku sekarang ni pon boleh tahan ala-ala minah saleh. Nanti dapat anak pon comel je. Hahaha.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now