34

107 5 0
                                    

RUMAH SEWA LINDA, 11:33 PM.

Dhia merenung tajam wajah tampan Muiz. Walaupun berkulit sedikit gelap, namun masih terlihat macho sesuai dengan wajah lelaki Asia. Muiz yang terlihat tenang sempat menghirup secawan kopi yang dihidangkan oleh Linda.

"Kau yakin ke plan kau ni berjalan lancar?". Soalan pertama yang keluar dari mulut Dhia sekian lama dia merenung Muiz.

Muiz tetap fokus dengan telefon pintarnya. Dia tersengih sinis.

"Aku yakin adik kau akan buat yang terbaik supaya akak kesayangan dia ni bebas. Sama juga macam kau. Kan?"

Dhia masih merenung tajam ke arah Muiz.

"Tak yah risau la, kejap lagi dia sampai la tu. Aku dah suruh Linda share location pada adik kau". Muiz bersandar disofa. Matanya tetap fokus dengan telefon pintarnya.

"Itu pon sebab Tuan paksa. Kalau tak, memang tak lah saya nak bagi mereka berdua ni jejak rumah saya". Linda bersuara dengan nada terpaksa. Sikit pon dia tidak berminat dengan Dhia dan Iman. Malah makin bertambah rasa benci apabila terpaksa bekerja sama dengan dua beradik tersebut.

TINGG! TONGG!

Loceng rumah berbunyi.

"Ha tu sampai dah, kan betul apa aku cakap". Muiz laju berdiri lalu melangkah ke arah pintu.

Daun pintu buka dari dalam.

Terlihat susuk tubuh Iman dari sebalik muka pintu.

"Iman!" Pantas Dhia mendapatkan adiknya. Dipeluk erat tubuh si adik.

"A-akak..". Pelukan dibalas.

Muiz tersenyum puas melihat rancangannya berjaya.

Awalnya dia merancang bahawa Iman seolah dirompak. Memandangkan keadaan lorong yang agak malap, Bobby dan pengawalnya tidak dapat mengetahui siapa yang membelasah mereka. Pada akhirnya, rancangannya berjalan dengan lancar tanpa Iman mendapatkan sebarang hukuman.

***************************************

Jam dinding sudah menunjukkan 1:45 AM.

Linda dan Muiz masih lagi fokus meneliti beberapa maklumat yang baru mereka perolehi dari Iman. Lebih menguntungkan, mereka dapat mengesan 2 markas yang digunakan sebagai tempat pembuatan bermacam jenis dadah.

Hanya tinggal satu lagi kilang yang tertinggal. Tapi sayang, Iman juga belum pernah menjejaki kaki ke sana.

"Adik ok?" Dhia menyoal Iman sambil menghulurkan secawan susu panas pada adiknya.

Iman sekadar tersenyum nipis sambil mengangguk.

"Sakit ke luka tu?"

"Sakit la juga"

"Sorry..kalau bukan sebab polis poyo tu. Akak takkan tumbuk adik". Dhia mengusap lembut kepala Iman.

"Aku dengar Dhia". Santai Muiz bersuara dari jauh.

Spontan Dhia menjeling.

Muiz mencapai jaket kulitnya lalu di sangkut pada bahunya. Kemudian dia melangkah ke arah Dhia dan Iman.

"Korang berdua tidur rumah Linda. Nanti esok pagi aku datang sini balik"

"Linda, tolong jaga dorang ni" ringkas pesanan Muiz pada Linda.

Melopong Linda mendengar arahan dari Muiz.

"Tapi Tuan-

"Ini arahan dari Detektif Muiz". Muiz mengukir senyuman pada Linda lalu melangkah keluar dari rumah tersebut.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now