Special Chapter 16/5

146 5 0
                                    

Iqbal mengemas katilnya yang berselerak dengan buku pelajaran.
Dia mengeliat seketika setelah hampir berjam lamanya dia mengulang kaji pelajaran. Kalau bukan kerana dia dipanggil oleh Detektif Hafizh dan Dhia, sudah tentu dia tidak perlu mengulang kaji semula pelajaran yang tertinggal.

Pandangannya teralih pada susuk tubuh Adham di tingkap. Adham duduk menongkat dagu sambil termenung ke luar.

Iqbal mengatur langkah mendekati Adham.

Bahu Adham ditepuknya lembut.

"Am, kau OK tak?" lembut Iqbal mengajukan soalan pada sahabatnya.

Kemalangan yang menimpa Syahmi membuatkan ikatan persahabatan mereka semakin renggang. Kini hanya Adham dan Iqbal yang masih lagi berkawan rapat.

"Hm.." Adham mengeluh kecil. Sepasang matanya masih setia memandangi langit malam. Diterangi cahaya bulan yang indah, dihiasi oleh berjuta bintang. Cukup menenangkan fikiran setiap insan yang mempunyai masalah.

Iqbal mengambil tempat disebelah Adham lalu meniru gaya sahabatnya itu.

"Kalau ada masalah kongsi la dengan aku. Kau jelah satu-satunya sahabat yang aku ada sekarang" sayu Iqbal menutur kata. Andai saja dia boleh membaca hati manusia, segera dia ingin menyelesaikan masalah sahabatnya itu.

Adham menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum berbicara.

"Aku rasa kan Bal.."

"Kau rasa apa?"

Adham memejamkan kedua matanya.

"Aku dah jatuh cinta" tenang Adham mengungkap isi hati yang dipendam sejak tadi.

"Hahahahaha" sakan Iqbal tergelak mendengar ucapan Adham.

"Ini kali ke sepuluh dah aku dengar kau cakap macam ni"

"Tak, tak. Kali ni aku serius Bal. Aku betul-betul dah jatuh cinta Bal"

Iqbal menekan perutnya yang sakit akibat gelak. Dia memerhati raut wajah Adham.

Ini pertama kalinya dia melihat wajah Adham serius saat berbicara soal cinta.

"Tapi dengan siapa?" Iqbal mula membuat teka-teki dengan dirinya sendiri. Perempuan manakah yang berjaya membuat Adham jatuh cinta kali ni?

"Dia lah perempuan pertama yang berjaya membuatkan jantung aku berdebar" Adham meletakkan tangan didadanya.

"Siapa?" sekali lagi Iqbal bertanya. Tak sabar dia menanti jawapan Adham. Ditumbuk perlahan bahu sahabatnya.

"Aku kenal tak?"

"Kenal"

"Siapa? Bagitahu jelah" Iqbal memuncungkan bibirnya semuncung yang boleh.

Adham menjeling tajam si Iqbal.

"Akak polis tadi tulah! Aduh kau ni slow lah Bal" Adham mengetap bibir menahan geram akan kenaifan Iqbal yang tidak pernah bercinta. Almaklumlah, Iqbal sejenis pemalu dengan perempuan. Tapi itu bukan bermaksud dia gay! Dia masih seorang lelaki sejati tau!

Jika tadi Iqbal terkejut mendengar sahabatnya jatuh cinta. Hakikatnya dia lebih terkejut mengetahui siapa orang yang berjaya membuatkan Adham jatuh cinta.

"Ka..kau serius ke Am?" Iqbal menyoal ingin memastikan bahawa dia tersalah dengar ucapan Adham.

"Yee, aku serius. Tapi tulah, polis lelaki sebelah dia tu kacau ah" Adham mengeluh kecil mengingat saingannya ,Hafizh.

Iqbal menepuk dahi tak dapat menerima kenyataan Adham. Punyalah ramai awek dekat U, yang itu juga dia minat.

"Baik kau mengalah je Am" Iqbal mengalih pandangannya ke luar tingkap. Entah dia harus mengatakan hal sebenarnya atau pun pendam saja.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now