4

213 13 0
                                    

Malaysia, Pulau tersembunyi. 3:10am.

Setelah 2 jam penerbangan, akhirnya kami mendarat di lapangan persendirian milik Jack yang terletak di sebuah pulau.

Katanya pulau ini telah pon di beli oleh ahli BB dan pulau ini tidak termasuk dalam peta dunia.

Segala kegiatan jenayah, seperti dadah, jual beli senjata api, pembuatan bom semuanya dilakukan dipulau ini.

Di setiap negara, ahli BB akan mempunyai 1 atau 2 pulau persendirian.

Kesemua ahli BB akan ditanamkan alat pengesan ditubuh mereka. Dileher, tangan, kaki, pinggang dan pinggul.

Katanya langkah berhati-hati jika ada pengkhianat atau Yang melarikan diri.

Bagaimana pula dengan aku?

Alat pengesan di bawah lengan aku telah dibuang oleh doktor persendirian Jack sebelum aku membunuh Bos Rudy. Kata Jack, aku orang pertama yang dia bantu untuk melakukan ini.

Aku tidak tahu berapa dia membayar doktor itu dan salah seorang kaki tangan berpengaruh di BB bagi mendapatkan kunci untuk membuang alat pengesan ini. Akhir kata, jika kau berduit, kau mampu membeli segalanya.

Jujur aku katakan, Jack banyak membantu aku untuk keluar dari BB.

Tapi sebagai ganti, aku harus mengkhianati Bos Rudy dan membunuhnya.

Aku menyesal? Tidak sama sekali.

Aku puas dengan keputusanku.

Dia terlebih dahulu yang mengkhianati ku.

Dia layak mendapat hukuman setimpal seperti itu.

Pengaruh Bos Rudy lebih besar dalam BB berbanding Jack. Kerana itu Bos Rudy merasakan dia Yang paling berkuasa.

Walaupun mereka adik beradik, Rudy tidak pernah menganggapnya sebagai adik. Dia lebih banyak menghina Jack dan membelakangkan Jack.

Jack juga bekerja dengan Rudy, tetapi Jack lebih pintar dari Rudy. Jack mengumpul sedikit demi sedikit wang, kemudian dia membeli satu persatu pulau.

Setelah itu, dia membantu aku untuk keluar dari BB.

Walaupun aku baru berjumpa dan berbual dengan nya hanya 2 kali. Tetapi aku sangat berterima kasih dengan Jack.

Akhirnya aku terlepas dari Rudy dan BB.

"Fiq.. Syila.. Aku dah bebas.." bisikku perlahan.

Nafas ku tarik lalu ku hembus.

Angin laut menampar pipi ku perlahan.

Aku menyelitkan rambutku yang ditiup angin di belakang telingaku.

Kini aku berada di atas Feri milik Jack.

"Ms.Laura do you need some wine?" Seorang anak buah Jack mendekati ku.

Aku merenung tajam wajahnya.

Laju aku mendapatkannya lalu menonyeh kepalanya yang sudah aku kunci dengan lengan ku.

"Kau tak payah nak acah speaking sangat la dengan aku budak!"

"Adududuh sakit lah makcik!"

"Siapa makcik?" makin kuat aku menonyeh kepalanya.

"Ok ok sorry la kak Laura yang terpaling syantik, sakit kak!"

Aku melepaskan kepalanya.

"Haa, tahu sakit. Tu baru sikit tau"

Remaja lelaki yang memakai baju shirt lengan paras siku dan seluar jeans hitam sedang membetulkan rambutnya yang berterabur akibat tonyehan ku.

"Kau nak balik Malaysia jugak ke Zul?"

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now