16

140 7 0
                                    

Restoran Mamak, 1:16 PM.

Pandangan ku teralih sekejap demi sekejap pada Hafizh. Mulutnya sibuk mengunyah makanan, tetapi matanya fokus dengan laptop.

Tapi syukurlah, Syahmi termakan dengan kata-kataku. Hanya itu je satu cara yang ada. Memandangkan dia ingin sangat ayahnya ditangkap.

Cuma ada sesuatu yang mengangguk fikiranku.

Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi cerita dia tadi seolah-olah rekaan. Mungkin perasaan aku je..

"Dhia" suara Hafizh mematikan lamunan ku.

Serius wajahnya memandangku. Raut wajahnya masih ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati.

"Kenapa?" tenang aku menyoal.

"Kau tak rasa ada yang pelik ke?" Hafizh menutup laptopnya lalu mendekatkan wajahnya dengan ku.

"Ada, cerita Syahmi " jawabku laju.

"Bukan tu" Hafizh menyedut air sirap limaunya.

Aku mengerut dahi. Kami bertatapan mata.

"Kau nampak cantik pakai baju ni" selamba Hafizh memuji ku dengan senyuman.

Aku membulat mata terkejut dengan pujian selamba darinya, dalam masa yang sama malu pula rasanya dipuji. Aishh! Baru aku perasan hari ni aku pakai baju kemeja blouse warna beige yang Hafizh belikan.

Spontan aku menjeling Hafizh sambil menjuih bibir. Tergelak kecil dia melihat aksi jelinganku.

"Macam mana pula dengan kes curang tu? Betul ke mak dia curang?" aku menyoal lalu bersandar di kerusi. Segera aku menukar topik. Tak mahu aku menjadi pusat perbualan.

Hafizh mengalih pandangan pada telefon bimbitnya. Kemudian dia meletakkan telefonnya didepanku.

"Cuba tengok ni" Hafizh memberi arahan.

Telefon bimbitnya ku capai. Terpapar ada beberapa keping gambar seorang perempuan dan lelaki sedang berpelukan dan bermesra.

Dapat dilihat dengan jelas itu adalah Puan Ain bersama lelaki lain dan bukannya Encik Kamal.

"Rakan sekerja aku, Linda. Dia yang hantar gambar ni. Dia cakap gambar ni bukan edit dan original. Pihak polis dah tapis sebaik mungkin gambar ni dan tetap tiada sebarang edit" serius Hafizh menjelaskan padaku.

Aku meletakkan semula telefonnya.

"Jadi motif Encik Kamal bunuh isteri dia sebab isteri dia curang?" aku cuba membuat andaian. Kalau betullah andaian ku, mungkin kes ni boleh selesai. Tapi aku tak rasa semudah itu untuk kes ni selesai. Kalau ianya seperti jangkaan ku, sudah pasti Hafizh juga akan terfikir perkara yang sama. Jika itu terjadi, tidak perlulah Hafizh memerah otaknya untuk membokar teka teki kes ini kan?.

"Mungkin betul, mungkin tak"

Aku mengerut dahi mendengar jawapan Hafizh. Betul tekaan ku, teka teki kes ni bukan hanya ada 1 clue. Mungkin lebih dari 2,3,4.

"Malam tu, mangsa ada check in hotel dan aku pun dah pergi hotel tu"

Hafizh menarik nafas perlahan sebelum menyambung ayatnya.

"Mangsa dengan scandle memang ada terakam CCTV. Tapi masa tu 6 bulan yang lalu"

"Maksudnya gambar ni, gambar 6 bulan yang lalu?"

Hafizh mengangguk perlahan. Sesekali dia melepaskan keluhan.

"Kau dah jumpa Encik Kamal?"

"Dah. Aku siap tanya tentang gambar ni. Dia cakap, dia dah lama maafkan isteri dia. Katanya dia juga pernah curang, jadi dia tak boleh salahkan isteri dia" Hafizh menyedut habis minumannya. Sesekali dia meraup rambutnya.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now