49

112 9 0
                                    

Sebulan berlalu, Malaysia 10:30am/pagi.

Selesai mesyuarat.

Hafizh menghela nafas sambil melangkah masuk ke meja kerjanya. Dia melabuhkan punggung di kerusi dan jaket kulit ditanggal lalu dia letak di atas meja kerja.

"Hafizh".

Hafizh tidak menjawab. Dia terus menyalakan laptop untuk melihat fail kes yang telah dikongsi oleh Linda.

"Hafizh". Kali kedua Muiz memanggilnya.

Tetap sama, Hafizh langsung tidak mempedulikannya.

Muiz mula hilang sabar.

Tukkk!!

"Aku ada hal penting nak bincang dengan kau". Muiz menepuk meja kerja Hafizh. Badannya dibongkok kan sedikit. Sebelah tangannya bercekak pinggang.

Serta-merta semua pegawai yang lain terdiam.

Hafizh masih terduduk tenang. Dia mengangkat wajah melihat Muiz dengan tatapan kosong. Kening sebelah dijongkitkan.

Muiz memberi isyarat untuk ke tempat yang lebih sunyi.

Hafizh bangun. Mereka melangkah seiring dan sejalan ke pintu keluar.

Diluar bangunan, Muiz duduk dikerusi kayu yang tersedia di tempat rehat.

Hafizh tidak terus duduk melainkan dia berdiri lebih kurang dua meter dihadapan Muiz. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Tell me".

Muiz mengangkat wajah.

"Aku nak tanya"

Hafizh menunggu sambungan ayat Muiz.

"Kau tahu papa kau ada buat bisnes lain selain Hotel dia?".

Hafizh menggeleng setelah terdiam beberapa saat. Wajahnya masih tegang seperti biasa. Tapi kali ni lebih menyeramkan.

"Kau tahu tak apa yang aku dapat  sepanjang aku buat siasatan tanpa kau?".

Muiz menghela nafas sebelum meneruskan ayatnya.

Hafizh menyilang tangannya di dada. Mod serius masih kekal menghiasi wajahnya.

"Aku dapat info yang papa kau sebenarnya-

Ayat Muiz terhenti. Hati nya ragu-ragu untuk berterus terang dengan sahabatnya.

"Cepat sikit boleh? Aku banyak kerja kena settle". Hafizh merenung tajam anak mata Muiz. Kesabarannya mula menipis.

"Fine. Papa kau TOKAN".

Mata mereka bertembung. Lama. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi mereka berdua.

Hafizh tersengih.

"Papa aku Tokan?".

Muiz mengangguk. Dia sudah tahu Hafizh bakal menyangkal.

"Woi pengkhianat"

Sinis Hafizh bersuara. Pandangannya juga berubah sinis.

Muiz terdiam.

Mereka masih merenung antara satu sama lain.

"Apa yang kau dah plan dengan pembunuh tu?".

Hafizh melangkah setapak kedepan.

"Kau ingat aku tak tahu kau dah sedap-sedap dengan isteri aku?". Sinis Hafizh memandang Muiz.

Muiz membutang mata. Terkejut mendengar kata-kata Hafizh.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now