55 -tambahan-

229 14 2
                                    

"Hafizh".

Semua menoleh ke arah suara yang memanggil Hafizh.

Doktor Amar memandang Hafizh sayu.

Hafizh sudah tahu tujuan Amar memanggilnya. Mungkin menyuruhku untuk melihat Dhia buat kali terakhir. Bisik hati Hafizh. Dia cuba untuk bertenang dan redha.

Air mata dikesat. Dia mengatur nafas supaya tenang.

Perlahan Hafizh melangkah ke arah Doktor Amar.

Dup Dap Dup Dap.

Rentak jantungnya tak tentu arah apabila langkahnya sudah menghampiri Doktor Amar.

"Isteri kau ok, cuma dia kekurangan darah".

Hafizh mengerut dahi.

"Apa yang kau cakap ni Amar?"

"Isteri aku dah tak ada kan?".

Giliran Doktor Amar pula berkerut dahi.

"Eh? Bila masa pula isteri kau dah tak ada? Aku yang rawat isteri kau". Doktor Amar memandang Hafizh penuh tanda tanya. Begitu juga dengan Hafizh dan yang lain.

"Tapi ada doktor perempuan tadi-

"Encik! Maafkan saya. Saya salah orang tadi". Seorang doktor perempuan berlari ke arah Hafizh. Doktor perempuan tadi.

Hafizh mula keliru.

"Suami kepada pesakit saya pergi tandas tadi. Saya ingatkan Encik ni suami kepada Puan Atiqah, pesakit saya yang bersalin. Maafkan saya Encik". Doktor perempuan itu menunduk pada Hafizh kemudian berlalu pergi ke arah seorang lelaki yang menunggunya. Tak lama kemudian lelaki itu terduduk lalu menangis.

Hafizh memandang Doktor Amar semula.

"Jadi isteri aku hidup lagi?". Hafizh bertanya.

Doktor Amar mengangguk.

Terbit rasa syukur dalam diri.

"Tapi dia mengalami pendarahan. Jenis darah dia pula dah habis stok". Doktor Amar memandang Hafizh dengan penuh rasa bersalah.

"Darah apa?". Muiz bertanya.

"Jenis darah O".

Semua mata memandang Iman.

Iman menggeleng perlahan.

"Iman darah A.."

"Bukan ke korang adik beradik?". Zul bertanya tidak berpuas hati.

Iman mengangguk.

"Adik beradik tak semestinya darah sama. Mungkin juga ada penyebab lain yang menyebabkan jenis darah mereka boleh jadi berlainan. Contohnya, si akak darah O kerana mengikut genetik ayah. Manakala si adik darah A kerana mengikut genetik si ibu". Doktor Amar menerangkan.

"Saya!". Sabrina mengangkat tangan.

"Saya jenis darah O". Sabrina melangkah mendekati Doktor Amar.

"Baik, sila ikut saya. Yang lain tunggu di luar ya". Doktor Amar mengukir senyuman pada mereka yang lain.

Hafizh menghela nafas lega.

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusannya.

Setelah 2 jam menunggu, akhirnya Doktor Amar keluar dari wad kecemasan.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar. Nyawa Dhia berjaya diselamatkan dengan berkat Cik Sabrina".

"Alhamdulillah ya Allah..". Semua mengucap syukur.

Linda dan Iman berpelukan. Tanpa sedar mereka menjadi semakin rapat setelah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran bersama.

Zul meraup wajahnya. Terbit rasa lega didadanya. Dia berjaya. Bukan hanya dia,  tapi mereka semua berjaya. Berjaya menyelamatkan Dhia.

Muiz tersenyum lega. Gembira melihat sahabatnya gembira.

"Mar, boleh aku jumpa isteri aku?". Hafizh menyoal. Air mata dikesat.

"Sorry Fizh. Malam ni aku tak benarkan lagi. Insya Allah esok pagi". Amar mengukir senyum.

Hafizh mengangguk faham. Tiada pilihan selain menunggu esok.

Muiz mendekati Hafizh.

"Hafizh. Tuan Hassan panggil ke balai untuk buat report". Muiz berbisik.

Hafizh mengangguk faham.

Langkah mereka diatur. Sempat Hafizh meninggalkan pesanan pada Zul untuk menjaga Iman. Zul mengangguk.

Linda juga terpaksa untuk mengikuti mereka ke balai.

"Papa aku dah ada dekat balai?".

Muiz mengangguk.

"Lepas berjaya padamkan api. Ahli forensik mula buat kerja. Bermacam jenis dadah tersimpan dalam Hotel Heaven. Tengok gaya, papa kau memang dah tak ada harapan". Muiz menjawab sambil fokus memandu.

"Nampak gayanya macam tula". Tenang Hafizh bersuara.

Setibanya dibalai, papa Hafizh mengaku segala jenayah yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya.

Tiada lagi yang dia sorokkan. Semuanya di akui.

Ada yang menyoal tentang kemunculan Dhia, namun Mat Jabar sekadar menjawab bahawa gadis itu dia culik untul dijadikan pelacur. Tapi dia tak sangka bahawa gadis itu ialah menantunya. Itulah apa yang Mat Jabar katakan pada pegawai yang bertugas.

Dengan itu, Mat Jabar telah dikenakan hukuman gantung sampai mati.

  

                               *******

So aku dah janji kan, yang aku akan cerita kenapa aku culik Sabrina. Sorry la sebab lambat cerita huhu.

So aku ada buat perjanjian dengan ibu Sabrina.

Aku menculik Sabrina supaya ayah Sabrina tidak membunuhnya. Aku  tak tahu kenapa ayahnya ingin membunuhnya. Sebagai syarat Sabrina harus bekerja dengan ku. Sabrina dan ibu nya bersetuju. Namun belum sempat Sabrina berjumpa ibunya, ibunya telah meninggal dunia kerana serangan jantung. Manakala ayah Sabrina telah meninggalkan Linda bersendirian. Memandangkan Linda sudah dewasa saat itu, Linda boleh membawa dirinya sendiri.

Masa aku dan Fiq culik Sabrina memang sengaja aku tunjuk muka aku pada Linda. Aku nak Linda simpan rasa dendam pada aku.

Supaya suatu hari nanti jika Linda dan aku bertemu, tapi kalau aku tak cam dia. Pasti dia akan cam aku. Dan hakikatnya  memang dia cam muka aku. Sampai tahap kebencian dia pada aku melebihi ketinggian gunung Kinabalu. Hahaha. Ok itu ke kot rasanya.

Tapi tanpa Sabrina, rasanya aku dah pergi dari dunia ni. Aku bersyukur aku di kelilingi orang yang baik baik. Alhamdulillah..




Jangan lupa vote tau teman teman!.terima kasih kerana sudi membaca karya saya yang tak berapa nak best ni hehe. Jumpa di cerita seterusnya!.

Jangan lupa juga untuk tinggalkan komen kalian. Segala nasihat dan teguran akan saya ambil sebagai semangat untuk cerita seterusnya!.

Kalau bukan kerana kalian yang sudi membaca ASSASSIN GIRL , saya tak akan berjaya menamatkan cerita ini.

Kerana kalian lah saya bersemangat untuk meneruskan penulisan ini.

Terima kasih juga pada kawan-kawan dan adik saya yang selalu memberi semangat untuk meneruskan minat saya.

Loveyouguys!

Boleh follow ig saya yumireadsbook / _awinart

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now