13

147 7 0
                                    

Balai Polis Besar Malaysia, 10:05 am.

Aku menyusun meja ku yang dipenuhi dengan fail kes.

Tokk! Tokk!

"Tuan Hafizh, Tuan Hassan ingin berjumpa" salah seorang pegawai polis lelaki tersenyum pada ku sebelum melangkah pergi.

"Baik" aku segera mengatur langkah ke bilik pejabat Tuan Hassan.

Mungkin ada kes baru. Haih..baru selesai satu kes, timbul pula kes baru.

Aku mengetuk perlahan daun pintu.

"Masuk"

Tombol pintu ku pulas, daun pintu ku tolak sedikit sebelum mengatur langkah masuk ke bilik pejabat Tuan Hassan.

Terlihat Tuan Hassan duduk di kerusi kerja sambil matanya fokus membaca maklumat di fail.

Mata ku tertumpu pada susuk tubuh seorang wanita sedang duduk di kerusi berhadapan dengan Tuan Hassan.

Berkulit sawo matang, berambut ikal mayang. Mempunyai paras rupa yang cantik. Sekali pandang, wajahnya memang begitu menawan. Tetapi tiada sifat tegas dalam dirinya. Jika orang biasa lihat pasti tertanya mampu kah dia ni melakukan tugasan yang melibatkan fizikal.

Tuan Hassan mengarah ku untuk duduk dikerusi kosong sebelah wanita itu.

"Hafizh, kenalkan ini Alia. Mulai hari ini, dia rakan sekerja kamu. Saya nak kamu berdua selesaikan kes pembunuhan yang terjadi dalam keluarga Encik Kamal memandangkan Muiz masih lagi bercuti"

"Linda sedang menunggu di bilik mesyuarat" Tuan Hassan tersenyum sebelum kembali membaca fail kes.

Kami berdua mengangguk faham.

Memandangkan Muiz sedang bercuti melawat ayahnya dikampung, mahu tak mahu ini adalah arahan dari pihak atasan.

Kami berjalan seiring ke bilik mesyuarat.

"So awak la Detektif Hafizh yang terkenal tu? Tak sangka awak berjaya selesaikan kes yang menggemparkan dunia baru-baru ni. Hebat juga awak ni. Padahal ramai dah Detektif Yang ditugaskan, tapi semua fail. Excited pula rasa dapat bekerja dengan awak" bertubi-tubi Alia memujiku.

"Tak payah berawak sangat, jangan terlalu berformal dengan aku. Bukan aku seorang diri selesaikan kes tu, aku bersama rakan ku Muiz" dingin jawapan ku. Aku bukannya sejenis orang yang suka dipuji oleh orang yang baru aku kenali.

Walaupun dia cantik, tapi aku tidak tertarik dengan kecantikan Yang dia miliki. Kalau cantik tapi kerja kelaut, sorry to say not my tipe.

Alia terdiam mendengar jawapan dingin ku. Wajahnya yang tadi bersinar kini sedikit murung.

Nak terasa? Silakan. Itulah aku, sentiasa berdingin dengan orang baru kecuali Dhia Delisha.

Kami melangkah masuk ke bilik mesyuarat. Terlihat Linda sudah bersedia dengan projektor lcd.

"Hai Tuan Hafizh dan Puan Alia. Silakan duduk" pelawa Linda.

Aku duduk sambil berpeluk tubuh.

Kuat betul Linda buka penghawa dingin ni. Baru sekejap masuk dah terasa sejuk hampir ke tulang.

Linda menyerahkan fail-fail pada aku dan Alia.

"Saya mulakan ye" lampu ditutup hanya cahaya dari skrin besar yang bersinar terang.

Gambar dan video kes ditayangkan pada kami.

"Mangsa bernama Nurul Ain berumur 40 tahun. Mangsa telah ditikam sebanyak 22 kali di dada dan 10 kali dileher menggunakan pisau di kediamannya. Mangsa adalah suri rumah sepenuhnya. Semasa kejadian, suami mangsa Muhamad Kamal berada di Terengganu atas urusan bekerja"

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now