45

115 7 0
                                    

"Bodoh". Perkataan pertama yang keluar dari mulut Dragon.

Mike terdiam. Malah hampir semua anak buahnya juga tertunduk. Tak berani menatap mata Dragon.

"Kau ingat, kau rogol budak tu semuanya akan selesai?. Kalau polis tu cari kau jangan libatkan aku". Dragon menghembus asap rokok dari mulutnya.

Hujung mata merenung tajam ke arah Mike.

"Apa lagi yang kau janji kan dengan Jessica?".

Mike membutang mata. Seakan tak percaya bahawa Dragon tahu selama ini dia bekerjasama dengan Jessica.

"Jawab lah sial!". Dragon membaling piring kaca emas yang sudah bertahun menjadi perhiasan ke arah Mike.

"Tak ada dah..itu je..". Terketar-ketar Mike menjawab. Kali pertama Dragon menengkingnya sebegitu.

Dragon menjeling Mike. Dia tahu Mike tidak berbohong.

"Kau jangan ingat akak dia akan berdiam diri. Dari awal lagi aku dah pesan, jangan sentuh kepunyaan dia. Tapi kau degil. Kau uji kesabaran dia. Aku sendiri pun tak berani nak-

Kata-kata Dragon terhenti. Semua mata bersilih ganti memandang antara satu sama lain.

"Kenapa senyap Dragon? Kau pon takutkan pembunuh tu ke?"

Bang!!

Satu tembakan dilepaskan. Tepat mengenai kaki Mike.

"Arghh!!". Mike terduduk kesakitan. Darah mengalir laju.

Dragon kembali duduk dengan wajah tenang.

"Aku tak tahu apa yang perempuan tu rancangkan. Tapi yang pasti apa yang kau dah buat memang silap besar. Aku tak tahu apa motif Jessica gunakan kau. Aku nak kau berhati-hati lepas ni. Silap kau dah masuk dalam perangkap dia". Dragon menyuruh kesemua anak buah nya keluar dari ruangan tersebut. Mike dipapah oleh dua bawahannya.

*******

Razali memperhatikan keadaan sekeliling.

"Kau yakin nak bunuh dia dekat sini?". Dia berbisik di telinga Jessica.

Jessica mengangguk.

"Aku akan perangkap dia. Aku yakin. Dia akan datang sini untuk balas dendam atas apa yang mamat tu dah buat dekat adik perempuan dia". Jessica tersenyum lebar. Hanya menunggu masa.

"Kenapa kau yakin sangat?".

"Entah. Kalau tak, kenapa dia balik Indonesia?".

Razali terdiam.

"Aku kenal sangat lah sifat orang macam dia. Lagi satu dia dah bunuh ramai orang. Tak mustahil dia akan bunuh siapa saja orang yang berani sentuh harta kesayangan dia. Siapa lagi kalau bukan adik perempuan dia?". Jessica mengatur langkah ke arah keretanya.

Dragon hanya memperhatikan Jessica dari atas melalui jendela. Dia tahu Jessica melihatnya dari tadi. Hanya saja dia tak tahu kenapa Jessica datang melihat bangunannya.

Hotel yang dia bina untuk menyambut tetamu serta memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para VIP. Hotel yang menyediakan pelbagai kelengkapan serta hidangan dari pelbagai jenis negeri dan negara. Tapi siapa sangka, ternyata selama ini Hotel ini menyimpan rahsia besar yang hanya diketahui oleh orang dalam dan mempunyai pengaruh besar. Hotel ini Dragon namakan Hotel Heaven. Antara hotel yang paling berpengaruh pada abad ini.

******

Dhia membelek-belek gambar yang ada dalam website Hotel Heaven. Dia perlu merancang sesuatu dengan lebih teliti. Dia tak boleh silap. Sesekali dia meminta bantuan Zul untuk hack CCTV hotel tersebut.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now