31

97 5 0
                                    

RUMAH KONDOMINIUM HAFIZH, 12:15 PM.

Aku melangkah keluar dari tandas sambil menggulung tuala pada rambut yang basah.

BIP! BIP! BIP!

Bunyi panggilan masuk.

Pantas aku berlari ke arah meja.

Berkerut dahi ku melihat nama yang menelefon ku.

Terpapar nama 'Budak Perempuan' pada skrin telefon. Kenapa dia call? Hari tu aku call reject.

Sengaja aku membiarkan telefon berdering hingga tamat. Kalau dia call semula, aku angkat. Tapi kalau tak, maksudnya dia permainkan aku.

BIP! BIP! BIP!

Kali kedua panggilan masuk.

Tanpa berlengah, aku menjawab panggilannya.

"Ha ada apa kau call ni?"

"Akak"

Akak? Oh ya, aku lagi tua dari dia.

"Ye"

"Akak tak ingat saya ke?"

"Siapa?"

Perlahan suaranya mengeluh di hujung talian.

"Ni saya la.. Iman.. Iman Delisha Binti Kamarudin"

Terkaku aku mendengar pengakuan darinya.

"Kau nak tipu aku ke? Hari tu kau cakap aku salah orang. Kau cakap nama kau Ros"

Aku merengus kasar sambil melangkah ke arah balkoni.

"Panjang ceritanya kak, akak free tak malam ni?"

"Tak pasti lagi. Kenapa?"

Pagar besi yang menempatkan di hujung balkoni ku pegang.

"Kalau free, adik ingat nak jumpa akak"

Aku mengetap bibir menahan geram.

"Sekarang tak boleh?"

"Nanti malam ni bagitahu adik semula tau"

Panggilan ditamatkan.

Kenapa mesti malam? Why? Apa pon aku tak yakin dia ni Iman atau pon bukan. Kalau boleh aku nak jumpa dia secepat yang boleh.

Hah.. What's wrong with you Dhia?

"Assalamualaikum"

Tersentak aku mendengar suara seseorang memberi salam.

"Waalaikumsalam"

Wajah Hafizh ku lihat. Tak seperti biasanya. Lebih kusut dari biasa.

"Awal balik?" Aku melangkah ke arah Hafizh sambil membawa secawan air.

Hafizh duduk di sofa sambil mengeluh panjang. Matanya dipejam rapat.

"Masalah kerja lagi?" Sekali lagi aku menyoal dengan soalan yang lain. Aku mengambil tempat duduk disebelahnya.

Sejak aku berjumpa dengan papa Hafizh. Hari-hari aku terasa seperti terancam apabila melihat wajah Hafizh. Kenapa lah mesti orang tua tu yang jadi ayah mertua ku.

Dari apa yang Hafizh cerita, dia gagal menyelesaikan kes kehilangan dan kematian adiknya. Tapi aku yakin dan sangat yakin bahawa dia masih lagi cuba mencari siapa penculik dan pembunuh si adik.

Agaknya la kan, apa perasaan dia kalau tahu yang aku ni pembunuh?

"Esok pagi aku kena gerak Johor" Hafizh bersuara.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now