10

159 8 0
                                    

RESTORAN MAMAK.

Setelah 10 minit menunggu akhirnya makanan ku sudah sedia terhidang di atas meja.

Isi perut dulu la, sudah lama lidah aku tidak merasa roti canai berkuah kari.

Hampir 4 keping roti canai menjadi sarapan ku yang pertama di Malaysia setelah sekian lama.

Semalam? Semalam tu makanan hospital, mana sedap sebab ada campuran ubat.

"Harap badan je kecil, tapi kuat makan" sekilas aku menjelingnya. Dia tak tahu ke tekak aku dah bosan dengan makanan overseas?

Ah, lantak lah nak cakap apa. Janji aku kenyang.

"Haih, Dhia Dhia" ibu jarinya menyentuh sudut bibirku lalu dilapnya sisa kuah kari.

"Sayang lapar ya, gelojoh sangat makan" lembut usapan jarinya dibibirku.

"Cakap jela comot, aku boleh lap sendiri la" aku cuba menahan malu. Ingat tak malu ke woi! Bahang pipiku dibuatnya. Dah macam duduk bawah panas pula.

Banyak mata memandang kami dari tadi.

Mungkin muka aku macam artis luar negara kot. Hehe.

"Eleh jual mahal, kau nak tambah lagi ke?" bibirnya dilap dengan tisu.

Aku menggeleng laju.

Kalau tambah lagi, jadi ular sawa la aku kat kedai ni. Kenyang sangat pon tak boleh. Nanti otak jadi malas berfikir.

"Aku bayar jap" Hafizh berdiri mengatur langkah ke kaunter.

Pandangan ku teralih pada sekumpulan remaja perempuan yang duduk selang 1 meja dihadapanku.

Gelak tawanya membuatkan ingatan ku dipenuhi dengan bayangan adik perempuan ku.

Entah kenapa, semalam aku mimpikannya.

Dalam mimpi ku, dia menangis meminta pertolongan. Aku cuba mendapatkannya. Tapi semakin aku mendekat, dia semakin menjauh dari ku.

Mungkin mainan mimpi kerana aku terlalu memikirkannya. Ada kata orang, mimpi terkadang berbalik.

Jika kita bermimpi sesuatu yang menyedihkan, itu bermaksud ianya berita gembira.

"Jom" suara Hafizh menyedarkan ku dari lamunan.

Lantas aku berdiri lalu membontoti Hafizh.

Masuk saja ke perut kereta, badan aku sandarkan di kerusi.

Tak sabar hendak pulang kemudian tidur dikatil mewah Hafizh.

"Kita pergi mall" kereta meluncur laju menuju ke destinasi.

Alaaaa, baru nak tido..

Kereta Toyota Vios berhenti apabila sudah masuk ke dalam petak parking.

Aku melangkah keluar dari perut kereta. Keadaan riuh rendah di lot parking tingkat 1. Boleh tahan ramai la juga manusia dekat sini. Mungkin sebab hujung minggu kot.

"Jom sayang" lembut Hafizh meraih tangan ku. Hafizh menggenggam erat tanganku sepanjang perjalanan masuk ke dalam mall.

Aku sekadar turuti saja perilakunya selagi ianya tidak mengganggu ku.

Lagi pun, kami sudah sah menjadi suami isteri. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Normal lah suami pegang tangan isteri time jalan-jalan.

Eh kejap. Suami? Aku dah boleh terima dia sebagai suami aku ke? Boleh terima atau tak boleh terima aku dah sah dah pon jadi isteri dia.

Ingat lagi pesan arwah ibu.. Kalau sudah mempunyai suami, taat lah pada suami. So, nak tak nak. Follow jelah labu.

Langkah Hafizh terhenti dihadapan kedai pakaian. Satu persatu dia membelek baju di rak gantung. Sesekali dia menyoal ku.

"Ok tak yang ni?" sehelai baju blouse berwarna maroon ditayangkan pada ku.

Atas bawah mata ku memandangnya.

"Mana ok, kau lelaki tak sesuai baju macam ni" spontan jawapan ku sambil mata ku meliar melihat keadaan sekeliling. Mana tahu ada jual makanan yang sedap-sedap. Wahh mentang-mentang dah bebas. Makan je kerja aku. Hoho.

Riak wajah Hafizh bertukar mendengar jawapan spontan ku.

"Bukan untuk aku, untuk kau lah wahai isteri" Hafizh mencubit pipiku yang gebu dan comel ini. Cewahhhh. Hahaha.

"Adududu! aku gurau jelah"

Melihat pipi ku sudah memerah, dia segera melepaskan cubitannya.

"So confirm yang ni?" Hafizh kembali menyoal ku dengan nada serius.

Laju kepala ku angguk sambil mengusap pipi ku. Main kasar betul mamat ni.

"Tunggu jap, aku bayar. Jangan lari pulak! Kau lari, siap kau" Hafizh mencuit lembut hujung hidung ku.

Aku tak larinya lah. Aku menjeling kecil ke arahnya.

Sambil-sambil aku menunggu, sempat aku membelek telefonku. Wow! Sekarang ada pistol baru dikeluarkan oleh ahli BB. Boleh tahan juga damage dengan kelajuan peluru pistol ni.

Aku scroll lagi skrin telefon ku.

Tergelak kecil aku melihat gambar yang dimuat naik oleh Zul yang sedang bercuti dengan Jack.

Caption= With boyfriend😍

Hahahahaha suka betul Zul menyakat Jack. Untung Zul menjadi pekerja terbaik Jack. Walaupun umur kami hanya berbeza 2 tahun, tapi Zul cukup menghormati ku. Nasib kami juga sama, iaitu diambil dari perumahan anak yatim piatu.

Kebanyakkannya ahli bawahan BB banyak diambil dari perumahan anak yatim piatu. Tak mempunyai ibu bapa diusia kecil. Tidak mempunyai sedara mara terdekat, senang cerita. Kami ni hanyalah budak yang tiada nilai dimata mereka. Oleh itu mereka berpura-pura mengambil kami sebagai anak angkat. Kemudian menukar nama kami dan segala maklumat kami sepanjang kami menjadi bawahan BB.

Begitu besar kuasa BB sehingga kan pihak polis luar negara juga tak dapat bercampur tangan.

Zul telah diambil dan dibesarkan oleh Jack. Mungkin kerana itu Zul setia dengan Jack, walau terkadang Jack berkasar dengan Zul kerana gagal melakukan misi semasa bertugas dengan ku. Zul tetap menghormati Jack. Bagus budak Zul ni.

Walaupun Zul sering tersenyum dan tertawa. Aku tahu semua tu hanyalah lakonan semata. Tipulah kalau tiada manusia Yang ingin hidup bebas. Sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal juga mahu kebebasan, inikan manusia yang mempunyai akal.

Aku pernah juga mengajaknya untuk keluar dari BB, tapi tulah. Dia kata dia tak mahu mengkhianati Jack. Dia sudah menganggap Jack sebagai ayahnya.

Kata terakhirnya, 'aku rela mati untuk Jack daripada aku membunuhnya'.

Zul kira beruntung dijaga dengan baik oleh Jack. Jack juga hanya berkasar jika Zul melakukan kesalahan.

Lain pula dengan nasib ku, Fiq dan Syila.

Walaupun kami diambil dari rumah anak yatim piatu yang berbeza, tapi hubungan kami sudah seperti adik-beradik. Mungkin kami dibesarkan oleh Rudy.

Cara didikan Rudy jauh berbeza dengan Jack.

Hampir setiap hari kami dipukul, diseksa.

Selagi dia tak mendapatkan kepuasan melihat kami kesakitan, selagi itu dia membelasah kami tanpa belas kasihan. Kata Rudy, ianya sebahagian daripada latihan.

Memang iblis bertopengkan manusia.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now