29

103 6 0
                                    

KAWASAN PERUMAHAN BANGLO MEWAH, KAJANG. 9:30 PM.

Hampir ke sepuluh kalinya aku mengatur pernafasan ku agar tenang.

Walaupun ini bukan kali pertama aku berjumpa lelaki yang lebih tua. Tapi inilah kali pertama untuk aku berjumpa lelaki yang bergelar 'ayah mertua'.

Damn!

Aku still nervous!

"Dhia Delisha"

Sekelip mata tumpuan ku beralih pada Hafizh.

"Jangan la gemuruh sangat. Papa aku bukan orang jahat pon. Kalau kau nak tahu, papa happy gila dapat tahu anak sulung dia dah kahwin" Hafizh memegang erat kedua tanganku.

"Tapi kenapa baru sekarang nak bawa aku jumpa ayah kau? I mean PAPA"

"Papa bercuti sambil bekerja dekat Paris.  Sebelum kita berjumpa lagi papa memang dah ada dekat sana. Rasanya dah setahun lebih kot papa kat sana" Hafizh menarik ku lembut melangkah ke arah pintu utama.

"Btw papa kerja apa?"

"Erm, papa ada banyak syarikat dekat luar negara. Papa ada 1 Beach Resort dekat Hawai. Tak silap papa ada kot 1 hotel dengan rakan kongsi dia"

Hafizh menolak daun pintu utama hingga terbuka luas.

Terlihat lah kemewahan dan kemegahan dalam banglo tersebut. Perabot mewah yang tersusun rapi memang berjaya menawan hati para tetamu yang melihat.

"Hello anak papa" suara garau seorang lelaki tua menyapa kami.

Serentak kami menoleh ke arah suara itu.

Senyuman terukir di bibirnya.

"Papa!" laju Hafizh berlari anak ke arahnya.

Hafizh mencium tangan si ayah. Kemudian mereka berdua memandang ke arah ku sambil tersenyum.

"Sayang, sini cepat salam papa"

Aku hanya akur dengan perintah Hafizh.

Tangan si lelaki yang bergelar mertua aku cium.

Aku mengangkat wajah melihat wajah ayah mertua ku. Senyumannya mendatangkan senyuman sinis dibibirku.

"Jom makan, kak ita dah masak dah tu. Sejuk nanti tak sedap pula kan"

Kami mengikuti langkah papa Hafizh ke meja makan.

                                  *****

"Kau ni Hafizh, suka-suka je kan paksa orang kahwin? Nasib baiklah si Dhia ni single lagi. Buat-buat lah dia bini orang, kau juga yang susah nanti" bebel Papa Hafizh. Cukup lembut caranya berleter.

Tergelak Hafizh mendengar bebelan si papa.

"Isteri Hafizh senyap je. Malu dengan papa ke?"

Of course lah! Aku hanya mampu tersenyum je bila dengar soalan macam tu.

"Papa borak la dulu dengan Dhia. Hafizh ke tandas jap. Lepas makan ni rasa nak membuang pula" . Pantas Hafizh melangkah ke arah hujung ruangan dapur.

Sebaik saja susuk tubuh Hafizh hilang dari pandangan. Lelaki dihadapan ku atau lebih tepat ayah mertua ku mula membuka perbicaraan.

"Lama tak jumpa, Silent Cat" sinis dia memandang ku.

Serta merta aku memberhentikan kunyahanku. Kedua mata ku langsung tidak memandangnya.

"Tak sangka kan? Anak aku boleh tertarik dengan pembunuh upahan macam kau"

Mendengar perkataan pembunuh secara automatik kedua mata ku teralih padanya.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now