Aku mengetuk perlahan daun pintu bilik kerja Hafizh.
Jam didinding sudah menunjukkan hampir 12:30 am.
Pulang saja dari kerja, Hafizh mengucup dahiku lemah sebelum masuk kedalam bilik kerjanya. Bukan baru hari ni dia berkelakuan sebegitu. Hampir 3 hari kelakuannya berubah. Pulang dengan wajah kepenatan. Mungkin kerjanya yang terlalu menimbun.
Sekali lagi aku mengetuk daun pintu, masih tiada sahutan. Ku pulas perlahan daun pintu. Pintu terbuka sedikit.
Terpegun sekejap aku melihat bilik kerja Hafizh.
Kemas dan teratur. Fail dan beberapa buku yang tebal isinya tersusun rapi di almari. Biliknya juga dilengkapi dengan set pc dan ps5. Wow, minat main game juga dia ni.
Sepasang mata ku lama memerhati susuk tubuh lelaki sedang terbaring di sofa yang memuatkan 3 orang.
Aku merapatinya.
Fail di tangannya ku capai. Laptop yang berada di meja kecil masih menyala memainkan satu video laporan.
Aku menatap wajah Hafizh yang lena tertidur. Lama.
Sejujurnya Hafizh bukan lelaki idaman ku. Tetapi sikapnya terkadang berjaya melembutkan hati ku. Wajahnya juga tidak kurang tampannya.
Tambahan pula wajah tidurnya cukup menenangkan hati ku.
Tanpa aku sedar bibirku mengukir satu senyuman.
Segera aku sedar dari menatap wajah Hafizh.
Kau dah kenapa Dhia?
"Hafizh bangun, sakit badan nanti tidur sini" bahunya ku tolak sedikit.
Matanya masih tertutup rapat, tiada respon darinya.
"Bangunlah..tidur dalam bilik jom" kali ni bahunya ku tolak sedikit kuat.
Hafizh mula membuka kelopak matanya secara perlahan-lahan. Segera dia duduk sambil mengosok matanya.
"Pukul berapa sayang?" serak basah suaranya bertanya. Matanya hanya terbuka sedikit menahan silau terhadap cahaya lampu yang terang setelah tidur.
"Hampir pukul 1" aku duduk bersila di lantai.
Terkejut Hafizh mendengar jawapan ku.
"Really!?"
Aku mengangguk tenang.
Hafizh melepaskan keluhan berat. Matanya terpejam rapat. Diraup lemah wajahnya berkali-kali.
"Hafizh.." aku berdiri lalu mendekatinya.
Dia memandang wajahku tanpa menjawab sahutanku.
Tangannya ku pegang lalu ku tarik lembut keluar dari bilik kerjanya kemudian menuju ke bilik tidur.
Hafizh sekadar turuti tanpa bantahan.
Aku menyuruhnya mandi sementara aku menyediakan pakaiannya.
Selesai mandi, Hafizh memakai bajunya kemudian mencari ku di dapur. Aku menyiapkan beberapa keping roti dan secawan teh lemon di atas meja.
Tanpa menunggu, laju Hafizh menyuapkan sekeping roti ke dalam mulutnya. Aku tahu dia belum makan malam lagi. Seharian sibuk bekerja.
Ini bukan bermaksud aku mula cintakan dia. Aku sekadar melayani dia baik kerana dia sudah memberi ku tempat berteduh, makan dan minum, pakaian, kenderaan dan seangkatan dengannya. Walaupun secara realitinya aku mampu membelinya semuanya sendiri.
Aku tidak mengeluarkan sebarang kata padanya begitu juga dia.
Seusai makan, aku mengajaknya masuk semula ke bilik tidur.
YOU ARE READING
ASSASSIN GIRL✅
ActionSeorang gadis yang bekerja sebagai Assassin dipelbagai negara telah kembali ke tanah airnya Malaysia setelah bertahun dia terpaksa berkhidmat dengan ahli BB singkatan bagi BlackBlood. Silent Cat adalah gelaran untuk nya. Dunia ini terlalu kecil ba...