Kuala Lumpur, 12:30 AM/tengah malam.
"Akak! Bangun akak!". Tubuh Dhia dingoncang berkali-kali.
Perlahan-lahan Dhia mula sedar. Kepalanya terasa berat. Tubuhnya lemah.
"Iman.. Iman ok?". Soalan pertama yang keluar dari mulut Dhia.
Iman mengangguk lemah sambil membantu Dhia untuk duduk.
"Berapa lama akak pengsan?".
"Sehari".
Patut la badan aku rasa lemah.. Kepala aku pon rasa sakit.
Keadaan bilik sedikit gelap. Hanya diterangi cahaya lampu yang malap.
Dhia cuba melihat sekeliling. Matanya tertumpu pada tingkap tandas yang tertutup rapat.
"Akak.. Iman takut.. jom la kita keluar dari sini". Wajah Iman berkerut menahan tangis.
"Iman, sshh!!! ada orang datang". Dhia berbisik sambil matanya fokus memerhati daun pintu.
Serta merta Iman membisu. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan.
Krekkk!!!
Bunyi pintu dibuka.
Daun pintu ditolak dari luar. Masuk 2 orang lelaki berbadan tegap menghampiri Dhia dan Iman. Tanpa berlembut, mereka mengikat tangan kedua beradik tersebut.
"Jalan!!". Mereka menolak kasar bahu Dhia.
Dhia tiada pilihan. Dia mengikuti segala arahan mereka.
Langkah Dhia sedikit perlahan dikeranakan kakinya telah ditembak oleh Mike tempoh hari.
******
Langkah mereka terhenti di hadapan daun pintu besi yang memerlukan password untuk masuk.
Salah seorang lelaki yang membawa mereka memasukkan password. Beberapa saat kemudian, pintu besi terbuka.
"Masuk!!". Tubuh Dhia dan Iman ditolak kasar dari belakang.
Sempat Dhia memalingkan wajah sambil merenung tajam ke arah lelaki yang menolaknya tadi.
"Woi!! Kau pandang apa?!". Mike menengking sambil mengatur langkah mendekati Dhia.
Mike menarik kasar rambut Dhia.
Buk!!
Mike menendang perut Dhia dengan kepala lututnya.
"Ugrh!!". Dhia tertunduk. Sakit yang luar biasa dia rasakan. Mungkin kerana badannya lemah dan tak bertenaga.
Genggaman pada rambut Dhia dilepaskan. Serta merta Dhia terjatuh duduk melutut di lantai.
"Akak!". Iman mendekati Dhia.
"Jantan tak guna!".
Pangg!!
YOU ARE READING
ASSASSIN GIRL✅
ActionSeorang gadis yang bekerja sebagai Assassin dipelbagai negara telah kembali ke tanah airnya Malaysia setelah bertahun dia terpaksa berkhidmat dengan ahli BB singkatan bagi BlackBlood. Silent Cat adalah gelaran untuk nya. Dunia ini terlalu kecil ba...