5

199 10 0
                                    

Rumah kondominium,Kuala Lumpur. 8:45AM.

Aku memandu kereta bergerak keluar dari kawasan parking.

Sepanjang pemanduan ku, fikiran ku asyik memikirkan kejadian semalam.

Flashback semalam.

"Marry me,Erin?" aku melutut melamar kekasih ku Erin.

Hampir 3 tahun kami bercinta. Sudah tiba waktunya aku melamarnya.

"Hahaha, you ni. Memang suka buat lawakla" Erin menolak lembut bahuku.

"I'm not joking Erin. Saya serius" aku memandang wajahnya serius.

Tawa Erin terhenti setelah melihat wajah ku.

Aku berdiri kemudian memegang erat kedua tangannya.

"I want to marry you, I'm serious Erin" ujar ku dengan penuh keikhlasan.

Baru sahaja aku ingin menyarungkan sebentuk cincin permata pada jarinya, pantas dia menarik kedua tangannya dari genggaman ku. Lalu mengundur sedikit kebelakang.

Tiada senyuman di bibirnya.

Erin memandang ku dengan wajah jijik.

"Why Erin?" aku selangkah mendekatinya.

"Jangan dekat! Aku jijik!" Erin menjerit ke arah ku.

Aku seakan terkejut mendengar perkataan itu dilontarkan padaku.

"Aku taknak kahwin dengan kau! Aku jijik! Aku tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan kau! Berambus!" Jerit Erin sambil menolak ku.

"Saya ada buat salah ke Erin?" aku cuba bertenang. Kawal emosi kau Hafizh.

Erin tergelak.

"I berkawan dengan you just suka-suka je. You je yang beria dengan i. Oh, come on Hafizh. Open your eyes! Jangan jadi bodoh" Erin menunjul dahi ku dengan jari telunjuknya.

Aku hanya terdiri kaku.

"By the way, thank you for today. Ops! I mean last day" Erin memusingkan badannya kemudian melangkah pergi meninggalkan ku.

"Oh Erin, aku yang patut bersyukur sebab tak perlu berkahwin dengan perempuan macam kau"

Kini aku berjalan kaki meninggalkan Erin.

Mungkin nanti kekasih barunya yang akan menjemputnya. Sempat aku mendengar percakapan nya dengan seseorang didalam telefon.

Aku tak pernah bercinta dan dialah kekasih pertama ku.

Aku ditipu dan dikhianati olehnya.

Tapi aku tak merasakan kesedihan atau kekecewaan.

Sebaiknya aku merasa lega dan bebas.

Mungkin aku perlu belajar banyak lagi soal percintaan.

Aku tergelak kecil.

"Haih Hafizh Hafizh.. Dah tua pon tak pandai bercinta lagi. Papa tak habis-habis minta menantu. Nanti dah ada menantu, dimintanya pula cucu. Hahaha"

Tawa ku terhenti apabila pandangan ku teralih pada susuk tubuh seorang perempuan.

Duduk berseorangan di stesen bas.

Makin aku perhatikan.

Menangis? Dia menangis sebab kena tinggal bas ke? Eh mana ada bas waktu macam ni.

Dia mengenakan baju shirt lengan panjang dan seluar slack.

Tengok dari pakaian dia, simple. Tak pandai bergaya betul.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now