17

130 5 0
                                    

KUANTAN, 3:15 PM.

Akhirnya kami tiba di Kuantan. Hampir 3 jam aku memandu.

Kalau ikut perangai aku bila kerja, memang semalam aku ke Kuantan. Dhia pula demam. Puas aku paksa agar dia berehat. Tapi dia tetap bersikeras ingin ikut. Mahu tak mahu, aku terpaksa cuti kerja sehari untuk menjaganya.

"Uhuk!huk!" batuk Dhia menyedarkan aku dari lamunan.

"Sayang! Kan dah cakap, tak sihat lagi jangan ikut"

Geram pula dengan si isteri ni. Keras kepala betul!

"Don't worry.. Huk! Huk!" Dhia memicit pelipisnya perlahan.

Aku menghulurkannya minyak cap kapak.

Setelah hampir setengah jam mencari alamat rumah yang diberikan oleh Linda, akhirnya aku tiba disebuah rumah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.

Aku mengeluarkan sekeping gambar dari  fail lalu aku lihat persamaan rumah tersebut dengan gambar yang Linda berikan. Agak sama cuma warna rumah berbeza. Mungkin tuan rumah masih sama. Kerana kereta wira aeroback warna silver masih berada di tempat sama seperti dalam gambar.

"Jom" Dhia menepuk bahu ku.

Kami berjalan seiring ke arah rumah.

"Assalamualaikum" pintu diketuk.

"Waalaikumsalam" salam ku dijawab dari arah belakang.

"Kau berdua ni cari siapa?" kasar nada soalannya. Lelaki yang sudah lingkungan 60 tahun sedang berdiri sambil sebelah tangannya memeluk erat seekor ayam jantan.

"Ni rumah Encik Rahim ke?"

"Hah?!! Encik Rahim?!" tinggi suaranya setelah mendengar nama itu. Mukanya seakan tidak berpuas hati. Kejap, aku salah rumah ke?

Aku dan Dhia saling berpandangan.

"Jadi saya salah ru...

"Kau tak payah nak ber 'Encik-encik' dengan aku. Panggil aku Pak Rahim" dia mendekati ku lalu menghulurkan ayam jantan ditangan padaku. Dengan spontannya aku menyambut hulurannya.

Pak Rahim mengatur langkah ke arah pintu utama. Dia mengeluarkan sejambak kunci dari poket seluar. Lalu dia hanya menolak daun pintu tanpa menggunakan kunci yang dikeluarkannya tadi.

"Eh, Pak Rahim tak kunci pintu?" Dhia menyoal sambil mengusap ayam yang aku pegang.

"Tak pun, bukan ada harta pun dalam rumah aku ni" tenang Pak Rahim melangkah masuk ke dalam rumah.

"Kenapa Pak Rahim keluar kan kunci tapi tak guna pun" sekali lagi Dhia menyoal sambil mengekori langkah Pak Rahim.

"Oh, tu aku saja nak menunjuk yang aku ni banyak kunci. Hahaha"

Aku dan Dhia berpandangan mendengar jawapan spontan Pak Rahim. Kuat melawak juga Pak Rahim ni.

"Lah, kenapa diam? Gelak lah sekali. Hahaha" Pak Rahim mengambil semula ayamnya dari tangan ku.

Aku hanya tergelak halus, manakala Dhia hanya tesenyum nipis. Layankan ajelah..

Pak Rahim menjemput aku dan Dhia untuk duduk. Tiada sofa mahupun kerusi kayu. Kami berdua duduk bersila dilantai yang beralaskan tikar getah.

Dia menghulurkan sebotol mineral buat aku dan Dhia.

"Dah lama rumah aku ni tak ada tetamu. Sejak arwah bini aku tak ada, mana ada dah orang datang jenguk aku" Pak Rahim duduk bersila dihadapan kami. Dia membakar sebatang rokok dimulut.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now