12

155 8 0
                                    

Rumah Hafizh, 12:30 am.

Jauh aku termenung ke luar tingkap.

Jadi Hafizh tidak mengetahui siapa aku selain Dhia Delisha. Semua maklumat aku benar-benar telah diubah oleh Black Blood. Dari aku diambil anak angkat, hingga lah aku sering berpindah sekolah?. Hahaha sedangkan, aku telah dilantik untuk menjadi assassin dari kecil. Diusia muda seperti itu, telah diajar untuk memegang pistol dan senjata tajam. Semua seni bela diri telah aku pelajari. Sampai saja di Malaysia, Hafizh membuat andaian bahawa aku lari dari keluarga angkat kerana tak tahan sering berpindah tempat. Hahaha.. Akhir sekali aku menjadi isteri seorang detektif.

Ya benar, aku dah membuat keputusan yang salah. Tapi apa boleh buat, takdir aku seperti ini. Dalam masa terdekat ni, hampir juga aku menunjukkan skill seni bela diri. Nasib baik Hafizh tidak mencurigai apa-apa.

Aku harus berhati-hati dalan setiap langkah. Detektif bukanlah seseorang yang kita boleh pandang remeh. Jika aku sebagai pembunuh boleh menyediakan persiapan secara terperinci, mustahil seorang detektif tak mampu merungkai segala muslihat kerana itulah kerja seorang detektif.

Sudah 2 bulan berlalu sejak kali terakhir aku keluar bersama Hafizh.

Selesai membeli baju, Hafizh mengajakku ke Gunung Ledang, Tangkak. Dapat la juga aku bermandi manda disana. Setelah sekian lamanya aku tak merasakan ketenangan yang sebenar.

Walaupun diluar negara mempunyai banyak kawasan yang indah. Tetapi aku tetap merasa kosong.

Sewaktu disana, ketenangan tetap aku tak perolehi. Entah aku harus cari dimana.

Tetapi sewaktu aku bermandi manda bersama Hafizh di Gunung Ledang, aku dapat merasakan sesuatu yang tak pernah aku rasakan. Perasaan yang membuat jiwa aku tenteram, tenang, bebas.

Tapi itulah kali pertama dan terakhir aku merasa tenang dan tenteram.

Sekarang ni? Sekarang ni.. 

Tak guna punya Hafizh. Sehari je dia bawa aku jalan-jalan. Lepas tu dia tinggalkan aku dekat rumah sorang-sorang! Sehari dua aku boleh tahan lagi. Ini dah masuk 2 bulan!

Ingat aku ni anak patung ke? Hampir kesemua movie dalam Netflix sudah ku tonton. Untung rumahnya ada memasang saluran Netflix. Boleh aku tengok di skrin besar Tv.

Walau macam mana pon aku dah bosan duduk terperap dekat rumah!

Aku nak keluar jalan-jalan pon dia halang! Risau kena culik lah, lepas tu kena jual di Thailand lah.

Nasib baik terkadang Mimi datang menemani ku. Kalau tidak, bertambah bosanlah jawabnya.

Aku duduk di sofa ruang tamu sambil melihat skrin telefon ku.

Aplikasi kenalan ku tekan ingin menelefon Mimi untuk menemani ku hari ni. Mataku tertangkap satu nama kenalan 'Budak Perempuan'.

Perlu ke aku telefon dia? Sebulan lalu aku call dua kali dia tak angkat. Kali pertama tak diangkat, kali kedua dia reject. Lepas tu aku malas dah nak call. Tapi rasa macam nak call pula hari ni. Nanti kena reject lagi, hahaha.

Tapi dalam masa yang sama, aku nak juga tahu siapa dia. Terlebih lagi, dia bagi no telefonnya. Itu bermaksud dia mempunyai alasan tersendiri.

Yang pasti wajahnya saat itu seolah ketakutan dan seperti tergesa-gesa.

Flashback Dhia

"Lain macam betul ex girlfriend Hafizh.  Tak sesuai langsung. Memang patut jadi ex pon. Tengok perangai macam over sangat. Make up pon dah berapa inci tak tahu. eh aku jeles ke? Sikit lah.. Haha" bisik ku sebelum melangkah masuk kedalam tandas.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now