6

193 12 0
                                    

Kuala Lumpur, 10:49AM.

Dia ni taknak bercakap ke? Ke dia malu sebab aku terlalu kacak?

"Ehem" aku berdehem cuba menarik perhatiannya.

Sedikit pon dia tidak menoleh ke arah ku. Malah kali ini dia memeluk tubuh sambil bersandar di kerusi kereta Toyota Vios ku.

"Aku sorang je ke dalam kereta ni?" aku berpura-pura melihat sekeliling kereta.

"Kau nak bawa aku ke mana ni? Arahan apa yang kau ingin aku turuti?" soalnya sedikit dingin.

Marah kot.

Tapi ada aku kisah? Bila-bila masa aku boleh bawa dia ke polis.

"Mudah je arahan aku ni. Dengar baik-baik" nada aku bertukar serius.

Dapat aku lihat dari ekor mataku, dia mula membetulkan duduknya.

"First, nama aku Hafizh Gibran. Arahan aku mudah je, kahwin dengan aku" tenang aku bertutur sambil mata ku tetap fokus dengan pemanduan.

"What!? Kahwin? Dengan kau!?" membulat matanya memandang wajahku yang tampan ini.

"Kenapa?" kini kedua mata aku teralih pada wajahnya.

Walaupun dia masih mengenakan pakaian pesakit hospital, tapi bagi ku dia tetap terlihat cantik. Hihihi.

Sementara menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau. Aku merenung tajam ke dalam anak matanya.

Wajahnya masih lagi terkejut mendengar perkataan yang baru saja aku katakan.

Siapa je tak terkejutkan, tak kenal apa-apa tiba-tiba ajak kahwin. Hahaha. Kalau aku, aku pon terkejut. Tapi aku kena kahwin juga dengan dia. Itu je satu cara untuk aku melindungi dia.

"Aku taknak kahwin dengan kau!" wajahnya mula memerah menahan marah.

Alahai marah pon cantik, suka pula aku tengok kemarahan dia ni.

Aku tersenyum nipis ke arahnya.

"Yakin?" soalku menginginkan kepastiannya. Sengaja aku bersoal dengan nada sinis.

Dia sekadar menganggukkan kepalanya.

Lampu isyarat bertukar hijau, menandakan aku sudah boleh memulakan semula perjalananku.

Laju aku memusingkan stereng kereta ku untuk membuat U-Turn.

Selang beberapa minit, aku berhenti di sebuah BALAI POLIS BESAR KUALA LUMPUR.

Aku memandang semula wajah si cantik di sebelah ku ini.

"Jom, ini pilihan kedua yang kau mahukan" aku melepaskan tali pinggang keledar. Pintu kereta ku buka, sengaja aku membuat aksi ingin keluar dari kereta.

Pantas lengan ku dipegang kuat oleh si cantik disebelahku.

Aku memandang wajahnya yang kini terlihat sedikit pucat.

"Apa lagi? Kau taknak kahwin dengan aku kan? So turun lah! Aku hantar kau ke balai" aku sengaja meninggikan suara ku. Ingin melihat reaksi nya.

Tersentak dia mendengar suara ku.

Terkejut pon comel! Aish!

Aku cuba menahan senyuman ku.

"Kau dengar tak Dhia?!"

"OK!OK! Aku kahwin dengan kau!"

Senyuman ku melebar mendengar jawapannya.

Ketakutan sampai pucat bibir dibuatnya. Kesiannya bakal isteri ku ni.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now