38

106 6 0
                                    

Seminggu berlalu setelah mereka berjaya menyerbu gudang yang telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Gudang tersebut telah beroperasi selama setahun lebih.

Seramai 38 lapan orang yang terlibat telah ditahan. Pihak polis juga berjaya merampas hampir 90 ribu bungkusan dadah yang berkemungkinan akan diedarkan pada pengedar yang lain.

BALAI POLIS KUALA LUMPUR, 10:15AM.

Tuan Hassan tersenyum melihat hasil kerja Muiz dan Linda.

"Syabas Muiz, Linda" pujian ringkas keluar dari mulut Tuan Hassan.

Senyuman terukir dibibir.

"Tapi ada satu hal yang saya nak tegaskan". Serta merta keadaan bilik Tuan Hassan menjadi tegang.

Muiz dan Linda berpandangan. Mereka tahu maksud Tuan Hassan.

"Disebabkan kecuaian pihak lain, kita terlepas seorang lagi penjenayah yang sering disebut-sebut sebagai Ros"

Kata-kata Tuan Hassan menyebut Iman sebagai jenayah berjaya menekan emosi mereka berdua.

Benar Iman adalah penjenayah. Tapi dalam situasi sekarang ni, semuanya terbalik. Kalau bukan sebab kerjasama Iman dan Dhia, mereka tak akan berjaya melakukan penangkapan sebelum ini. Semuanya berkat dua beradik tersebut.

"Saya nak, kamu berdua lebih serius kali ni. Itu saja"

"Baik Tuan". Serentak Muiz dan Linda melangkah keluar dari bilik pejabat Tuan Hassan.

Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut mereka. Perlahan-lahan mereka melangkah keluar dari balai lalu menuju ke kereta Honda milik Muiz.

Pintu kereta dibuka kemudian pantas masuk ke dalam perut kereta.

Muiz menghidupkan enjin kereta.

Selang beberapa minit. Mereka melepaskan keluhan secara serentak.

"Saya dah cakap Tuan, jangan terburu-buru buat perancangan". Linda mengerut dahi. Dia berpeluk tubuh.

"Masalahnya budak tu tak ikut plan kita. Salah aku juga ke?". Sekilas Muiz menjeling Linda disebelahnya. Alangkah bengang rasanya bila dia dipersalahkan. Padahal, dia sudah rancang sebaik yang mungkin untuk mengaburi mata kedua pihak supaya tiada sebarang kecurigaan.

"Huh!". Linda mendengus kasar. Geram ada, sakit hati ada. Senang cerita semualah!.

"Amboi, dah pandai marah eh sekarang?. Depan Hafizh bukan main lagak professional. Puih!". Spontan Muiz mengerling. Lirikan matanya tak kalah seperti perempuan sedang melihat musuhnya.

Linda membalas kata-kata Muiz dengan cara menjuih bibir sambil kedua matanya dijulingkan.

***

JOHOR, 11:55 AM.

Hafizh mengeluh. Matanya meliar mencari susuk tubuh Rafael yang sudah lama menghilang.

Air kopi pahit dihirup laju hingga licin.

Setelah 5 minit berlalu, matanya mula menangkap susuk tubuh si Rafael yang jalan bersahaja ke arahnya.

Kedua tangannya penuh dengan bungkusan beg kertas yang tertulis pelbagai jenis jenama kasut dan baju.

"Yo!". Tenang Rafael menegur Hafizh. Senyuman dibibirnya melambangkan perasaan hatinya yang sekarang ni.

"Apa ni?". Hafizh sekilas menjeling tajam beg kertas di tangan Rafael.

"Oh ni ke? Aku baru beli tadi, ada promosi bro hari ni. Kau tak nak-

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now