37

99 7 0
                                    

26, Haribulan. BALAI POLIS BESAR KUALA LUMPUR, 9:30PM.

Akhirnya hari yang Muiz nanti-nantikan telah pon tiba.

Hampir setengah jam Dhia menunggu Muiz dan Linda yang bersiap-siap untuk tangkapan malam ni.

Tak lama, kelibat Muiz dan Linda keluar serentak dari balai polis tersebut.

Mereka berdua berpakaian biasa tetapi berwarna hitam. Langkah mereka terhenti setelah berada dihadapan Dhia.

"Aku nak gerak dah ni. Kau tunggu dekat rumah Linda". Muiz menekan remote kereta. Wajah serius menghalau Dhia agar tak terlibat dalam kerjanya kali ni.

Dhia menggenggam erat kedua tangannya.

Aku dah agak. Dia takkan bagi aku terlibat punya. Dia ingat aku ni budak-budak lagi ke?

Dhia mengetap bibir menahan geram.

"Aku ikut"

Pergerakan Muiz dan Linda terhenti setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dhia.

Muiz mengalih pandangannya pada Dhia.

Mereka bertatapan mata. Masing-masing mengeluarkan aura dingin.

Hampir seminit mereka berlawan mata. Sehinggalah Muiz berkedip.

"Hahaha, aku suka tatapan mata kau". Muiz tergelak sinis. Walaupun dia kalah dalam perlawanan mata tadi. Dia cuba berlagak tenang.

Dhia tak mengeluarkan sebarang suara. Matanya masih lagi memandang dingin wajah si Muiz.

"Tatapan mata yang bermaksud kau sanggup buat apa je untuk dapatkan apa yang kau mahukan". Senyuman sinis terukir dibibir Muiz.

Tanpa berlama, Muiz membalikkan badannya kemudian melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Tunggu apa lagi, kita tak banyak masa" Muiz bersuara ke arah Dhia sambil menghidupkan enjin keretanya.

Pantas Dhia berlari masuk ke dalam perut kereta.

Kereta Honda Civic meluncur laju keluar dari kawasan Balai.

****

LOKASI GUDANG 1, 11:45PM.

Mereka bertiga berjalan kaki masuk ke dalam kawasan hutan. Akhirnya mereka sampai di kawasan gudang lama, setelah hampir 3-4 km mereka berjalan kaki.

Mereka bersembunyi disebalik semak-samun.

Kaca mata night version ditanggalkan.

Muiz mengarahkan agar Linda dan Dhia masuk melalui pintu belakang. Manakala Muiz akan bersendirian melalui pintu tengah.

Pintu utama telah dijaga ketat oleh 5 orang lelaki yang memakai topeng mulut. Masing-masing memegang senjata sejenis AKM dan Shotguns.

Linda membuat simbol pangkah dari lengannya. Dia tak mahu bersama dengan Dhia.

Muiz menepuk dahi. Padahal sudah dia rancang sebaik yang boleh. Tapi malah ada bantahan pada hujungnya.

Dhia bangun dari duduknya. Dia mengoyakkan kedua lengan bajunya lalu dia gulung dan ikat di kedua bahagian tapak tangannya.

Rambutnya yang diikat ekor kuda dikemaskan.

Dhia memberi isyarat bahawa Muiz bersama Linda manakala dia akan masuk secara solo melalui pintu belakang.

Membulat mata Muiz melihat isyarat dari isteri sahabatnya. Biar betul perempuan ni.

"Kau dah gila ke?!". Muiz menarik lengan Dhia sambil menyoal kasar secara berbisik.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now