25

124 6 0
                                    

"Masa aku berumur 11 tahun. Malam tu, aku baru balik mengaji. Ada sebuah kereta ni meluncur laju arah aku dan mak aku"

***************************************

"Khairul!!!!!!" Puan Ani menolak Khairul ke rumput.

Khairul selamat dari dilanggar. Sebagai ganti, Puan Ani yang menjadi mangsa.

"Mak!!!!!!!" Khairul berlari sekuat mungkin ke tempat dimana Puan Ani tercampak.

Dipeluk erat wajah si ibu yang berlumuran darah. Jujur dia loya melihat darah yang terlalu banyak. Tapi hatinya sakit melihat keadaan ibunya yang parah.

"Khairul..." lemah si ibu menyebut nama anaknya buat kali terakhir.

Kedua kakinya remuk dan hancur. Terlihat jelas tulang kaki patah terkeluar dari isi.

Khairul menatap wajah ibunya. Air mata jatuh berguguran.

"Jaga a..yah ya nak. Ja..jadi anak yang baik.. Jangan susahkan Ayah tau.." tersekat-sekat suara Puan Ani.

"Makk! Jangan tinggalkan Khairul! Khairul sayang mak! Khairul taknak mak lain. Khairul nak mak sorang je!" dipeluk erat tubuh si ibu.

"Mak sayangkan Khairul.. Ja..ga diri baik-baik.." Puan Ani mengusap lembut pipi anaknya sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Dia sempat tersenyum sebelum kedua matanya tertutup buat selamanya.

"Mak? Mak! Mak!!!" jeritan anak memanggil si ibu. Melihat tubuh si ibu yang tidak bernyawa. Khairul meronta-ronta menggoncangkan tubuh si ibu. Air mata mengalir seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibunya telah tiada.

Jauh dilubuk hatinya. Dia berharap itu semua lakonan ibunya untuk mengenakannya.

"Mak dah janji nak sambut hari jadi dengan Khairul malam ni! Mak dah janji nak belikan Khairul baju baru! Mak dah janji nak bawa Khairul pergi zoo! Khairul tahu mak berlakon mati je kan!" digoncang tubuh si ibu dengan harapan agar semuanya hanya lakonan.

"Bangun la mak.. Bangun la.. Khairul sayang mak. Khairul taknak hilang mak. Bangun mak.. Bangun!" dipukul sekuat hati lengan si ibu.

Masih tiada tanda bahawa si ibu akan bangun.

Berkali air mata dikesat.

Khairul termuntah saat melihat darah yang memenuhi keliling pergelangan tangan. Bau hanyir darah menambahkan lagi rasa mual.

"Kenapa bukan kau yang mati!!!" suara garau menengking kuat Khairul dari belakang.

Kamal menarik kuat lengan Khairul kemudian dicampak tubuh kecil itu ke rumput.

Dia mula naik ke atas tubuh Khairul, kemudian dia mencekik leher kanak-kanak tersebut.

Khairul mula kehilangan nafas.

"Sepatutnya kau yang mati!! Disebabkan kau lah, hidup aku merana! Ani tinggalkan aku sebab dia mengandungkan kau! Kau tahu tak budak!"

Kamal melepaskan tangannya dari terus mencekik Khairul, lalu menumbuk kuat di bahagian pipi hingga Khairul pengsan.

***************************************

"Aku sedar je, aku dah ada dekat hospital. Lepas beberapa tahun Rahim kahwin baru. Aku mula diabaikan. Sampai satu hari masa aku form 3, mak tiri tu bagitau aku yang Rahim ni mandul. Aku bukan anak dia, aku ni anak hasil luar nikah. Rahim terima mak aku atas sebab kesian". panjang lebar Khairul menceritakan kesemuanya.

Khairul tertunduk menahan sebak. Sekuat mana pun dia. Jika dikaitkan dengan orang tersayang, dia tetap seorang yang lemah.

Aku berdehem sambil mematikan rakaman dari telefon ku.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now