Malam yang dinanti-nantikan oleh Dhia. Dhia melompat keluar dari siling stor.
Macam biasa, Dhia mengenakan baju dan seluar hitam.
Topeng mulut dipakai.
Beg galas hitam dicampak ke lantai. Dhia mengeluarkan Tab dari dalam beg galas itu.
Tab itu dinyalakan. Terpapar sejenis maklumat yang telah Dhia sediakan. Seperti peta. Tapi disetiap sudut ada tanda merah yang berkelip-kelip.
Dhia menekan tanda merah itu.
BOMM!!
Bunyi letupan.
Langkah Hafizh dan Muiz terhenti apabila berlaku satu letupan dihadapan pintu masuk.
Serta merta pintu masuk tertutup serpihan batu-batu besar yang meletup tadi.
"Tak guna, kita lewat sikit je!". Muiz meraup rambutnya kasar.
Dia mengatur langkah mendekati batu-batu itu. Dia cuba mengalihkan satu batu, namun batu tersebut tidak berganjak walau sedikit.
"Damn!. Berat gila batu ni. Hafizh tolong lah aku!".
Bom!! Bomm!!
Berlaku lagi beberapa letupan di tingkat 2 dan 3.
******
Beberapa orang pengawal mengepung Dhia.
"Shot!". Mereka mula melepaskan beberapa tembakan ke arah Dhia.
Dengan pantas Dhia mengeluarkan senjata sejenis Uzi lalu mereka berbalas tembakan.
Bang! Bang!
Beberapa das tembakan berjaya mengenai para pengawal.
"Fuck!. Kill her!". Arahan salah seorang dari mereka.
Dhia membaling tiga biji bom tangan ke arah mereka secara serentak.
BOM!!
Automatik lantai runtuh. Manakala yang lain juga turut terjatuh. Tidak berhenti disitu, Dhia mula mencurah minyak tanah ke arah tempat dimana mereka jatuh. Lighter dinyalakan, lalu Dhia mencampak nya ke arah mereka.
Tanpa menunggu api marak, Dhia mengorak langkah mencari keberadaan musuhnya. Sebelah tangannya memegang pistol.
"Shit! Shit! Shit". Mike melajukan langkahnya untuk mencari Dragon. Matanya terpandang tubuh seorang perempuan yang sedang berjalan tenang.
"Stupid! What are doing here?!. Go find that fucking rude girl!". Mike menengking kasar. Mentalnya sudah bercelaru. Semua tak kena.
Dhia tergamam. Dia kenal suara itu. Perlahan Dhia memusingkan tubuhnya.
Tanpa menunggu Mike terkejut, Dhia melepaskan tembakan tepat mengenai kaki Mike.
Mike mengerang kesakitan. Terkejut dengan tindakan pantas Dhia. Mike tertunduk melihat kakinya yang mula mengeluarkan cecair merah. Rasa sakit yang berdenyut dan berbisa. Dia tak tahu peluru Dhia sudah bercampur dengan racun. Tapi bukan racun bisa yang mematikan, hanya sekadar racun yang menambahkan lagi rasa sakit.
"Fuc-
Dushh!
Belum sempat Mike menghabiskan ayatnya, pipinya diterajang kuat oleh Dhia.
Mike jatuh berguling dilantai.
"Shi-
Dushh!
Tanpa memberi ruang Dhia menendang kuat alat sulit Mike.
"Arghhhh!!! Sakit lah siall!!". Mike menjerit kesakitan. Kalau tadi dia rasa sakit, kali ni bukan sekadar sakit. Rasa senak dan sakit yang menyiksakan. Seperti hampir tercabut mahkota lelakinya.
YOU ARE READING
ASSASSIN GIRL✅
ActionSeorang gadis yang bekerja sebagai Assassin dipelbagai negara telah kembali ke tanah airnya Malaysia setelah bertahun dia terpaksa berkhidmat dengan ahli BB singkatan bagi BlackBlood. Silent Cat adalah gelaran untuk nya. Dunia ini terlalu kecil ba...