46

97 7 0
                                    

Syila telah disahkan meninggal dengan cara terjun dari bangunan. Lebih mengejutkan, Fiq baru mengetahui bahawa Syila sedang mengandung. Aku mengoyakkan kertas yang tertulis penyebab kematian Syila.

"Aku bunuh kau Rudy!!". Pantas Fiq menarik tangan ku.

"Jangan halang aku lah tak guna! Biar aku bunuh orang tua bangsat tu!". Aku menumbuk pipi Fiq.

Fiq tidak membalas melainkan dia mengunci erat tangannya dipergelangan tangan ku.

"Jangan bertindak bodoh lah Laura!. Kau ingat lepas kau bunuh dia, semua ni akan tamat ke? Silap-silap dia bunuh kau dulu".

"Tapi Fiq, aku nampak dengan mata aku sendiri. Rudy ada dekat atas tu tadi. Sumpah aku nampak!. Kau percaya ke Syila bunuh diri?". Laju Fiq menggeleng.

"Aku faham yang kau tengah marah sekarang ni. Tapi kau relax, jangan bertindak sesuka hati. Kau tahu kan Rudy tu licik dia macam mana?"

Bunyi tepukan menarik perhatian aku dan Fiq. Kami tahu itu Rudy.

"Good boy!. Baguslah jika kau tahu bahawa aku licik". Rudy melangkah mendekati aku dan Fiq.

Rudy memeluk bahu ku dan Fiq serentak. Dia berada di tengah.

"Kalian tahu kenapa aku membunuhnya?". Rudy berbisik. Tapi masih terdengar sinis.

Tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut kami.

"Ayolah, jawab dong. Bakal aku beri uang loh. Lumayan banyak sih".

Rudy mencuit pipi kanan ku dengan tangannya yang masih memeluk bahu kanan ku.

"Ya udah, ini aku kasih tahu ya". Rudy mengeratkan pelukannya hingga aku dan Fiq serentak masuk dalam dakapannya.

"Aku harus membunuhnya, soalannya dia ingin berhenti kerana kehamilannya. Kedua dia udah ngak ada gunanya buat ku. Dia ngak bisa memberi ku uang. Jadi ku bunuh aja pelacur itu".

Aku mengetap bibir menahan geram. Penumbuk sudah ku genggam erat. Namun Fiq memberi isyarat mata untuk menghentikan niat ku. Aku bagaikan kucing yang patuh pada tuan. Aku menarik nafas sedalam yang boleh. Lalu ku hembus perlahan.

Rudy melepaskan tangannya pada bahu kami. Tawanya dari sinis bertukar dengan tawa puas. Semakin lama ku dengar, semakin membuak-buak rasa marah.

Lantak dengan kau punya sabar! Aku mengangkat penumbuk lalu aku menumbuk kuat pipi Rudy.

"Laura!".

"Kalau Syila tu pelacur, maka kau adalah bangsat!!". Aku menengking serta meludah ke arah nya.

Fiq menarik tubuhku agar menjauh dari Rudy. Dia tahu aku sudah dikuasai dengan amarah. Mungkin dia tahu aku akan menjadi lebih agresif apabila aku marah. Cukup sekali dia melihat aku membelasah senior kerana senior itu menghina Syila serta berkata lucah mengenai Syila. Aku membelasahnya hingga menyebabkan 3 tulang rusuknya patah. Tulang lehernya juga patah serta lengan hingga pergelangan tangannya patah menyebabkan dia cacat seumur hidup. Aku tak sedar apa yang berlaku. Badan aku yang bergerak sendiri mengikut tahap kemarahan ku. Tapi menurut mereka, aku memusingkan tangan kanan senior itu sebanyak 4 kali.

Rudy mengesat darah disudut bibir. Senyuman sinis masih menghiasai wajah si sampah itu. Rudy mengatur langkah meninggalkan kami dengan tawanya yang sinis.

"Kalau berani sini lah tak guna!!".

"Laura bawa bertenang!! Relax!"

"Lepaskan aku lah Fiq!! Biar aku bunuh si bangsat tu!". Aku meronta-ronta minta dilepaskan.

"Laura! Kalau kau bunuh dia, kau ingat Syila akan hidup balik ke?!". Aku tersentak. Perlahan-lahan adrenaline aku menurun. Aku cuba mengawal nafas serta emosi ku. Fiq setia membantu ku untuk bertenang. Aku lupa cara untuk menangis. Aku nak menangis, tapi aku tak tahu. Aku cuma berharap semuanya mimpi. Aku harap esok aku akan melihat senyuman Syila.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now