53

135 7 0
                                    

Suara garau lelaki memanggil namanya.

Dhia cuba melihat wajah suara siapa yang dia dengar. Tangannya yang putus disentuh boleh seseorang.

Eh.. Roh manusia mana boleh sentuh tubuh manuska.. Fiq dengan Syila datang jemput roh aku je, macam mana dorang boleh sentuh pula ni. Dhia sempat berteka-teki.

Kelopak matanya dibuka perlahan.

Terpapar lah jelas wajah lelaki yang amat dia rindui. Lelaki pertama yang berjaya menawan hatinya.

Hafizh membalut tangan Dhia yang putus dengan kain yang baru, namun kain kali ini lebih basah berbanding kain sebelum ini. Mungkin Hafizh sempat singgah ke singki setelah melihat posisi Dhia.

"Bertahan". Hanya itu yang keluar dari mulut Hafizh.

"Hafizh.. Aku..

"Diam". Laju Hafizh menyeka kata-kata Dhia.

Dhia menghela nafas, matanya juga dipejam rapat.

" 3 minit lagi sebelum bom kedua". Muiz bersuara. Hafizh mengangguk faham.

Tanpa menlengahkan masa, mereka cuba mengejar masa. Dijangka bom masa kedua lebih kuat berbanding bom masa yang pertama. Itu kata Zul, kata-kata dari seorang yang pakar dan lebih mengenali sifat Dhia dalam dunia membunuh.

Hafizh mendukung tubuh Dhia dengan berhati hati.

"Hafizh.. tinggalkan aku.. aku tak layak diselamatkan..". Dhia bersuara lemah. Wajah Hafizh dilihat sayu.

"No, I can't". Hafizh melangkah laju. Untung Dhia kurus. Kalau tidak memang sedikit mencabar.

"But..why..?". Lemah soalan diajukan.

Hafizh terdiam seketika. Sempat dia melihat wajah Dhia yang masih memandangnya.

"Sebab kau isteri aku".

Dhia membutang mata sebelum mengalirkan air mata buat sekian lamanya dia tahan.

Wajahnya disembamkan pada dada Hafizh.

****

Sebaik saja Hafizh berjaya keluar dari hotel tersebut. Bunyi letupan besar mengejutkan mereka semua.

Tanpa mempedulikan mereka yang melihat, Hafizh membawa Dhia ke arah ambulan yang sudah menunggu mereka.

Tubuh Dhia dibaringkan di atas katil lalu segera dimasukkan ke dalam perut ambulan. Hafizh juga turut masuk.

Suasana diluar riuh rendah.

Pintu ambulan ditutup rapat. Ambulan bergerak pantas.

Mata Dhia terpejam rapat. Tubuhnya terasa lemah. Kalau orang lain tengok, memang nampak pucat macam mayat hidup. Dia sudah kehilangan banyak darah.

Salah seorang jururawat yang bertugas pantas memasangkan alat bantuan pernafasan. Mesin monitor detak jantung menayangkan kondisi degupan jantung Dhia. Detak jantung Dhia semakin lemah.

Beberapa minit berlalu.

Dhia mula menanggalkan alat bantuan pernafasannya. Awalnya dia dihalang oleh jururawat. Tapi mereka memahami isyarat dari Dhia. Mungkin ini kali terakhir aku dapat bercakap dengan Hafizh. Selepas ni, aku tak pasti apa yang jadi. Bisik hati Dhia.

Hafizh mula merapatkan tubuhnya dengan katil Dhia. Wajahnya terlihat serius. Mungkin dia masih marahkan Dhia atau dia sebenarnya risaukan Dhia. Mungkin keduanya.

Dhia memandang Hafizh.

"Hafizh... Maafkan aku..".

"Nanti-nanti kan boleh". Hafizh cuba mengelak.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now