54

224 10 0
                                    

2 bulan berlalu,

Aku melangkah keluar dari Balai Polis bersama Muiz. Aku memohon cuti selama 3 hari. Begitu juga Muiz.

Kami berpisah di persimpangan. Aku membelokkan kereta ke kanan, manakala Muiz membelok ke kiri.

Setelah apa yang berlaku, akhirnya aku sudah mengetahui tujuan papa upah Dhia untuk bunuh Hanna.

Papa ada mengamal ilmu hitam untuk kekal kaya. Salah satu syarat, papa tak boleh ada anak perempuan. Papa tak boleh membunuh anaknya sendiri. Kerana, besar kemungkinan ilmu hitam papa akan hilang. Jadi papa berjumpa dengan Rudy. Rudy lah yang mengajar papa untuk mengamal ilmu hitam. Rudy mengenal Dhia pada papa. Di situ lah papa mengupah Dhia untuk membunuh Hanna. Apabila semuanya seperti berjalan lancar.

Kekayaan papa semakin bertambah. Tapi papa masih belum puas. Papa mula berbisnes dengan Rudy iaitu menjadi tokan. Disitulah dia mula mencipta bisnes di Malaysia.

Stop pasal papa.

Aku sudah maafkan papa dan papa juga sudah mengakui kesalahannya.

****

Hospital besar Kuantan, 10:30am/pagi.

Aku meletakkan kereta ditempat parking untuk pelawat.

Aku melangkah keluar dari perut kereta sambil-sambil rambut aku betulkan sedikit.

Langkah aku atur masuk ke dalam bangunan hospital. Jururawat yang menjaga kaunter memandang ku. Aku tersenyum ke arahnya. Senyumanku dibalas.

Tanpa berlengah, aku melangkah tenang memasuki lif.

Apabila pintu lif dibuka, aku membuka langkah mencari bilik 204.

Pintu bilik 204 dikuak dari luar.

Pandangan ku jatuh pada seorang jururawat perempuan. Senyuman terukir. Kemudian aku menoleh pada susuk tubuh seorang wanita yang baru aku kenali 2 bulan yang lalu. Sabrina.

Sabrina mengukir senyum pada ku. Senyuman yang boleh mencairkan sesiapa saja yang melihat.

Aku melihat ke arah seorang perempuan yang duduk di atas katil hospital. Wajahnya masih pucat, tubuhnya juga masih terlihat lemah.

"Dah makan?". Aku menyoal Sabrina. Sabrina mengangguk.

Aku memandang semula wajah perempuan yang masih terduduk di atas katil. Dia langsung tidak memandang ku sejak awal lagi aku masuk kesini. Wajahnya terlihat muram.

Isyarat mata aku beri.

Sabrina mengangguk faham. Tanpa berlengah, pantas mereka meninggalkan aku.

5 minit berlalu.

Aku memandang wajahnya.

"Hafizh, aku nak rasa angin luar sekejap". Aku mengangguk sebaik saja dia bersuara.

Aku membantunya untuk duduk di kerusi roda.

*******

Angin sepoi menampar lembut pipi ku. Sekilas aku melihat wanita yang masih duduk diatas kerusi roda. Wajahnya mendatar. Tapi dia terlihat tenang.

10 minit berlalu. Masih tiada sebarang perbualan antara kami.

"Hafizh". Aku memandangnya. Menunggu kata sambung darinya.

"Ceraikan aku".

Aku terdiam sebaik saja dia menyambung ayatnya.

Aku hanya merenungnya. Dia juga membalas renungan ku.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now