48

123 11 1
                                    

Dhia mengusap lembut rambut beberapa orang kanak-kanak yang memeluk erat kakinya.

Jam ditangan sekilas dilihat. Sudah tiba waktunya Dhia berangkat.

"Nanti kak Laura datang lagi tau". Salah seorang daripada mereka bersuara. Dhia mengangguk.

Sabrina menghulurkan bekal makanan pada Dhia. Wajahnya terlihat sedih.

Dhia menerima bekalan makanan tersebut.

"Thanks"

Sabrina tersenyum nipis.

"Nanti aku datang lagi, jangan risau". Dhia dapat membaca raut wajah Sabrina. Tahu sangat dia dengan perangai Sabrina.

"Promise?".

Dhia mengangguk.

"Kak, jom". Zul baru muncul bersama bagasinya.

"Saya pergi dulu". Sempat Zul mengukir senyuman pada Sabrina sebelum melangkah ke arah teksi yang sudah menunggu mereka dari tadi.

Dhia masuk ke dalam perut kereta. Manakala Zul memasukkan bagasinya dan bagasi Dhia ke dalam bonet.

"Bye Kak Laura dan abang dugong!". Semua melambai ke arah mereka. Perlahan-lahan kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan DND House.

Dhia mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap.

"Aku nak pergi Paris".

Zul membutang mata. Kaca mata hitam diturunkan sedikit.

"Serius? Nak buat apa?".

Pandangan Dhia masih berada di luar tingkap.

"Aku nak jumpa Edric dengan Lucas. Ada hal sikit. Kau balik jelah. Jack perlukan kau. Dia pon nak nikah tak lama lagi. Mesti sibuk". Zul terdiam. Ada betulnya juga.

Dhia mengalihkan pandangan ke arah Zul.

"Jangan risau, aku dah beli tiket penerbangan untuk kau. Kita berpisah dekat airport".

Zul tidak membalas. Kaca mata hitam dibetulkan semula. Dia kembali membetulkan posisi duduknya.

Tangannya disilangkan di dada. Nafas dihembus sebelum dia mengungkap kata.

"Saya tak tahu apa yang Kak Laura rancangkan. Tapi tolong jangan seksa diri sendiri".

Dhia tidak membalas. Dia lebih berminat melihat pemandangan di luar tingkap. Dhia tahu itu satu pesanan yang cukup dalam. Tapi itu semua takkan berjaya menghalang Dhia untuk meneruskan niatnya.

***

Seperti yang dirancang, kami berpisah di Airport. Zul melambai ke arah ku sambil tersenyum. Sempat juga dia menasihati agar aku berjaga-jaga dengan 'Pick Pocket' di Paris.

Padahal aku juga pernah menjadi 'Pick Pocket' dulu.

Perjalanan ke Paris mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam penerbangan tanpa henti.

Setibanya di Paris aku tidak menahan teksi melainkan aku hanya berjalan kaki. Bagasi ku tarik tenang. Setelah melewati beberapa buah bangunan. Mata ku meliar mencari sesuatu. Setelah puas berjalan, mata aku tertumpu pada sebuah kedai yang agak tersembunyi disebalik kedai baju dan bunga.

Papan tanda diatas pintu kedai aku baca sekilas. '95 Bistro'. Kenapa 95?. Ianya khusus gabungan nombor kod rahsia. Nombor tersebut diambil sempena nama Edric dan Lucas. Contoh, E adalah huruf ke lima dalam alphabet. Jadi E=5, D=4, R=18, I=9, C=3 dan L=12, U=21, C=3, A=1, S=19. Jika ditambah kesemuanya maka akan dapat 95. Sekejap saja aku dapat jawab kenapa mereka memilih '95'. Sempat aku tersengih bangga sebelum melangkah masuk ke dalam kedai bistro tersebut.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now