50

132 10 0
                                    

Dhia sering termenung sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia. Fikirannya tak habis memikirkan para penghuni DND House.

Apakah mereka akan baik-baik saja?. Adakah Sabrina akan menjaga mereka?.

Lamunannya terhenti apabila nama perhentiannya disebut.

Beg galas hitam di galasnya. Langkah diatur turun dari bas.

Kedua kakinya menjejak tanah. Kaca mata hitam dipakai menutupi bahagian matanya. Panas terik Malaysia memang tiada lawan. Walaupun panas, masih ada lagi manusia yang berpakaian tebal diluar. Fesyen katanya. Ala ala hip-hop.

Dhia menghembus nafas sebelum membuka langkah memasuki sebuah Cafe yang agak tersorok diantara kedai yang lain.

Pintu Cafe ditolak lembut dari luar.

Dhia tenang melangkah masuk. Matanya mula mencari seseorang. Setelah memerhati, akhirnya matanya tertangkap susuk tubuh seorang lelaki yang harusnya dia berjumpa.

Langkah diatur mendekati meja yang ditempatkan lelaki itu.

Apabila jarak mereka lebih kurang 2 meter, lelaki itu mengangkat wajah lalu tersenyum ke arah Dhia. Senyuman yang boleh mencairkan siapa saja, tak kira perempuan atau lelaki.

Dhia melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan lelaki itu.

"How are you-

Belum sempat lelaki itu bertanyakan khabar, laju Dhia memotong.

"Straight to the point. Money".

Senyuman sinis terukir dibibir lelaki itu. Matanya melirik nakal. Sengaja ingin menggoda Dhia.

"Come on Adrian". Dhia terlihat tenang namun nadanya serius.

Adrian tergelak kecil.

Tipu lah kalau Dhia tak rasa terpikat dengan senyuman lelaki dihadapannya. Memang senyuman yang mampu mencairkan hati batu seorang wanita. Namun Dhia bukan seorang yang mudah  termakan dengan pujuk rayu dan godaan seseorang.

Akhirnya Adrian mengalah. Beg hitam diletakkan disebelah kaki Dhia.

Dhia tidak berganjak, hanya biji mata disebalik kaca mata hitam saja yang bergerak memerhati Adrian.

"Don't worry, done transfer". Sekali lagi senyuman terukir di bibir Adrian.

Namun senyumannya perlahan memudar. Adrian menyilang kedua tangannya di atas meja.

"Careful. They're watching you". Wajah serius Adrian menjadi tumpuan sepasang mata Dhia.

Dhia melangkah keluar dari cafe tersebut. Dia tak pasti ayat Adrian tadi serius atau sekadar nak bergurau.

"They're watching me?. Come on. Memang dari dulu lagi aku sentiasa diperhatikan". Dhia tersengih. Sempat Dhia mengerling ke arah Adrian yang masih terduduk. Mata mereka bertemu. Adrian mengukir senyuman. Pantas Dhia mengalihkan pandangannya.

Dhia menahan sebuah teksi. Dia tak mahu berlama. Ada urusan lain yang harus diselesaikan secepat mungkin.

Pemandu teksi menoleh ke arah Dhia sambil bertanya.

"Location?".

"Hotel Heaven".

Pemandu teksi tersebut mengangguk tanda faham.

Indonesia, 2:15pm.

Zul mengemas bilik tetamu. Memang itu rutinnya hariannya. Membantu pembantu rumah membersihkan bilik. Memandangkan Jack sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya, Zul telah diberi cuti berbayar. Walaupun cuti berbayar, Zul masih ada rasa segan terhadap Jack. Kerana itulah dia cuba mencari kerja yang boleh dilakukan, supaya dia tak terlihat seperti seorang yang tak berguna.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now